Sunday, July 26, 2009

children od gaza

this is a letter

Calling for Intifada'

Yasmin Ahmad meninggal dunia

dipetik: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_27.htm

26/07/2009 12:39am

KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. — Bernama

Friday, July 24, 2009

lilin o lilin

dipetik drpd : http://zul4kulim.blogspot.com/2009/07/lilin-si-nizar.html


Salam 2 all.


Nampaknya kehadiran sahabat saya Dato Seri Nizar dimalam memperingati mendiang Teoh Beng Huat dengan menyalakan lilin dikritik hebat oleh UMNO dan Be End. Zambry Kadir siap dengan fatwa memperlekehkan tindakan DS Nizar. Turut diseret sama Mufti Perak yang baru bergelar Tan Sri yang siap memfatwakan haram perbuatan menyalakan lilin oleh DS Nizar.


Maka lepas ni kalau rumah kita black out jangan pasang lilin, kalau ikut fatwa Tan Sri Mufti masuk neraka kita!!


Apa yang hairannya tidak pulak UMNO dan Be End berkokok bila Menteri Pertahanan UMNo bersalam mesra dengan Menteri Pertahanan Yahudi la'natullah Ehud Berak. Kalau tengok ke gambar yang disiarkan senyum meleret menteri UMNo ni.


Apakah mereka lupa bahawa ditangan Yahudi-Yahudi inilah berlumuran darah umat Islam Filistin dan Lubnan. Ditangan durjana Yahudi lah umat Islam Ghozzah diratah dan dibunuh tanpa belas ihsan. Sudah puluhan ribu, mungkin juga ratusan ribu ummat Islam dibunuh dengan kejam oleh rejim zionis la'natullah ini, sudah puluhan ribu isteri menjadi janda, ratusan ribu anak-anak Filistin menjadi yatim piatu, sudah puluhan ribu rumah ummat Islam Filistin dirobohkan, sudah bergantang-gantang airmata umat Islam Filistin mengalir..seluruh dunia mengutuk Yahudi Zionis la'natullah ini. Malahan Malaysia tidak mengiktiraf negara Yahudi ini, hinggakan kita tidak punya hubungan diplomatik sama sekali dengan Yahudi ini!! Tetapi menteri UMNo boleh bersalam mesra dengan zionis Yahudi la'natullah ini!!

Saya nak tanya Zambry Kadir, apa hukum menteri UMNo bersalaman mesra dengan tangan jijik Yahudi ini! Saya cabar Tan Sri Mufti supaya segera mengeluarkan fatwa hukum bersalam mesra dengan Yahudi la'natullah ini. Kalau tidak berani, saya cabar Tan Sri Mufti supaya lebih baik duduk diam dalam pejabat air-connya sambil membelek-belek pingat Tan Sri yang baru diperolehi itu. Bukannya apa, tengoklah puas-puas sebab pingat tu tak boleh dibawak ke kubor nanti!!


Adios amigos.


Zulkifli Bin Noordin

Khamis

kembalinya

Al-fatihah buat Cikgu Zulkifli Mohammad, bekas pen. penguasa Asrama Tun Dr. Ismail (1990-1993), semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada rakan2 atudisma, marilah kita mendoakan beliau.

Amin

Wednesday, July 22, 2009

malang tidak berbau

Dalam perjalanan td di Jalan Cheras terjadinya kesesakan lalulintas yang luar biasa. Hampir tidak bergerak bagi mereka yang berkereta. Mujurlah aku bermotosikal dapat juga mencelah melalui ruang2 yang ada. Walaupun aku kira waktu puncak telah pun berlalu. Namun kelancaran motorsikal ku terhalang dengan motorsikal apek yang tersemput2 di hadapan, memang agak sedikit tercabar kesabaran ku. Sehinggalah aku berpeluang memotongnya disuatu ketika.

