Monday, November 30, 2009

arsenal 0 vs chelsea 3


drogba m41,m86
Thomas Vermaelen (og m45)

Martin Lings@Abu Bakar Siraj Al-Din : Ahli Sufi Mistik Islam Barat


Martin Lings atau Abu Bakar Siraj Al-Din seorang ahli sufi dan penulis berbangsa Inggeris yang memeluk Islam meninggal dunia pada umur 96 tahun pada 12 Mei 2005. Sepuluh hari sebelum itu beliau telah menyampaikan ceramah di hadapan 3000 orang hadirin di Wembley Conference Centre sempena perayaan Maulidur Rasul.

Beliau pernah memegang jawatan Keeper of Oriental Manuscript and Printed Books di British Museum antara tahun 1970-1974. Apabila British Library ditubuhkan pada tahun 1973, beliau dan keseluruhan jabatan beliau telah diambil alih oleh British Library.

Sebelum itu beliau berkhidmat sebagai pustakawan di British Museum yang bertanggungjawab bahagian buku-buku Arab sejak dari tahun 1955. Di British Library beliau bertanggungjawab secara khusus terhadap manuskrip al-Quran yang tersimpan di situ.

Pada awal tahun sebelum kematiannya beliau telah melawat Mesir, Dubai, Pakistan, dan Malaysia. Beliau dikatakan mempunyai kenalan dengan tokoh pemikiran Islam di Malaysia.

Martin Lings dilahirkan di Burnage, Lancashire, England pada tahun 1909 dari keluarga Kristian Protestan. Beliau dibesarkan semasa kecilnya di Amerika Syarikat kerana mengikut bapanya yang bekeria di sana.

Beliau kembali ke England dan mengikuti pengajian di Magdelan College, Universiti Oxford dalam bidang pengajian Inggeris dan memperoleh ijazah pada tahun 1932.

Selepas tamat pengajian beliau mengajar Bahasa Inggeris di Lithuania dan kemudian menjadi pensyarah dalam bidang pengajian Inggeris di University Kaunas pada tahun 1935. Semasa pengajian di Oxford beliau amat berminat kepada puisi zan-ian pertengahan (medieval poetry).

Oleh sebab itu tidak hairanlah beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap kesusasteraan Inggeris terutama hasil karya Shakespeare.

Kecenderungannya kepada puisi, kesusasteraan dan puisi zanjian pertengahan membuka ruang minda dan hatinya untuk menerima dan menghargai nilai-nilai agama.

Detik pertama yang mengubah haluan hidupnya apabila beliau mula membaca tulisan seorang ahli falsafah Peranchis beragama Islam, Rene Guenon (nama Islamnya Syeikh Abdul Wahid Yahya, 1886-1951).

Tulisan Guenon ternyata telah member! kesan yang mendalam kepadanya terutama mengenai pandangannya terhadap agama. Martin Lings dalam syarahan mengenai Guenon pada tahun 1994 di Princes of Wales Institute, London sendiri mengakui bahawa tulisan Guenon yang dibacanya pada awal 1930an telah mengubah haluan hidupnya untuk mencari kebenaran.

Beliau memulakan perjalanan rohaninya dengan membuat renungan dan berdoa supaya ditunjukkan jalan yang akan dipilihnya. Pada mulanya beliau memilih Hindu sebagai jalan rohaninya dan beliau mula belajar bahasa Sanskrit. Namun pada musim luruh tahun 1937, sesuatu telah mengubah haluan pilihannya daripada Hindu kepada Islam.

Tidak dapat dipastikan apakah faktor yang menyebabkan dia mengubah pilihannya, tetapi dalam artikelnya mengenai Frithjof Schuon, beliau meyakini kepimpinan Schuon. Frithjof Schuon ialah seorang sarjana metafizik German dan juga Syeikh Tasawuf yang nama Islamnya, Sheikh Isa Nur al-Din Ahmad (1907-1998).

Pada bulan Januari 1938 beliau telah bertolak ke Basel untuk menyertai kumpulan tasawuf di bawah pimpinan Schuon ini. Semasa di sinilah beliau memeluk Islam dan meninggalkan pengajian sanskritnya dan mula menumpukan kepada pengajian bahasa Arab dan Islam.

