Monday, April 26, 2010

Pilihanraya Hulu Selangor


Akhirnya keputusan dikeluarkan dimana calon Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor menewaskan Calon PKR Dato' Zaid Ibrahim. Sebagaimana terdahulu perlbagai kempen digerak gempur oleh BN bagi memastikan memenangi semula kerusi Parlimen yang sebelum ini di sandang oleh PKR.

Pastinya berita2 akhbar arus perdana hari ini begitu menguja2kan kemenangan BN mlm tadi. Antaranya:-

BN menang tapi hilang sokongan pengundi Cina - Berita Harian
BN tawan semula - Berita Harian
Zaid terima kalah, dakwa pilihan raya tak bersih - Berita Harian
BN tawan semula Hulu Selangor - Utusan Malaysia
Kemenangan penuh bererti - PM - Utusan Malaysia
Bukti rakyat percaya PM – Perkasa

Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala Zaid mendapat 23,272 undi.



Manakala seperti biasa laporan daripada Pakatan rakyat pula:-

Tak padan, BN belanja puluhan juta untuk 1700 undi - Harakahdaily
Hulu Selangor tidak jejas komitmen Pakatan Rakyat 'ke Putrajaya' - Harakahdaily
Kemenangan BN sekadar catatan palsu - Harakahdaily
Benarkah BN menang? - Harakahdaily
Hulu Selangor: Keputusan kalah tidak mengejutkan - Harakahdaily

Friday, April 16, 2010

wajah siapa

Ketika duduk sementara menanti kemunculan izat, mengambil kesempatan menyelak2 muka akhbar Sinar hari ini. Muka hadapannya menarik perhatian, cerita mengenai calon Barisan Nasional yang bakal diletakkan nanti bertanding menentang penyandang calon PKR, Dato' Zaid Ibrahim. Ada 2 Calon utama daripada MIC, tetapi apa yang menarik perhatian ialah Calon MIC yang beragama Islam yang terkenal sebagai tokoh2 agama dan sering muncul di media arus perdana; Ustaz Ravi Abdullah.

Namun ketika sibuk membaca berita sukan mengenai Chelsea yang mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga EPL apabila menewaskan Bolton 1-0 awal pagi semalam, aku terpaku seketika di satu ruang wajah siapa? Lama juga memerhati dan berfikir. Jika tidak silap mata memandang, itu wajah A.Liki. Tapi ralatnya, sehingga malam aku terlupa nak membeli akhbar sinar.

Wednesday, April 7, 2010

Borak PakNil | Aznil

Ubat saya sudah pergi
2010/04/04

ASSALAMUALAIKUM! Paknil yakin pasti ramai tahu apa yang ingin Paknil borakkan dalam ruangan minggu ini kalau bukan cerita mengenai Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi.
Paknil percaya ramai rakyat Malaysia merasa kehilangan pelawak serba hebat dan penyampai radio yang ligat setiap pagi bersama Paknil di Riuh Pagi Era.


Kita akan merindui lawak merapu dan gila-gilanya sebab bagi Paknil, Din seorang saja yang boleh melakukan itu.


Setiap pagi Isnin hingga Jumaat, Paknil pasti berderai tawa terbahak-bahak sebab Din Beramboi membuat lawak yang terbit secara spontan dan luhur dari hatinya.


Bila itu terjadi, Din Beramboi akan berlawak dengan gaya sekali sedangkan kami hanya di radio! Siapa yang nampak gerak gaya Din bila lawaknya ke udara, tetapi itulah Din Beramboi. Dia memang bersungguh-sungguh bila melakukan kerja yang digemarinya.

Din, siap nak bawa sarapan?

Din sering bertanya sama ada Paknil akan berpuasa pada keesokan harinya kerana dia sentiasa nak bawa sarapan pagi untuk Paknil. Bila Paknil tak puasa, pasti ada satu bekas penuh kuih lopes yang dibawanya dari rumah.


Dia cakap, orang tua macam Paknil memang suka makan kuih ‘old school’! Dia kata orang muda macam dia cuma makan sandwich dan chicken pie!

Paknil sering usik Din dengan perkataan ‘Cur Cur Mak’. Kalau nak tahu, sebelum masuk konti radio awal pagi, selalunya Din kata, dia tak mahu sarapan sangat sebab nak diet tapi Paknil kata: “Sudahlah! Mesti dah Cur Cur Mak sebelum ini.”

Din sebenarnya mesti singgah di kedai mamak berdekatan Astro sebelum mulakan pagi untuk makan. Cur Cur Mak tu maknanya Curi Curi Makan!

Din, kenapa biar aku buat kerja seorang sekarang?

Pernah ada satu ketika Din terlewat ke konti radio sebab terlewat bangun. Bayangkan dia pecut kereta dari rumahnya di Rawang ke Astro dan sempat juga mendengar Paknil ke udara seorang diri di Riuh Pagi Era.