Namun pemandanganku tertumpu pada kerlipan2 cahaya lampu siren dihadapan. Sebelum tu sempat aku menjeling ke signboard pemberitahuan bahawa kesesakan berlaku diruang kiri dihadapan. Aku menduga pasti berlaku kecelakaan dihadapan memandangkan Polis Trafik kelihatan sibuk, juga kedenganra sirens ambulan memekik memberi amaran. Kelihatan juga pekerja DBKL sibuk membaiki lampu jalan yang tumbang ditengah jalan yang menghalang laluan trafik. 10 meter dihadapan ku kelihatan sebujur mayat yang sudah pun dilitupi plastik hitam, namun masih kelihatan jelas darah merah yang masih segar meleleh membasahi jalan. Ku toleh2 juga melihat apa punca2 kemalangan tersebut. Seolah tidak masuk akal jika penunggang tersebut terbabas langsung melanggar tiang lampu kerana melihatkan kesesakan lalulintas memang mustahil dapat menunggang motorsikal selajunya yang menyebabkan kita hilang kawalan. Membuatkan aku seketika merenung diri mudah2an dijauhkan drpd kecelakaan sedemikian.

Waktu tengahari hari ini agak panas berbanding semalam yang hujan dan mendung sepanjang hari. Namun disebalik awan yang cerah membuatkan aku leka, aku mengalami kemalangan kecil, namun syukur tiada yang parah dan luka. Cuma ibujari kiri ku terasa sakit dan agak sukar sedikit untuk menggenggam dan menarik clutch motorsikal. Memang sedikit kesal kerana sudah beberapa kali aku menyuarakan kepentingan perlindungan insurans dan socso utk pekerja. Namun pihak majikan masih belum bertindak. Memang malang tidak berbau tetapi sekurangnya kita merancang apabila terjadi pada diri sendiri. Marah dan geram......

Monday, July 20, 2009

TEORI RPK

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP. Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan. Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan. Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis.

Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit.

Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa. Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau. Malaysia Today menulis semua ini.

Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today. SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama.

Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku! Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap. Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan.

SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahu menyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang. Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah. Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap. Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa.

Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh. Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua. -

translation by MSK (MatSamanKati)

M.U NOT MANCHESTER UNITED BUT MANIK URAI

from: http://kickdefella.wordpress.com/2009/07/18/analisa-manek-urai-cakap-malam-dengar-dengar-cakap-siang-pandang-pandang/

Open your eyes before you open your mouth….

Itulah kalimah paling sesuai buat rakan media, segelintir rakan blogger dan ahli-ahli PAS yang pro Kerajaan Perpaduan yang begitu berdansa dalam kemabukan dengan keputusan pilihanraya umum Manek Urai pada 14hb Julai yang baru lepas.

Pagi semalam saya menerima panggilan telefon dari seorang diplomat dari kedutaan asing, meminta pengamatan saya terhadap apa yang telah berlaku di Manek Urai.

Sebagaimana kepada rakan diplomat, saya juga mengajak kita bermula dengan analisa keputusan pilihanraya Manek Urai dengan melihat fakta sejarah Pilihanraya Kecil di Kelantan bermula dari tahun 1987 seperti yang boleh diperolehi dari laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Fakta Sejarah

Mana-mana Pilihanraya Kecil sememangnya sengit apalagi di Negeri Serendah Sekebun Bunga yang penduduknya sering dijenamakan sebagai berani membuat keputusan politik yang berlainan dengan penduduk dari negeri lain di Malaysia.

Bermula daripada tahun 1987, terdapat 6 pertembungan diantara PAS dengan UMNO Barisan Nasional di dalam pilihanraya kecil di Kelantan iaitu,

* 1987 – PRK N14 Bukit Tunku.
* 1994 – PRK N9 Lundang.
* 1997 – PRK N32 Pulai Chondong.
* 1997 – PRK N30 Semerak.
* 2006 – PRK N12 Pengkalan Pasir.
* 2009 – PRK N41 Manek Urai.

Melainkan pada Pilihanraya Kecil N9 pada 29hb March 1994, dimana calon PAS Ustaz Mohd Daud Iraqi menang dengan majoriti 4,246 undi atau 30%, selebihnya menyaksikan pertarungan sengit dengan kemenangan atau ketewasan yang tipis seperti data di bawah,

* 28/6/1987 PRK N41 Bukit Tuku BN menang dengan majoriti 118 undi atau 1.4%.
* 29/3/1994 PRK N9 Lundang PAS menang dengan majoriti 4,246 undi atau 30%.
* 6/1/1997 PRK N32 Pulai Chondong PAS menang dengan majoriti 118 undi atau 1.3%.
* 11/8/1997 PRK N30 Semerak BN menang dengan majoriti 778 undi atau 7.79%.
* 6/12/2006 PRK N12 Pengkalan Pasir BN menang dengan majoriti 134 undi atau 0.9%.
* 14/7/2009 PRK N41 Manek Urai PAS menang dengan majoriti 65 undi atau 0.6%.

