Wednesday, April 10, 2019

Aku bukan penulis

Apalagi yang aku ada bila sedih, inilah terapi untuk aku menulis secebis kisah dan emosi sebuah perjalanan hidup. Pastinya yg sedih itu kerap mendapat perhatian dan meninggalkan kesan dalam sebuah cerita. Walaupun hari ini ada pelbagai media sosial lain namun bukanlah tempat yg aku fikirkan sesuai untuk dikongsikan untuk tatapan umum diluar sana. Mungkin sesekali aku menggunakan platform IG dan WS untuk meluahkan rasa dan emosi.

Tadi puas sudah dada ku terasa sakit yg betul2 mendalam. Serik betul aku rasa, sakit yg bukan dibuat2. Betul2 pada ketika ini aku merasakan kecilnya nilai diri aku. Airmuka aku bagai ditampar2. Aku benar2 kesorangan, sengaja aku mendiamkan diri di dalam bilik. Aku nak lupakan manusia2 diluar sana. Aku nak campak semua kenangan2 yg menyakitkan.

Tapi fikiran dan fokusku masih belum kuat, memang aku tidak cukup kuat. 

terima kasih tau


Samada ianya 1permulaan bg sebuah pengakhiran aku juga belum pasti. Masih ada cabaran2 mendatang yg belum aku terokai. Aku disini pada ketika ini merenung jauh menarik nafas sedalam mungkin. Pedih aku terasa jauh disudut dada ini. Perlahan2 aku terasa ada sesuatu membasahi mataku. Sebak, pedih dan tiada kata2 yg dapat aku gambarkan. Aku perlukan sebuah kekuatan yg baru.

Part 2; Bila dia Pergi

"En. Jaafar dah nazak"

Selang beberapa minit pesanan masuk lagi, "En. Jaafar sudah tiada". Aku meletakkan hp disebelah dengan perlahan2. Sedikit terkesan di dalam hatiku, beliau seorang yg aku kenali apabila kami berpindah ke rumah baru. Rupanya ada saudara yg berjiran dengan kami. Hari berganti masa, anak2nya pula mak yang menjaganya. Nazrin dan ashraff bukanlah kanak2 biasa yg duduk diam, tetapi ternyata mereka memberikan corak dan warna dalam keluarga kami. Kami terhibur dan senang dengan mereka tidak sesekali kami marah dan memberikan beban.

"Kamu jgn risau, acik ada disebelah kamu nanti, jika ada org yg berniat x baik insyaallah acik ada buat pendinding"
Dan sepanjang majlis itu beliau menjadi pelindung dan saksi pada sebuah kisah besar.

Seawal pagi aku sudah bersiap mandi, kebetulan aku balik semalam membawa eusuf dan aisyah dan memandu kereta abah. Itupun bertubi2 ws memenuhi ruang, aku renung skrin hp dan mengetapkan bibir. Segala urusan berjalan dengan lancar, jam 830pagi van jenazah tiba untuk membawa arwah ke surau. Sudah tentu kebanggan seorang ayah apabila anaknya sendiri mengimamkan jenazah bapanya. Perlahan2 air mataku menitis sedikit, sungguh terkesan apakah aku mampu menggalas tanggungjawab sebagai nak sulung nanti. 

Alfatihah untuk acik Jaafar. 


Search This Blog