Sampai di studio, dia tahu Paknil bengang ketika itu tapi dia cakap dia sedih bila dengar Paknil kerja ‘sorang’ sebab dia kata macam tak meriah di udara. Jadi dia minta maaf sangat sebab terlewat dan berjanji untuk tidak lewat lagi selepas itu.


Sememangnya Din tidak pernah lewat lagi, malah kerap pula dia tiba lebih awal daripada Paknil.


Din, sekarang kau dah tak ada. Kalau kau dengar aku sorang-sorang di radio mungkin dah tak meriah kan? Aku pun tak tahu sama ada aku nak teruskan atau tidak kerja ini.


Bayangan kau terlalu kuat di sebelah aku, jadi aku rasa seperti tidak akan dapat bangun seperti dulu lagi!

Din, pilih tempatlah untuk melawak!

Sebagai abang, Paknil pernah juga menegur perangai Din yang suka melawak tidak bertempat. Pernah ketika Paknil mengendalikan segmen Merisik Khabar, Paknil tersentuh dengan cerita pemanggil sehingga menitiskan air mata.


Din yang ada di depan Paknil ketika itu ketawa melihat Paknil yang tersedu-sedu. Hangat juga hati ketika itu apabila Din cuba membuat lawak, sedangkan kami berbual mengenai sesuatu yang menyayat hati.

Paknil tegur dia: “Din, kau boleh tak pilih masa dan tempat untuk berlawak?” Jawapan Din benar-benar menginsafkan Paknil. Katanya: “Kalau menangis boleh selesaikan masalah orang itu, dia pun akan menangis sekali. Muka sedih dan menangis bukan boleh selesaikan masalah.”

Din memang ingin jadi ubat kepada wajah sedih orang. Dia nak orang senyum gembira saja. Dia memang akan memanggil Paknil sebagai orang yang cengeng dan sebab itu dalam Raja Lawak ada ketika dia tegur Bob Lokman yang berair mata ketawa sama seperti buruknya Paknil menangis.


Sekarang dia pasti nampak betapa buruknya muka Paknil menangisi pemergiannya.

Din, kau nak cuti panjang kan?

Sememang Paknil kena ambil cuti panjang dalam minggu ini untuk menyempurnakan rakaman Jangan Lupa Lirik. Din Beramboi adalah orang yang sangat suka bila Paknil minta cuti daripada Era kerana dia tahu kalau Paknil cuti, dia pasti cuti juga.


Dia cakap: “Aku untung tak payah pergi mengadap minta cuti sebab kau yang pergi mengadap. Bila kau cuti, aku pun cuti jugak.”

Paling akan Paknil ingat apabila Din akan ‘countdown’ kiraan hari menjelang tarikh kami bercuti setiap hari tanpa gagal. Sekarang kau pula yang cuti panjang.

Din Mr Sengal?

Din suka juga bagi gelaran pada kami di Era. Macam-macam nama yang dia cipta untuk orang yang dia usik.


Penerbit Riuh Pagi Era, Azizan dipanggilnya KURUS atau kadangkala dipanggil KURSUS. Ada yang digelar Ciputlah, Bruce Leelah, Dharmalah, Pen Drivelah dan macam-macam lagi.


Gelaran itu semua muncul secara spontan dan Din juga biasanya memanggil orang itu secara depan-depan. Mereka yang dipanggil itu pula tidak ambil hati kerana faham sangat perangainya.


Tiba-tiba masa Paknil bekerja sendiri ketika Din tenat, Paknil terima panggilan daripada pendengar Era yang menggelarkan Din sebagai Mr Sengal.


Katanya: “Bangunlah Mr Sengal ku. Pagi ku tidak sama lagi tanpa kehadiran Mr Sengal yang selalu buat lawak sengal! Bangunlah please…!” Kini Mr Sengal dah jadi Mr Senyap.

Suka hantar SMS yang mengarut

Paknil memang tidak suka ber‘SMS’ dengan Din sebab dia suka hantar SMS yang entah apa-apa. Pernah Paknil hantar SMS kepada Din tanya kenapa dia nak Alex Raja Lawak gantikan dia bila dia tidak ada di Era lagi? Din jawab: “Sebab dia tak tahu nak komen apa untuk Alex yang memang best!”

Baru-baru ini masa dia sakit, Paknil ada hantar SMS pada Din. Paknil cakap: “Din, cepatlah baik demam. Tak bestlah buat kerja sorang-sorang.”

Nak tahu apa yang Din jawab pada Paknil?

“Bukan sakit tapi rasa nak mati. Semua dah rasa kebas. Tu tanda-tanda nak mati lah.”