Kemenangan besar PAS dalam PRK N9 Lundang pada tahun 1994 adalah pada ketika kemuncak penentangan dan kebencian rakyat Kelantan terhadap UMNO. Pada ketika itu PAS bersama Semangat 46 menerusi Angkatan Perpaduan Ummah menyapu bersih kerusi DUN di Kelantan dalam Pilihanraya Umum 1990. Faktor simpati rakyat Kelantan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah dan kasih sayang mereka terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang baru 4 tahun mentadbir Kelantan adalah antara pemangkin kemenangan besar tersebut.

Dua pilihanraya kecil pada tahun 1991 yang melihat pertembungan Semangat 46 dengan Umno BN juga menyaksikan Semangat 46 mengalahkan BN dengan peratusan majoriti lebih 15%.

Manek Urai: PAS Menang Setelah 12 Tahun

Begitulah sepatutnya yang dibaca oleh pengalisa politik. Sudah 12 tahun PAS tidak pernah menang dalam Pilihanraya Kecil di Kelantan. Blogger Penarik Beca adalah antara yang pertama mengetengahkan fakta ini.

Setelah kemenangan YB Zulkifli Mamat di Pulai Chondong pada 1997, PAS telah tewas di dua PRK berturut-turut. Manek Urai merupakan sejarah setelah sedekad tanpa kemenangan di dalam PRK.

UMNO BN Wajib Menang di Manek Urai

Manek Urai adalah diantara kubu-kubu jentera UMNO BN. Ia terletak dibawah Zon Kelantan Selatan yang dikawal oleh KESEDAR sebuah agensi pembangunan tanah Kerajaan Persekutuan yang dibekalkan dengan beratus juta ringgit bagi membangunkan kawasan Kelantan Selatan dan memperkukuhkan kedudukan politik UMNO.

Sama seperti KADA sebuah lagi agensi persekutuan, KESEDAR menjalankan pelbagai aktiviti bertujuan mendapatkan political mileage bagi UMNO. Menerusi KESEDAR juga pelbagai jawatan lantikan politik dibuat termasuklah penceramah politik.

Manek urai berada di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang mempunyai 4 DUN. Berikut analisa ringkas keputusan PRU12 pada DUN-DUN berkenaan,

* N39 Mengkebang – PAS tewaskan BN dengan majoriti 1,903 undi atau 16%.
* N40 Guchil – PKR menang tewas BN dengan majoriti 1000 undi atau 8%.
* N41 Manek Urai – PAS tewaskan BN dengan majoriti 1352 undi atau 13%.
* N42 Dabong – PAS menang dengan menewaskan BN dengan majoriti 552 undi atau 8%.

Walaupun Pakatan Rakyat telah menyapu bersih kesemua 4 kerusi DUN, apa yang jelas ialah melainkan di Mengkebang, 3 lagi DUN berada di dalam kawasan kemenangan kurang daripada 13% undi majoriti. Ini bermakna jika hanya 7% pengundi bertukar arah, Pakatan Rakyat akan tumbang.

Berbekalkan jentera Kerajaan Persekutuan dan Jentera Negeri-Negeri di bawah BN, UMNO sepatutnya telah berjaya menumpaskan PAS di Manek Urai.

Oleh yang demikian, analisa yang tidak bias dan dibuat oleh mereka yang benar-benar matang dalam politik Malaysia amnya dan politik Kelantan khasnya akan mempertikaikan bagaimana BN boleh tewas dan mengapa PAS hanya menang dengan 65 undi.

Mengapa BN Tewas di Manek Urai

Anggaran Jambatan dua lorong penghubung diantara Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama ialah RM20 juta mengikut Jabatan Kerja Raya. Bagaimanapun Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa Kerajaan Persekutuan akan membina Jambatan bernilai RM7 juta pada 15hb Julai 2009 jika BN menang di Manek Urai.

Penduduk Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama memberi majoriti undi mereka kepada BN dengan harapan sebuah jambatan dapat terbina pada keesokan harinya tanpa mereka sedari, Muhyiddin sendiri tidak berniat dengan apa yang dikatakannya itu.

Muhyiddin beranggapan adalah mustahil untuk BN menang di Manek Urai.

