Saturday, November 29, 2014

mencari CCC entah kemana

Gitar kuning menjadi pilihanku. "tentu muhd suka".
Dalam kesejukan malam aku meredah kota metropolitan yang ketika ini sering dibasahi hujan yang kerap turun diwaktu petang dan malam. Mujur mlm itu cuaca agak tenang namun kesan hujan yg turun ptg itu membawa bayu sejuk menggigit2 tubuh.

Aku terbayang wajah arwah pak hitam ketika aku menziarahinya pada hari raya haji yg lps. mmg nmpk sgt uzur dan begitu kurus sehingga perutnya perlu dibedung. "Perut pak tam ni sakit sgt, hari2 mkn panadol satu papan baru lega"
"Kalau g hospital pun habis satu badan ni dicucuk2, asyik ambik darah" keluhnya pabila dintanya knp tidak shj pak tam duduk mendapatkan rawatan dihospital.

Sekarang wajahnya itu sudah tiada lagi, hanya sekujur tubuh kaku dihadapanku. Alhamdulillah aku sempat bersama2 solat jenazah. Ada hikmahnya aku hanya sendirian dan bermotosikal ke Kuala kubu bharu pada hari Jumaat itu.(21 December 2014). Aku berperang dgn manusia lain dan aku korbankan dan nyahkan mereka demi Pak Tam yang sempat aku kenali. Pastinya ada yg berwajah kelat pagi itu yg sepatutnya aku ada mesyuarat CCC. Itu hanyalah dunia...izinkan aku mengenali akhirat dan mengambil ikhtibar.

Part 2

Lewat asar itu Amilatul Yunus melafazkan ikrar janji setianya dan sah sebagai seorang suami. Agenda yg pada awalnya aku tidak terlalu memikirkan untuk hadir dan meraikan hari itu. Aku sekadar meraikan sedikit kegembiraan dan kelegaan apabila pelan sk setapak akhirnya mendapat pelepasan. 
"Pelan dan dokumen pending signature, by monday katanya"
Aku menghantarkan wassap kpd arkitek penuh yakin.
"Fuhhh , alhamdulillah'"

Search This Blog