Friday, November 4, 2016
Tuesday, September 6, 2016
hijrah
sesuatu yang sukar sebenarnya untuk aku membuat keputusan, walaupun aku tahu pilihan yang ada hanyalah satu. Kerjaya yg aku bina 15 tahun jatuh bangun bersama2 teman2 yg silih berganti, hakikatnya byk perkara yg aku pelajari. Bila aku renung semacam satu fasa baru dalam kehidupan menjejaki kategori sisa hidup yg dikatakan kematangan seorg manusia. Dimana pada ketika itu jugala nabi dilantik menjadi rasul.
Aku harapkan sesuatu yg dpt aku sumbangkan kpd teman2, sedarah sedaging, saudara muslim yg memerlukan. Cengkaman kuku pemerintah yg mementingkan keuntungan juga meninggalkan kesan, terutama cukai2 tambahan yg tidak pernah terlintas satu hari nanti kita perlu tanggung.
##Interlud##
Cik kena bayar tau.....
Aku terdiam memikirkan kata2 pegawai imigresen itu tadi. Secara langsung pelbagai imiginasi bermain2 di dalam fikiran, 'Esok??'....Esok bagaimana?...aku masih termenung.
'Minta tolong semakkan nama kat website.'
Hati aku berdebar , cemas dan tiada perasaan. Kekusutan ku kian beselirat apabila status mengesahkan yg aku perlu rujuk ke pejabat imigresen berhampiran.
Penat mendaki tangga sehingga aras 6 masih terasa. Lift rosak katanya.
'Esok nak kena g UTC' aku beritahu.
'Kena selesaikan sbb takut x boleh keluar dari miri'

Tuesday, March 15, 2016
perginya permata..alfatihah
"Wak yem baru call..kebumi lps asar"
Kuletak semula hp sambil merenung jam didashboard...pukul 430pm. Aku menekan pedal minyak memastikan halaju pada yg sepatutnya, masih dalam had yg dibenarkan.
Awan mendung, mmg hujan tadi sebentar diwaktu tengahari. selepas cuaca panas katanya kesan gerhana matahari. Syukur sejuk seketika bumi dibasahi hujan, namun pada ketika ini aku fokus dengan pemanduan dan berdoa agar aku selamat sampai sebelum solat jenazah.
##Jam 300pm##
Ada panggilan masuk..aku seakan kenal no tersebut namun disebabkan tiada tertera nama aku ragu2....namun aku jawab.
"Wak saliyem meninggal baru je tadi..."
"Wak saliyem??"aku tiba2 buntu dan teragak2 siapa gerangan.
"Wak Yem....wak saliyem" tambah mak.
"Innalillah...."aku terdiam dan memandang2 awan.
Wednesday, January 20, 2016
mimpi
Mimpi mainan tidur. namun jika apa yg kita mimpikan itu sesuatu yg aneh dan luarbiasa pasti kita akan sedikit terkesan dengannya.Aku mimpi diancam dengan sesuatu bahkan diekori. Malam pertama aku mimpikan aku berada di dalam sebuah bangunan yg tinggi. Aku berada dalam hotel dan aku perasan ada 3 buah lif yg berdekatan Namun apa yg aneh bangunan tersebut dikawal oleh pasukan tentera. Aku tidak tahu apa motifnya. Apa yg pasti aku senantiasa diperhatikan oleh sekumpulan tentera dalam sebuah kereta perisai. Setiap langkah aku bergerak pasti ada seolah satu pancaran cahaya merah yg menghala ke arah ku. Sehinggakan satu ketika aku terpaksa merangkak dan bersembunyi di belakang dinding2 batu. Jantung aku senantiasa diserang perasaan cemas dan penuh dengan ketakutan. Apa yg aku perasan pasukan tentera itu berbangsa eropah mungkin.
Hari berikutnya, aku berada disuatu tempat asing mungkin jauh dari kampung halaman. Kerana aku dalam situasi yg bergegas utk pulang. Hari itu hari jumaat. Aku mengejar waktu 12.45petang untuk berangkat kesuatu tempat.Tiba2 aku berada didalam hostel yg dipenuhi tentera. Dalam keadaan aku ingin pulang mengambil pakaian, hostel tempat penginapan aku dalam keadaan semua manusia sedang berkawad dalam satu barisan. Kemudian ada seseorang yang aku fikir ketua dikalangan mereka sedang memeriksa kebersihan bilik. Dalam keadaan cemas aku terus masuk ke dalam barisan.
Agaknya apa petunjuk yg cuba disampaikan, ataupun sekadar mainan tidur. Yg pasti aku masih belum ada motivasi diri menghadapi ujian dan cabaran2 kerja diluar sana. Manusia semakin pelik, semuanya hilang akal dan arah. Aku benci berkawan dengan manusia2 seperti itu. Tiada perasaan ikhlas dan jujur, hanya mengambil kesempatan ke atas orang yg lemah dan tidak berkuasa. Aku juga menjadi mangsa laman sosial, pedih juga rupanya bila kita mendapat tahu hakikat bila ada org org mengeluarkan kita dari senarai rakan kenalannya.Bila Aku diam menjadi satu kesalahan apatah lagi agaknya bila aku bertindak.