Pada musim panas tahun 1939 Martin melawat Kaherah, Mesir kerana mahu menziarahi sahabatnya Adrian Paterson dan Guenon yang menetap di sana. Beliau sudah berhubungan dengan Guenon melalui surat terutama apabila membuat penterjemahan hasil kerja Guenon ke dalam bahasa Inggeris.

Paterson ialah orang tengah Martin dengan Guenon kerana beliau tidak mahu dihubungi oleh sesiapa kerana mahu menyembunyikan diri di Mesir. Namun kerana Guenon amat menyenangi Paterson rnaka akhirnya apabila Martin melawat Mesir, mereka bertemu.

Apabila peperangan Dunia Kedua meletus pada tahun itu, Martin tidak dapat pulang ke Eropah dan terpaksa tinggal di Kaherah. Sahabatnya Paterson meninggal dunia dalam satu kemalangan di Mesir dan Martin telah ditawarkan jawatan pensyarah di Universiti Kaherah dalam bidang pengajian Inggeris.

Manakala hubungannya dengan Guenon bertambah rapat malah mereka akan saling tukar menukar penulisan masing-masing untuk dibaca. Mereka juga saling ziarah menziarahi bahkan Martin dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga Guenon.

Semasa di Kaherah Martin telah mengambil peluang memahirkan dirinya dalam bahasa Arab terutama apabila beliau berhubungan dengan isteri Guenon, Fatimah.

Semasa di Kaherah, Martin menghasilkan karyanya yang pertama bertajuk The Book of Certainty: The Sufi Doctrine of Faith, Wisdom and Gnosis diterbitkan oleh Rider, London pada tahun 1952.

Martin amat mengagumi aspek Sufisme dalam Islam dan dikatakan menunjukkan minat yang mendalam terhadap konsep universalism dalam Islam yang dipelopori Guenon. Konsep inilah yang pertama membuka minda dan hati Martin untuk menempuh jalan rohani yang dipilihnya.

Tidak syak lagi apabila beliau sudah nampak kebenaran Islam, maka beliau tidak lagi berpaling dan meneruskan jalan ini hingga ke akhir hayatnya.

Pada tahun 1944 Martin mengahwini Lesley Smalley yang dikenalinya sejak dari kecil dan mereka tinggal di Mesir di sebuah kampung berhampiran piramid. Namun ketenangan hidup mereka di sana terganggu kerana krisis politik di Mesir.

Kebangkitan semangat nasionalisme Arab dan penggulingan kerajaan beraja Mesir oleh Gamal Abdul Nasser pada awal tahun 50-an menyemarakkan dasar pemerintahan anti Eropah. Beliau dan isteri terpaksa pulang semula ke London pada tahun 1952 kerana keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Eropah di Mesir.

Di London beliau tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. Isterinya seorang ahli psikoterapi terpaksa bekerja semula. Untuk tidak membuang masa, Martin mengambil keputusan untuk belajar semula, dan kali ini dalam bidang pengajian Arab.

Bermula dengan BA in Arabic Studies, beliau berjaya meraihkan PhD dalam bidang Tasawuf dengan tesis bertajuk The Spritual Heritage and Legacy of Shaikh Ahmad Al-Alawi: A Twentieth Century Muslim Mystic daripada School of Oriental and African Studies, Universiti London pada tahun 1959. Tesis ini diterbitkan sebagai buku oleh Alien & Unwin pada tahun 1961 dan diterbitkan dalam bahasa Arab oleh Dar al-Kitab al-Jadid, Beirut pada tahun 1973.

Selain itu banyak lagi buku yang dihasilkannya, iaitu Ancient Beliefs and Modern Superstitions diterbitkan oleh Perennial Books London (1964), What is Sufism diterbitkan oleh Unwin, London (1975), Muhammad: His Life Based On The Earliest Sources diterbitkan oleh Unwin, London (1983) The Eleventh Hour: The Spiritual Crisis of the Modern World in the Light of Tradition and Prophecy diterbitkan oleh Quinta Essentia, Cambridge (1989) dan yang terkini Shakespears Window into the Soul: The Mystical Wisdom in Shakespeares Characters (2006).

Beliau juga banyak menyumbang kepada journal dan ensiklopedia mengenai agama dan perbandingan agama. Martin juga pernah menulis kata-kata aluan dalam terjemahan buku tasawuf bertajuk al-Hikam karangan hamka yang amat terkenal di kalangan masyarakat Melayu kita di Nusantara.

