Apabila menerima pesanan sms memberitahu bahawa perkhidmatan Pengawal Keselamatan ditamatkan timbul seribu satu pertanyaan, Kenapa dan Mengapa? Namun penjelasan daripada En. Khairul ketua Blok Jalan 4 menjelaskan bahawa kontrak pengawal terdahulu telahpun tamat dan pengawal sendiri yang tidak sanggup untuk menyambung kontrak. Dalam masa yang sama, AJK keselamatan sudah pun membuat perjanjian dengan syarikat pengawal yang baru. Tetapi sehingga menjelang pagi tadi pondok pengawal masih kosong. Daripada email yang diterima pula, penduduk di Jalan 1 blok panjang bersepakat untuk tidak turut serta dan mereka memilih untuk membuat kawalan keselamatan sendiri hanya utk jalan satu blok panjang dengan alasan bahawa kawasan kejiranan mereka tidak selamat dan sering menjadi sasaran penjenayah. Apa yang dikesalkan jelas tidak ada muafakat dalam suasana kejiranan, walaupun pada hakikatnya tidaklah seramai mana penduduk yang ada. Jika difikirkan keselamatan, Jalan 4 juga tidak terkecuali bahkan dari unit 23-17 memang pernah berlaku kejadian pecah rumah.
Suatu ketika dahulu pernah diwujudkan Rukun Tetangga dimana penduduk diberi tanggungjawab bersama memantau dan membantu pengawal dalam operasi mencegah dan mengawal kejadian jenayah. Namun menyedihkan komitment daripada penduduk sendiri yang tidak mengambil berat dan tiada tanggungjawab bersama untuk membantu antara satu sama lain. Dengan hanya bersandarkan kepada 4-5 orang pengawal 24 jam pastinya tugas untuk menjaga setiap unit rumah akan menjadi sukar kerana hanya 2 orang pengawal sahaja yang akan bertugas bagi setiap shift. Jika ada sokongan daripada penduduk pastinya kerja-kerja rondaan akan menjadi lancar dan berkesan.
Isu pagar dibelakang rumah juga turut menjadi perhatian. Sehingga kini pagar di belakang masih belum berkunci kerana diberitahu ada lagi penduduk yang masih belum menjelaskan kos pembinaan pagar dibelakang. Sungguh mendukacitakan dan mengecewakan.
Pujian juga harus diberikan pada AJK penduduk yang senantiasa memastikan keperluan keselamatan dan sosial dapat disediakan, namun sikap dan tanggungjawab drpd penduduk yang kurang mengambil berat jelas menambahburukkan suasana Saujana Damai yang masih belum damai dan saujana dr segi rohani dan jasmani.
Menyentuh Ustaz DR. Asri (Mantan Mufti Perlis) yang ditahan oleh JAIS kerana menyampaikan kuliah tanpa tauliah. Agak mengelirukan kerana JAIS itu sendiri dibawah pengaruh Pakatan Rakyat sedangkan ketika ditahan terdapat 2 orang DUN Selangor yang diturut serta dalam ceramah tersebut.
No comments:
Post a Comment