Muhyiddin mempunyai jentera kempen sehebat-hebatnya tetapi jentera kempen BN tidak memiliki ‘passion’ seperti jentera kempen serba daif dan miskin Pakatan Rakyat.

Pada hari penamaan calon, UMNO hanya mampu menggembeling 2,000 untuk berarak bersama mereka ke pusat penamaan calon walaupun SPR membenarkan mereka membawa 5,000 orang. Pakatan Rakyat pula membawa 5,000 orang berarak dengan mereka dan pada penghujung proses penamaan calon, jumlah penyokong mereka sudah jauh melebih 20,000 dan ia melimpah hingga ke simpang jalan Kuala Krai – Gua Musang iaitu lebih 3.4 km dari pusat penamaan calon.

Pada hari pengiraan undi, jumlah penyokong PAS yang berkumpul di pusat penjumlahan undi lebih dari 3,000 orang tetapi di sebelah BN, tiada seorangpun penyokong atau pimpinan UMNO yang hadir walaupun keputusan hampir bila-bila masa menyebelahi mereka.

PAS di sebalik segala retorik dan perang saraf sedar bahawa mereka akan tewas di Manek Urai. Apa yang mampu mereka lakukan ialah mengurangkan kadar kemerosotan undi supaya disaat-saat akhir mereka boleh mengharapkan kepada keajaiban berlaku.

Semenangnya itulah yang dilakukan hasil dari kebijaksanaan YB. Dato’ Wan Abdul Rahim, Penasihat Strategi dan YB. Abdul Fatah Harun, Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri.

Sebelum hari mengundi, jentera PAS berpendapat, jika jumlah keluar mengundi kurang daripada 77%, maka PAS akan menang di Manek Urai. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan dalam taklimat Jentera Kempen BN pada hari terakhir pula mendedahkan, BN memerlukan sekurang-kurangnya 82% pengundi keluar mengundi untuk menang di Manek Urai.

Pada Jam 2 petang 14hb Julai 2009, angka rasmi keluar mengundi sudah melebihi 82%. Jentera PAS sudah kini yakin mimpi ngeri mereka telah menjadi nyata. Dalam usaha mendapatkan keajaiban yang mereka perlukan, YB Fatah Harun setelah berunding dengan jawatankuasanya dengan gembira memanggil satu sidang media di Markas Induk jentera Pilihanraya PAS.

Di dalam sidang media jam 2.30 petang tersebut, YB. Fatah telah mengumumkan berdasarkan senarai yang keluar mengundi, PAS kini mendahului BN dengan 2,000 undi dan mengumumkan kemenangan PAS didalam PRK Manek Urai.

Terkejut dengan pengumuman itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan meninggalkan Manek Urai jam 3.30 petang dan sejurus dengan itu, jentera BN yang sebelum ini sibuk masuk ke segenap pelusuk kampung telah memberhentikan operasinya. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain turut meninggalkan Manek Urai dengan kawalan polis pengiring. Pondok-pondok BN kesemuanya dikosongkan satu jam sebelum tamat proses pengundian.

Kesempatan ini diambil oleh jentera PAS menyemak senarai pengundi yang belum membuang undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat PAS bersama jentera mereka menunggang motorsikal masuk ke segenap ceruk mencari mereka yang belum keluar mengundi dan merayu supaya mereka keluar mengundi dan memangkah bulan.

Akhirnya, keajaiban telah berlaku. PAS menang dengan 65 undi.

Kemenangan Termanis

Akhirnya, jam 9 malam, PAS telah meraikan kemenangan dengan penuh rasa bersyukur. Ini adalah kemenangan termanis dalam pengalaman mereka berhadapan dengan jentera gergasi BN di dalam Pilihanraya Kecil dimana sudah 12 tahun kemenangan menjadi milik UMNO.