Tuesday, January 19, 2016
2 hari
Sudah 2 hari aku hanya mengurungkan diri dalam bilik. Cuma sesekali keluar bila perut lapar. Sudah 2 hari juga menu aku ayam, ayam goreng hari pertama dan ayam masak kari hari berikutnya. Ini bukan kisah ayam.
Kepala aku sakit. Fkiran aku tidak fokus. Sudah bertahun-tahun aku membuat kerja yang sama. Namun semakin bertambah tanggungjawab, namun segalanya harus aku selesaikan sendiri. Dari melakar drawing, printing, melipat, membuat surat, bahkan menghantar dokumen juga. Program RPM yg lan cerita tu nampak bagus, cuma byk yg perlu aku ubah. Bagi dia tentulah mudah, dah 'makanan' dan 'permainan' dia berbelas tahun. Jika aku diberi peluang yg sama dalam bidang yg aku ada tentulah tiada masalah untuk aku menghadapinya juga.
Aku tutup terus cell phone. Aku rasa nak menyendiri dari semua orang. Namun aku masih belum menemui jawapannya. Aku perlukan perubahan. Dalam masa yang sama aku nak mencari sesuatu yang lebih bermakna untuk aku. Bila dah terbeban dengan hutang, segalanya jadi berat. Sebab memikirkan hutang yg perlu ditanggung.
Aku harap juga ada yg faham dengan situasi ini. Tapi meleset sangat, bahkan jadi sebaliknya. Kesudahannya biarlah aku sendiri yg berfikir. Esok aku masih tidak pasti. Begitu juga lusa.
Tiba2 baru aku sedari.....'unfriend status', jadi lebih baik diam terus dari berkongsi sesuatu. Agaknya mata ku ini segar kesan dari tidur yg lama disiang hari. Aku hanya bangun bila masuk waktu untuk aku wudu' dan bersolat. Bila perbuatan kita yg x mungkin untuk kita berpatah balik semula, tidak mungkin...jadi aku biarkan jika itu dia fikir baik. Bagi aku masih lagi diam masih baik untuk semua orang, sehingga aku menunggu ilham yg belum muncul tiba.

Monday, January 18, 2016
Tuesday, January 12, 2016
demi masa yg ditinggalkan
Bukan sekadar cerita, aku tersentuh mengenang zaman yg pernah aku lalui. Kenangan2 tersebut semakin hilang akibat kerasukan bukan rakus. Disitu pernah berdiri SMJC, ada bintang2 yg dah dilahirkan, hari ini tinggal bayang2. Disitu juga pernah tersohor ATDI, namun kini bangunan usang yg menunggu masa.
Sedih melihat kebanggaan aku yg menjadikan aku hari ini lenyap dan semakin pudar. Pasti juga selepas ini tiada lagi bintang disitu. Our journey to success sudah berakhir.
Saturday, January 2, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)