Thursday, August 14, 2014

hari raya selepas 25 tahun

group sembang bole?
aku azmi dan shamsul....macam nak gelak pun ada buat grup untuk 3 orang je.
Okla sebagai permulaan.

Kisah bermula apabila aku berjaya menjejak semula shamsul, satu nama yg sudah lama aku cuba menjejakinya namun kerapkali tertangguh. Aku tidak mahu apa yg terjadi pada akhta reza berulang kali kedua. Mereka insan yang rapat dgn aku dan mencorakkan masa silam aku.

'sue aku nak singgah rumah ko, ada kat mana?'
'Aku kat kota damansara, knp?'
'laa, aku ingatkan ko kat nilai, ingat nak order dan beli kek'
'Takpela lain kali...'

Lama juga kami bersembang sehingga keluar cerita yang Sue memaklumkan yang dia dapat menjejaki Shamsul. Rupanya kakak Sue sedarjah dengan Abang Shamsul. Itulah permulaan dan asal usul grup yg pada asalnya kecil namun hari ini alhamdulillah berjaya mengumpulkan semula rakan2 lama.

Search This Blog