Musim cuti sekolah telah lama bermula, namun pada bulan disember tahun ini kebetulan banyak hari cuti umum jatuh pada hari jumaat, jadi secara tidak langsung ramai yang mengambil keputusan untuk berehat dan bercuti ditempat-tempat menarik.
Begitu juga aku mengambil kesempatan mencari pengalaman dinegeri orang. Perjalanan dr Kajang ke Penang mengambil masa hampir 8 jam memandangkan banyak berhenti di r&r dan singgah sebentar di kuala kangsar sembahyang zuhur di masjid diraja kuala kangsar.
Namun apabila sampai di Penang sudah masuk lewat petang dan mengambil kesempatan solat Asar di masjid terapung di Batu Feringgi. Kebetulan terjumpa rakan nismoclub yg turut singgah solat disana.
Perjalanan mencari Eden Fairview tidaklah sesukar mana memandangkan lokasinya terletak ditengah pekan dan berhampiran dengan Hotel Holiday Inn. Namun pengalaman selama 5 minit cukup menerangkan segalanya. Inilah pertama dan terakhir aku akan menjejakkan kaki ke tempat ini.
Pengawal keselamatannya ternyata tidak menghormati orang dan bersikap biadap. Aku tidak dibenarkan membawa masuk kereta kerana tidak mempunyai kad akses. Namun apa yang dikesalkan kebiadapan pengawal tersebut yang bercakap tinggi dan tidak langsung menunjukkan sikap bekerjasama bahkan menunjukkan sikap seperti gangster mengugut dan menggunakan bahasa yang kasar. Aku terlalu kecewa kerana cara dilayan seperti pengemis bukannya pelancong yang datang untuk berehat dan menenangkan fikiran.
Hanya 5 minit, tapi cukup mengubah segala mood. Dan aku pastinya tidak akan melupakan peristiwa ini sampai bila-bila. Dan aku juga akan pastikan pengalaman aku tadi akan aku kongsi seramai mungkin dengan semua orang yang ada diseantero dunia.
No comments:
Post a Comment