Saturday, August 18, 2018

5 anggerik


Sambil aku menunggu di dalam kereta, telinga ku  melayan alunan muzik2 lama drpd Harmoni Fm. Sesungguhnya lagu itu bisa membawa kita kesuatu kesah yg kadangkala kita sudah lupa. Perlahan2 aku menyusur 30 tahun yang lalu.

Terbayang wajah rakan2 yg masih muda belia. Tahun itu kami sepakat masuk Persatuan Pengakap Sekolah. Kami sungguh tertarik dengan aktiviti perkhemahan. Katanya juga setiap tahun akan diadakan perkhemahan disekolah , jd sesuatu yg baru bg aku dpt berkhemah bersama teman2. Cikgu Johari antara yg menjadi org kuat Persatuan Pengakap Sekolah, begitu juga cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim merupakan guru muzik, dia gemar memanggil anak2 muridnya untuk menyanyi di hadapan kelas dan aku juga pernah mendendangkan lagu Ku Dihalaman Rindu oleh Lefthended. HUHU

Dalam pada itu juga, ada seorng murid perempuan dr kelas 5 Cempaka yg benar2 menjadi bualan jejaka2 di tahun 5 bahkan turut menarik perhatian perhatian tahun 6 juga. Pada ketika ini ketua murid Sekolah memang terkenal dengan kereknya, berseluar londeh dan rambut sisir tengah dan ditarik kehadapan benar2 menjadi fesyen terkini ketika itu. Aku sebenarnya tidaklah mengambil kisah sangat hal2 sedimikian memandangkan aku lebih suka menghabiskan waktu bersama teman2 lelaki samada petang bermain bola ataupun badminton. 

Sebenarnya ada 1 insiden antara aku dgn Cikgu Johari, entah apa silapnya ketika itu lenganku bengkak di denda olehnya kerana aku mengejek2 cikgu. Aku benar2 menyesal dan memang tidak patutpun aku membuat perkara bodoh begitu, mungkin kerana terlalu seronok bermain dan bergurau sehingga aku melampaui batas.

Cikgu Jamilah ketika itu membimbing kelas 5Anggerik.  Aku masih ingat dia memandu Honda Prelude dan memang ketika itu antara kereta yang menarik perhatian aku. Malah kadangkala dia memandu kereta Jenis Fiat. Mungkin disebabkan pengaruh UCU aku dapat mengenal jenis kereta dijalanan.



Hari yg kami tunggu2 pun tiba iaitu hari perkhemahan untuk persatuan pengakap sekolah. Aku seperti biasa berdua bersama2 dgn sabiran rakan karib ku. Aku ingat lagi abah membawa aku ke Jalan Taiping klang untuk mencari uniform pengakap, ada tali, pisau , talipinggang, baju dan skaf yg akan dipakai di leher. Memang bangga aku sgt ketika itu dapat menggayakan uniform tersebut.

kami semua berkumpul di dewan sekolah yg telah diubah suai drpd bilik darjah dimana pembahagi2 kelas telah dibuka manakala meja2 dan kerusi disusun kebhagan blkg dan tepi. Pada ketika itu sekolah kami hanya mempunyai 2 blok, iaitu blok kayu setingkat dan blok baru 2 tingkat. Hakikatnya kami hanya tidur di dalam kelas walaupun ada juga khemah yg kami bina dibawah laluan pejalan kaki yg menghubungkan ke blok kayu.

Itu antara memori yg masih aku ingat apa yg berlaku selain itu aku benar2 lupa. dan sehingga kini aku masih tertanya2 apa tujuan mereka memberikan aku kertas jawapan Ujian Sarina. 


Saturday, August 11, 2018

apabila ungkapan vip sering disalah guna untuk memperhambakan org lain

"Ada tetamu VIP sedang dalam perjalanan"
"Ada buat teumjanji ke dengan management?"
"Biasanya VIP mereka diberi keistimewaan lebih2 lg dpt arahan dr atas"
Kelihatan pegawai perhubungan tergesa2 mempercepatkan langkah cuba menunjukkan gaya mutu keunggulan sambil melemparkan senyuman tanda "mesra".

Jam menunjukkan hampir lewat ptg tanda peralihan shift yg berikutnya. Waktu2 begini memang sgt2 krtikal namun disebabkan ada terma VIP maka hamba2 yg meunggu gajian bulanan ini seolah2 hamba dalam paksaan mereka.

"Owhh....sekadar untuk mendapatkan perakuan bagi visa pelajar" rupa2nya itu yg dikatakan perkara yg perlu diberikan perhatian 100% tanpa memperdulikan keutamaan org lain yg sebenarnya telah pun membuat temujanji awal.

Aku pernah terfikir mengapa tidak pernah diungkapkan perkataan VIP ini semasa ingin mendapatkan solat jemaah , perkara2 ibadah dalam kehidupan seharian untuk mereka yg ada imunan ini.

Search This Blog