Tuesday, December 22, 2009

Minum Petang di Pak Li

Minum petang bersama-sama rakan seperjuangan Atudisma 90-94, ternyata dapat mengembalikan semula memori 19 tahun yang lalu.

Lokasi : Pak Li Kopitiam S7, Shah Alam
Tarikh : 13 Disember 2009











Saturday, December 19, 2009

Malaysia has ended 20-year wait for the SEA Games gold medal



Malaysia has ended their 20-year wait for the SEA Games gold medal by defeating Vietnam 1-0 in the final in at the Main Stadium of the National Sports Complex in Vientiane on Thursday.

It was a hard road to the final by the young tigers and the match itself was another tough contest against a Vietnam team that went into the final as favourites.

Chances were at a premium for both teams but with extra time looming, the match was settled.

Six minutes remained when Vietnam’s Mai Xuan Hop put through his own net and from then there was no way back.

It was sweet revenge for Malaysia who lost to Vietnam 3-1 in the group stage on December 6.

The last time Malaysia won the gold medal was at home in Kuala Lumpur in 1989 when Singapore were the defeated finalists.

hanya 5 minit di Eden Fairview, Penang

Musim cuti sekolah telah lama bermula, namun pada bulan disember tahun ini kebetulan banyak hari cuti umum jatuh pada hari jumaat, jadi secara tidak langsung ramai yang mengambil keputusan untuk berehat dan bercuti ditempat-tempat menarik.

Begitu juga aku mengambil kesempatan mencari pengalaman dinegeri orang. Perjalanan dr Kajang ke Penang mengambil masa hampir 8 jam memandangkan banyak berhenti di r&r dan singgah sebentar di kuala kangsar sembahyang zuhur di masjid diraja kuala kangsar.

Namun apabila sampai di Penang sudah masuk lewat petang dan mengambil kesempatan solat Asar di masjid terapung di Batu Feringgi. Kebetulan terjumpa rakan nismoclub yg turut singgah solat disana.

Perjalanan mencari Eden Fairview tidaklah sesukar mana memandangkan lokasinya terletak ditengah pekan dan berhampiran dengan Hotel Holiday Inn. Namun pengalaman selama 5 minit cukup menerangkan segalanya. Inilah pertama dan terakhir aku akan menjejakkan kaki ke tempat ini.

Pengawal keselamatannya ternyata tidak menghormati orang dan bersikap biadap. Aku tidak dibenarkan membawa masuk kereta kerana tidak mempunyai kad akses. Namun apa yang dikesalkan kebiadapan pengawal tersebut yang bercakap tinggi dan tidak langsung menunjukkan sikap bekerjasama bahkan menunjukkan sikap seperti gangster mengugut dan menggunakan bahasa yang kasar. Aku terlalu kecewa kerana cara dilayan seperti pengemis bukannya pelancong yang datang untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Hanya 5 minit, tapi cukup mengubah segala mood. Dan aku pastinya tidak akan melupakan peristiwa ini sampai bila-bila. Dan aku juga akan pastikan pengalaman aku tadi akan aku kongsi seramai mungkin dengan semua orang yang ada diseantero dunia.

Wednesday, December 2, 2009

Mee Tarik Cina Muslim




Sesiapa yang ingin mencuba masakan cina muslim dan menyaksikan sendiri demo bagaimana mee tarik di hasilkan boleh berkunjung ke gerai Persatuan Cina Muslim Selangor yang terletak di Jalan Cheras BT 13, Kajang berhampiran dengan Hospital KPJ bersebelahan dengan restoran D'Muar. Cuma diketika ini menu terhad kepada mee sup, mee kicap dan mee kari.

Search This Blog