Din, aku rindukan engkau

Mungkin ini tidak pernah Paknil ucapkan pada Din sebab memang tak pernah rindukan dia, tapi kini setelah Din tiada, baru Paknil seperti terdengar bunyi ketawanya, bunyi batuknya, bunyi dengkurnya (kadangkala dia terlelap juga dalam konti... hehehe).


Paknil pun tak tahu apa makna Riuh Pagi di Era lagi sebab Paknil tidak pasti sama ada akan adakah lagi riuh itu apabila Din sudah tiada. Paknil tidak akan mampu menjalani tugas di konti sebab di setiap sudut Paknil akan terbayang kehadiran Din Beramboi.


Din, kau pergi tanpa beri amaran. Habis senyum dan tawa aku kau bawa sekali. Kini aku masih mencari orang yang boleh kembalikan senyum dan ketawa itu. I MISS YOU MY BRO!

Wassalam.

Tuesday, April 6, 2010

under maintenance

Nampaknya masalah tuning kereta berlanjutan, terpaksa cari carburator terpakai.

Friday, April 2, 2010

Sekelumit Bicara

Apa perasaan anda jika tiba-tiba diberitahu menghidap penyakit kronik, yang selalunya – berdasarkan pengalaman pesakit serupa – tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama?

Atau mungkin anda dapat terus menghirup udara segar, namun sudah tidak berupaya bebas bergerak, segalanya perlu dipapah dan bantu, dan hanya terlantar menanti keajaiban untuk sembuh. Allah Maha Mengetahui akhiran hidup kita.

Perhatikan sekeliling kita. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari contoh. Berapa ramai anggota keluarga dan kenalan rapat pergi buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.

Ada teman baik yang nampak sihat, segar bugar, tiba-tiba kita mendapat khabar meninggal dunia ketika tidur.

Ada saudara-mara yang baru bertemu pada hari lebaran lalu, di hening malam kita dikejutkan panggilan telefon memaklumkan diserang angin ahmar, terus koma hingga dijemput Ilahi.

Ada rakan sekerja, belum pun mencecah usia 30 tahun, berpotensi hebat dalam kerjaya, hanya mengadu sakit sekitar matanya, bila diperiksa doktor, masya-Allah, rupanya tanpa disedari sudah lama kanser bersarang. Tidak sampai dua minggu selepas itu, ajalnya tiba. Itu belum dihitung kes-kes kemalangan maut yang menyambar tanpa sebarang amaran awal.

Sememangnya kita dituntut agar sentiasa bersedia, membuat persiapan secukupnya, bagi menghadapi maut. “Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.” (maksud al-Baqarah: 197)

Saidina Ali r.a. ketika ditanya tentang taqwa menjawab: ” Taqwa adalah takut kepada Allah Yang Maha Agung, melaksanakan segala perintah yang diturunkan, reda dengan nikmat yang ada meskipun sedikit dan sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi maut sebelum kedatangannya.”

Soalnya, berapa ramai yang mengambil pengajaran dan iktibar daripada terkaman maut, kecuali dalam tempoh masa yang begitu singkat, untuk kemudiannya melupakan, hinggalah dikejutkan kembali dengan tragedi seterusnya. Ya, sesungguhnya, insan memang mudah alpa dan banyak pula dalehnya.

Benar, sakit merupakan nikmat, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu “cara” untuk meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian Tuhan itu.

Berapa ramai orang yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerana nyawa tidak direntap dengan tiba-tiba, tetapi didahului peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki.

Dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf merubah gaya hidup kita? Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad?

Perhatikan jejak usia yang ditinggalkan. Memang pantas sekali ia beredar. 40 tahun berlalu seolah-olah baru semalam dilepaskan. Masih terbayang-bayang zaman kanak-kanak di kampung.

Lintasan ingatan kian segar di bangku sekolah, guru-guru yang mendidik, kawan-kawan sepermainan, ibu ayah yang menyayangi, nenek dan datuk yang mengambil berat. Satu demi satu adegan kehidupan pahit-manis bersilih ganti.

Dan kerdilnya diri mengenangkan dosa dan maksiat, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan, ya … alangkah kecilnya.

Menginjak dewasa, kesibukan berkeluarga dan berkerjaya sering menjadi hambatan. Banyak yang dikejar umpama fatamorgana, dan kegelisahan menggapai cita-cita sukar diredakan. Segalanya seperti tidak mencukupi.

Dalam keadaan itu, jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat.

Ramai yang bergelut hanya mencari kehidupan untuk diri sendiri. Amat kecil sumbangan untuk orang lain. Walhal sebahagian kebahagiaan adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain, apatah lagi mereka yang memusuhi kita.

Ingatlah, janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani anda jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya.

Oleh : Ahmad Lutfi Othman

Al-fatihah , Din Beramboi


Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) telah kembali kerahmatullah kerana demam denggi berdarah. Semoga beliau dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan beriman. Amin

Search This Blog