Tulisan beliau di atas hampir kesemuanya telah dicetak semula terutama oleh Islamic Text Society (ITS), Cambridge. Sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa asing seperti Arab, Perancis, dan Turki.

Kebanyakan tulisannya ditujukan kepada sekelompok kecil pembaca melainkan Muhammad: His Life Based On The Earliest Sources yang dikatakan buku terbaik dalam bahasa Inggeris yang menerangkan sejarah hidup Baginda Rasulullah s.a.w.

Buku ini mendapat liputan meluas dan menarik perhatian ramai dan telah terjual jutaan naskhah. Di samping sebagai seorang penulis dan ahli tasawuf, beliau juga mempunyai minat berkebun terutama menanam pokok bunga di rumahnya di Kent, England.

Martin Lings meninggalkan seorang isteri apabila beliau telah pergi untuk bertemu Tuhannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin...

Saturday, November 21, 2009

sepetang di kopitiam

hujan rebas-rebas mendung
bunyi suara manusia riuh
tiba-tiba muncul segerombolan bikers
deruman bunyi ngauman
menggamit perhatian
mata-mata memerhati
nun disana ada juga yg melayari facebook
hanya berbaju singlet
tanpa malu berseluar pendek
ada juga sigadis berpacaran
menghembus asap rokok memenuhi ruang udara
semakin kita mewah
semakin tipis dan singkat pakaian ditubuh
semakin malas mendandan diri
bagaikan insan terjaga dari tidur
terus berjalan menuju kekedai kopi
angin sejuk menenangkan seketika
namun semakin lama semakin penuh
dengan manusia
seribu satu tujuan
seribu satu cerita
seribu satu gaya
seribu satu suara
sepetang di kedai kopi

Thursday, November 12, 2009

Spot a different

BERITA HARIAN


HARIAN METRO


THE STAR


UTUSAN MALAYSIA

Monday, November 9, 2009

red warrior vs red devil



Ada 2 pertemuan menarik pada hujung minggu lalu. Perlawanan kemuncak Piala Malaysia antara Pasukan Negeri Sembilan (Rusa) vs Kelantan (Kijang@Red Warrior) di Stadium Bukit Jalil. Publisiti dan populariti lebih memihak kepada pasukan dr pantai timur bahkan ganjaran2 hebat juga sedang dicanang2 yang bakal menanti.

Memang benar, 70 peratus kapasiti stadium dibanjiri dengan lautan merah satu suasana yang cukup meriah dan penuh dengan lautan manusia merah dan kuning. Namun sebelum perlawanan berlangsung, pihak keselamatan telah bersedia dengan unit FRU dan polis bagi memastikan perlawanan berlangsung dengan lancar. Antara tetamu kehormat yang hadir Pemangku Sultan Kelantan yang dikaitkan dengan pelakon dr seberang dan Yam Tuan Besar N9.



Apa yang dikesalkan sikap penonton red warrior yang bertindak melampaui batas2 kesukanan dan tidak menunjukkan semangat yang tinggi. Sebaik sahaja perlawanan dimulakan bunyi mercun memenuhi dan menggegarkan suasana. Apabila perlawanan berpihak kepada pasukan N9, penyokong-penyokong Kelantan mula bertindak liar dengan membakar mercun dan kemuncaknya apabila mereka mulai membakar banner/sepanduk dan kerusi stadium. Pihak FRU yang bertugas hanya memerhati dr bawah sementara penyokong-penyokong kelantan mulai meninggalkan stadium apabila perlawanan berkeputusan semasa 3-0. Namun gol cantik saguhati drpd Indraputra hasil tendangan freekick dr luar kotak penalti menutup perlawanan dengan 3-1.



Yang pastinya, perlawanan bukan menjadi tumpuan kerana mutu dan aksi permainan di padang tetapi sifat dan suasana penyokong yang pastinya tidak akan berlaku keganasan sekiranya mereka benar2 menikmati perlawanan untuk sukan dan semangat bukannya datang dengan ego dan lagak orang kampung yang cuba menunjukkan kejaguhan di tempat orang.