Kemana Hilang Undi PAS Dalam PRU 12

Di dalam PRU 12, PAS menang dengan majoriti 1,352 undi. Kini majoriti itu tinggal hanya 65 undi. Apakah yang menyebabkan ini berlaku? Rumusannya adalah seperti berikut,

* Di dalam PRU 12, sentimen pengundi terutamanya pengundi di perantauan dan pengundi-pengundi muda ialah untuk mempertahankan Negeri Kelantan daripada ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.
* Mereka tidak mahu Negeri Kelantan turut menjadi Negeri yang bergelumang dengan rasuah, maksiat dan kemungkaran seperti negeri-negeri lain yang ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.
* Satu cara untuk menyekat UMNO BN ialah dengan secara beramai-ramai mengundi PAS.
* Majoriti mereka ini bukanlah ahli mana-mana parti politik.
* Ahli-ahli UMNO dan pimpinan UMNO Kelantan sendiri sebenarnya lebih suka UMNO terus gagal merampas Kelantan kerana dengan cara demikian, wang pembangunan untuk rakyat Kelantan terus menerus akan disalur menerusi Parti dan Agensi-Agensi seperti KADA, KESEDAR, Majlis Tindakan Pelancongan dsbnya yang mana ahli-ahli politik UMNO adalah pengerusinya.
* Dengan UMNO terus kecundang, mereka akan terus menjadi orang-orang penting dengan peruntukan yang berpuluh-puluh juta ringgit.

Namun di dalam berhadapan dengan Pilihanraya Kecil, sentimennya adalah berbeza,

* Pengundi senyap tahu bahawa undi mereka tidak akan memberi Negeri Kelantan kepada UMNO.
* Ini kerana PAS sebagai kerajaan mempunyai majoriti besar di Dewan Undangan Negeri.
* Oleh yang demikian mereka mengundi BN dengan harapan Kerajaan PAS akan lebih sensitif terhadap kehendak penduduk tempatan.
* Mereka juga mengundi BN sebagai protes kepada ketidakpuasan hati mereka, jika ada terhadap pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz

Benarkah Pengundi Melayu Kembali Kepada UMNO

Di dalam PRK Bukit Gantang, UMNO mendakwa pengundi-pengundi Melayu telah kebanyakannya pulang kepada UMNO. Data UMNO menjelaskan seperti berikut,

* Di dalam PRK Bukit Gantang UMNO mendapat 65% undi Melayu.
* PAS dapat 35% undi Melayu.

Jika benar 65% pengundi Melayu sudah kembali setia kepada UMNO maka keputusan di Manek Urai pada 14hb Julai 2009 ialah UMNO mendapat 6,841 undi dan menang dengan majoriti 3,157 undi.

Ini adalah berdasarkan fakta berikut,

* Jumlah pengundi berdaftar di Manek Urai 12,293 orang.
* Jumlah membuang undi 10,631 pengundi.
* Pengundi Melayu 99.9%.

Sebaliknya, PRK Manek Urai membuktikan bahawa UMNO BN hanya memperolehi hanya sejumlah 50% undi dari pengundi Melayu.

Manek Urai dan Masa Depan PAS

Berdasarkan prestasi di Manek Urai, jelas bahawa PAS telah mengambil langkah yang betul dengan,

* Terus bersama Pakatan Rakyat.
* Menolak politik perkauman.
* Menolak Kerajaan Perpaduan dan Kerjasama dengan UMNO.
* Mengurangkan kehadiran tokoh-tokoh PAS yang pro UMNO dan Kerajaan Perpaduan secara langsung mengurangkan kerosakan yang akan dilakukan oleh mereka di Manek Urai.

Dengan berlandaskan 50% sokongan daripada pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu dan berlandaskan 35% sokongan pengundi Melayu dikawasan campuran serta 84% sokongan pengundi bukan Melayu, PAS seharusnya bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan PRU 13 lebih awal dari tempoh matang dengan semangat untuk bersama Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia.

Apa yang perlu dan penting sekarang, ialah untuk PAS memastikan kemusnahan yang bakal di bawa oleh pimpinan PAS pro UMNO dan Kerajaan Perpaduan dibendung dengan berkesan supaya PAS tidak tertembak kaki sendiri disaat-saat ia memerlukan kedua-dua kakinya untuk memecut ke garisan penamat.

new headlamp




tak besaqq sgt


Wednesday, July 8, 2009

WALIMATUL URUS

5 JULY 2009, SITI NORHAFIZIE DAN MOHD SHUKUR

msmam workshop

HOW TO SUCCESFULLY DESIGN A DRAINAGE SYSTEM FOR COMPLIANCE THE NEW URBAN STORMWATER MANAGEMENT MANUAL BY D.I.D

WS1 - 23-24 JUNE 2009
WS2 - 25-26 JUNE 2009
WS3 - 29-30 JUNE 2009
WS4 - 1-2 JULY 2009

Search This Blog