Monday, April 23, 2012

perilaku seorang pegawai kerajaan mpkj

sudah 2 minggu aku cuba mendapatkan tarikh lawatan pemeriksaan tapak. Namun masih gagal mendapatkan lagi pengesahan daripada Asfazley MPKJ. Hari ini seawal pagi aku sudah berada di pejabat kejuruteraan MPKJ dengan harapan dapat berjumpa dengan ASSfazley.

"Encik ASSfazley ada?"
"Sebentarnya....", aku menunggu sambil membelek2 surat khabar yg berada di atas kaunter.
"Encik tunggu sebentar, nanti en. fazley datang".
"Ok, terima kasih".

Lebih kurang dalam 15 minit menunggu, akhirnya ASSfazley muncul.

"ASSfazley..boleh jumpa"
"Sorry saya ada meeting".ujarnya bersahaja seolah2 tiada apa2 yg berlaku.

Aku tergamam dan kesabaran ku memang rasa dicabar2. Aku bukannya nak ambil masa yang lama pun, cukuplah sekadar 5 minit untuk tetapkan pemeriksaan semula tapak.
Kalau aku berurusan dengan seorang Jurutera mungkin aku xdela terasa hati sangat. Tapi cuma juruteknik yang bekerja dengan ihsan wang cukai daripada orang ramai. Memang tidak profesional dan angkuh.

Sunday, April 22, 2012

harapan ku hanya disini

apalagi yg aku cari
tiada apa lagi kata-kata
perasaan ku kosong

jika tiada siapa yg boleh berkongsi
tiada guna aku menaruh harapan
jika tiada siapa yg suka
tidak perlu lagi aku menaruh harapan

cita-cita ku menjadi rahsia sendiri
cintaku juga menjadi rahsia sendiri

harapan ku ini hanya disini

Monday, April 16, 2012

14 april 2012

hari ini aku dipertemukan semula dengan 2 orang sahabat dan kenalan yang berkaitan dengan itm arau. Mula2 berjumpa dengan encik jamal dan kemudiannya pula khairul naim

Friday, April 13, 2012

1988

Cuti sekolah bermuila lagi. Aku begitu teruja kerana seperti cuti2 sekolah yang lepas, aku akan mengisi masa yang ada dengan bermain bolasepak, badminton bersama2 rakan2 sekolah.

Search This Blog