Sementara pada hujung minggu pertembungan antara the blues dan red devil bakal mencorakkan sedikit sebanyak kedudukan semasa EPL. Namun suasana penyokongnya memang begitu berdisplin, sorakan semangat senantiasa memenuhi ruang stadium. Chelsea berjaya menewaskan M.U hasil jaringan John Terry pada separuh masa kedua melalui sepakan percuma yang menimbulkan kemarahan Alex Fergusson.

Tuesday, November 3, 2009

berita dr seberang - Alfatihah

Seseorang memaklumkan tadi Ummi(nama panggilan) yang sebelum ini berkerja setiap 2 kali seminggu Selasa dan Khamis mencuci dan mengemas pejabat telah pun meninggal dunia kerana sakit. Tidak pasti apa punca penyakit ttp sebelum Ummi kembali ke kampung halamannya dia kelihatan begitu payah untuk berjalan. Dan beliau juga ada menyatakan sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Tapi apa yang tinggal kini hanya tinggal kenangan, selalu dia memanggil staff dengan panggilan seperti Dik Khairul, Dik Wanna..

Semoga Allah memberkati segala kebaikannya dan tergolong dalam org2 yang diampunkan segala dosa dan dalam keimanan.

Monday, November 2, 2009

jiran, keselamatan dan asri

Apabila menerima pesanan sms memberitahu bahawa perkhidmatan Pengawal Keselamatan ditamatkan timbul seribu satu pertanyaan, Kenapa dan Mengapa? Namun penjelasan daripada En. Khairul ketua Blok Jalan 4 menjelaskan bahawa kontrak pengawal terdahulu telahpun tamat dan pengawal sendiri yang tidak sanggup untuk menyambung kontrak. Dalam masa yang sama, AJK keselamatan sudah pun membuat perjanjian dengan syarikat pengawal yang baru. Tetapi sehingga menjelang pagi tadi pondok pengawal masih kosong. Daripada email yang diterima pula, penduduk di Jalan 1 blok panjang bersepakat untuk tidak turut serta dan mereka memilih untuk membuat kawalan keselamatan sendiri hanya utk jalan satu blok panjang dengan alasan bahawa kawasan kejiranan mereka tidak selamat dan sering menjadi sasaran penjenayah. Apa yang dikesalkan jelas tidak ada muafakat dalam suasana kejiranan, walaupun pada hakikatnya tidaklah seramai mana penduduk yang ada. Jika difikirkan keselamatan, Jalan 4 juga tidak terkecuali bahkan dari unit 23-17 memang pernah berlaku kejadian pecah rumah.

Suatu ketika dahulu pernah diwujudkan Rukun Tetangga dimana penduduk diberi tanggungjawab bersama memantau dan membantu pengawal dalam operasi mencegah dan mengawal kejadian jenayah. Namun menyedihkan komitment daripada penduduk sendiri yang tidak mengambil berat dan tiada tanggungjawab bersama untuk membantu antara satu sama lain. Dengan hanya bersandarkan kepada 4-5 orang pengawal 24 jam pastinya tugas untuk menjaga setiap unit rumah akan menjadi sukar kerana hanya 2 orang pengawal sahaja yang akan bertugas bagi setiap shift. Jika ada sokongan daripada penduduk pastinya kerja-kerja rondaan akan menjadi lancar dan berkesan.

Isu pagar dibelakang rumah juga turut menjadi perhatian. Sehingga kini pagar di belakang masih belum berkunci kerana diberitahu ada lagi penduduk yang masih belum menjelaskan kos pembinaan pagar dibelakang. Sungguh mendukacitakan dan mengecewakan.

Pujian juga harus diberikan pada AJK penduduk yang senantiasa memastikan keperluan keselamatan dan sosial dapat disediakan, namun sikap dan tanggungjawab drpd penduduk yang kurang mengambil berat jelas menambahburukkan suasana Saujana Damai yang masih belum damai dan saujana dr segi rohani dan jasmani.

Menyentuh Ustaz DR. Asri (Mantan Mufti Perlis) yang ditahan oleh JAIS kerana menyampaikan kuliah tanpa tauliah. Agak mengelirukan kerana JAIS itu sendiri dibawah pengaruh Pakatan Rakyat sedangkan ketika ditahan terdapat 2 orang DUN Selangor yang diturut serta dalam ceramah tersebut.

Search This Blog