Monday, February 25, 2019

february kita terpaksa bermusuhan

Aku selak langsir yg menutupi tingkap, kelihatan pohon2 diluar bergoyang ditiup angin, namun sekadar dpt dilihat namun tidak dirasa nikmatnya angin malam  kerana terlindung dibalik cermin kaca. Sebenarnya tadi aku sengaja melelapkan mata selepas solat maghrib, walaupun pada mulanya aku berpusing2 untuk lena. Sehingga aku bermimpi dan terjaga. Aku lihat jam baru 8.30pm.

Hairan aku bgmana bonet kereta aku boleh bocor, aku angkat satu persatu barang2 yg bersepah cuma bertuah kerana tiada apa yg hilang. Aku sedang menuju ke 1destinasi yg samar2 aku masih ingat namun tidak pasti dimana. Yang pastinya kawasan tersebut berhampiran pantai, tempat yg biasa aku tujuu 1ketika dahulu namun sudah lama aku tidak kesana.Sampai ke 1kawasan lot2 kedai perlahan2 aku mencari parking. Katanya pasar malam tersebut berada dicelah lot kedai tersebut. Namun sunyi sepi bahkan lot kedai itu masih belum siap sepenuhnya. Terdapat sisa2 bahan binaan seperti kayu dan pasir dispeanjang bahu jalan. Aku mengundurkan kereta dan berhenti dibawah lobi yg berbumbung. Pada ketika inilah aku melihat tayar belakang yg membengkok sgt sehingga aku turun untuk memerika dan baru aku sedar lantai kereta tercabut dr dasarnya.


Bila tersedar, aku bangun dan menuju ke dapur kerana begitu dahaga tekak terasa. Aku toleh kepintu sebelah yg tertutup rapat, mungkin sudah tidur juga agaknya. Teka hati kecil ku. Aku keruang tamu mencari kunci kereta dan menekann lock dan memerika pintu hadapan.


Aku berpatah balik semula dan masuk kedapaur, dalam kegelapan itu aku nampak seolah lampu dapur menyala dan apabila aku membuka lampu dan memeriksa lebih dekat ternyata benar tekaan ku. Bau kari itu terus menusuk kehidung, mmg terasa sangat panas periuk, mujurlah aku bangun dan masuk ke dapur. Entah sudah berapa lama dapur dibiarkan menyala, mujur juga no1, tp dr gaya kuah yg menggelegak dan kepanasan yg aku sentuh td tentu sudah lebih 1jam.


Aku tidak lagi memasak, bahkan mungkin aku tidak akan memasak lagi dimasa akan datang. Aku gemar mencuba melihat resepi2 didalam utube, kali akhir aku mencuba patin tempoyak, bagiku mungkin sedap dan boleh dijamah. Sebaliknya bg org lain yg merasanya. Aku tidak kisah sgt pun jika ada yg mengulas tapi kita dapat membezakan antara mengulas dan mengeji. Dan itu bukanlah yang pertama. Begitu juga manusia yg suka mengeji dan merendah2kan usaha kita, aku benar2 terasa. Keikhlasan yg ada itu secara beransur2 hilang dan diganti dengan perasaan lain. Dan bukan kali pertama perkara begini berlaku bahkan berulang2. 

Manusia berubah samada menjadi lebih baik atau sebaliknya, namun perkara2 buruk yg lepas memang sukar utk dipadamkan dalam ingatan manusia. Yg buruk itulah yg disebut2 walaupun sudah menjadi lipatan sejarah. Aku akui memang benar dulu aku liat untuk bangun awal pagi dan solat subuh, alhamdulillah aku kini dapat rutin harian yg aku sgt idamkan, bangun dan solat subuh dimasjid. Selepas solat aku mengaji 10mukasurat setiap hari, selepas pulang dr menghantar pula aku solat dhuha. Sesuatu yg aku rasa positif dan benar2 aku hargai.


Rupanya ada ujian juga yg datang menggegarkan. Aura2 positif itu td dicabar dengan sikap manusia yg tidak pernah lupa kisah2 silam yg sudahpun aku tutup dan kambus dalam2.


Aku lihat meter minyak kereta ada lagi 2bar. Aku sekadar isi $5 kerana itu shj yg aku ada. 


Aku melihat esok lusa dan seterusnya. Sedih dan sampai aku terfikir kenapalah aku berhenti kerja dan sesalan itu datang menghantui. Lebih baik ada drpd tiada dan terpenjara dalam sesuatu yg kita tiada pilihan. 

Tuesday, February 5, 2019

Lawatan tapak PR1MA dec 2015

Singgah makan tengahari  sebelum meneruskan perjalanan.





Aku tertarik dengan konsep restoran yg mengubah konsep
 makanan kampung ke fast food layan diri.





Sampai diladang kena naik lori, bos & khhn duduk didepan (dalam lori), 
aku kena duduk belakang. Ada sekali ada daun pokok sawit nyaris kena kepala.






Tapak PR1MA bersebelahan dengan Politeknik.



Hati2 ada di atas kepala.





Menurut pekerja dimasa puncak hujan lebat air akan sampai 
ke paras kayu disebelahnya.



Kelihatan pekerja sedang mandi parit.



Singgah solat dimasjid politeknik yang dibina bersebalahan 
kolam tadahan, memang mendamaikan.

2 orang staff peronda yg gagal membuka skru tayar boss, sampai 
patah di kepala. Akhirnya kami terpaksa memanggil trak tunda.



Akhirnya selamat tiba di melati. 


BAZAAR RAMADHAN MIRI









KAJANG TO KLANG








Bukit Badak


Padang Jawa

JP HOUSING, KK & CAR











 










Search This Blog