Monday, November 25, 2013

attack destinies of war

dari sri rampai ke padang jawa

rasanya sudah terlalu lama aku tidak menggunakan public transport, jika tiada hal yg memaksa sudah tentu aku tidak menjejakkan kaki ke stesen lrt sri rampai yg sbnrnya sudah lama siap dan digunakan. Pd awalnya perjalanan dr wangsa maju hanya merentas terus ke setiawangsa tanpa perlu berhenti di sri rampai, itu berlaku 10 tahun yg lalu.

suasana masih tidak terlalu sesak, masih ada ruang utk berjalan dengan selesa. Aku membeli tiket melalui sistem layan diri yang menggunakan skrin sesentuh, juga agak asing kerana kali terakhir aku menggunakannya hanya menekan button kemana destinasi haluan, manakala sistem tiket juga telah berubah yg mana dahulu menggunakan kad plastic tp skrg coin plastic. sempat juga aku singgah dikedai news membeli air mineral dan majalah top gear. KOnonnya untuk menghilangkan kebosanan ketika di dalam train nanti.

Tidak sampai 5 min menunggu train pun sampai dan aku langsung dpt duduk kerana masih belum ramai penumpang, barangkali kerana aku sbnrnya melawan arus kerana pada ketika org byk pulang ke arah wangsa maju manakala aku pula ingin ke kl sentral. Namun ketika sampai diperhentian ampang park, train mulai penuh. Aku hanya sempat membelek2 majalah kerana ruang yg td selesa kini mulai terbatas.

Aku perhatikan kebanyakannya leka bermain gadget dan hanyut di dalam dunia yang dikecilkan tanpa mempedulikan sesiapa yg berada disekitarannya.

Tiba di kl sentral, aku juga spt yg lain berpusu2 selaju mungkin mencari ruang dan peluang. Aku melihat manusia yg sedang beratur panjang dikaunter komuter, manakala kaunter layan diri hanya ada 1 yg disediakan dan barisan panjang yang sedang menunggu diblkgnya. Tanpa aku sedari ada yg memintas pantas dihadapan ku langsung mengambil giliran dan turutan barisan ku. aku hanya diam melihat gelagat manusia. Setelah menunggu 3 minit aku melihat manusia dihadapan ku mulai keluar drpd barisan yg menimbulkan tandatanya dan kegusaran kpd ku'apakah yg berlaku sbnrnya?'.

aku juga mengambil keputusan utk membeli tiket secara manual dikaunter,'ahh, lebih pantas rupanya drpd menunggu tadi..." aku perhatikan sistem pembelian tiket komuter masih tidak berubah, tiada skrin sesentuh yang canggih...mesin yang sama aku gunakan 10 tahun yg lalu bahkan aku pasti lebih lama drpd usia tersebut...

Padang Jawa....RM2.30......
jam menunjukkan sekitar 6.15pm....

suasana di kl sentral mmg sesak dgn manusia yg pelbagai gaya, ragam dan entahla....misteri pun ada...
"kaunter 5'..itu katanya utk train yg menghala ke port klang...

aku berjalan dgn pantas mencari ruang2 menembusi lebuhraya manusia...aku terus beratur di blkg barisan yg masih belum dikerumuni manusia..."ada lg 5 minit sebelum train tiba"..ujar ku perlahan.

Kebanyakan penunggu train menghabiskan waktu dgn menekan2 satu mesin kecil ditangan mereka, ada yg melengkapkan diri dengan mengasingkan diri dengan wayar tambahan drpd mesin tersebut langsung kegegendang telinga...pandanganku terarah ke seorg pemuda yg sedang asyik menjamah kek secret receipe...

'train akan tiba sebnetar lagi, pastikan anda berada dibelkag barisan'....suara dr corong pembesar suara tiba2 menyebabkan tubuh2 yg tadi berselerakan bertumpu ke kawasan barisan...ada juga yg seakan tidak tahu untuk menunggu berbaris langsung ke hadapan, tp dia malu sendirian, kerana byk mata yg memerhati dan menyahkan dia dr situ.

aku terus mendapatkan tiang seri yg berada di tgh2 gerabak, aku hanya menyandarkan diri.

'hello, assalamualaikum...nanti amik kat padang jawa, lebih kurang jam 8mlm"




Search This Blog