Wednesday, December 2, 2020
Saturday, November 28, 2020
buàng
Friday, November 27, 2020
b40 dan m40
Monday, November 23, 2020
tragedi oktober yg lalu
Monday, November 16, 2020
Friday, August 21, 2020
kisah 2 sahabat
Hari itu aku menuju ke kg tok muda, cuba meningatkan semula rumah yg pernah aku kunjung dahulu aku rasakan lebih 10 tahun mungkin. Aku membelok ke jalan masjid dengan perlahan aku pantas memerhatikan deretan rumah disebelah kanan. Ada sebuah rumah yg pantas mengingatkan aku pd sesuatu tp aku kurang yakin dan was2. aku terus memandu sampai ke hujung masjid, dan kali ini aku benar yakin memang itulah rumahnya moliza.
Kasihan aku melihat susuknya, yg aku tahu dia seorg yg sgt aktif, peramah apabila berbicara. Aku menarik nafas dalam2 berdoa semoga allah memberikan dia semula kesihatan , ingatan dan tuturbicaranya. Dia hanya mampu tersenyum cuba melontarkan perkataan tp sedihnya kami tidak dapat memahami.
<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/SbUvMrdfUcc" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>
Kerap apabila kami bertemu, aku , arwah kamil, fendi sarif dan fahmi akan berbicara tentang beliau. Selepas peristiwa 1994 itu beliau akur untuk tidak lagi bersama2 kami di Atudisma. Aku pernah juga berkunjung kerumah neneknya di batu 20 jeram, ketika itu juga pakciknya ada duduk bersama. Rumahnya ditepi jalan besar berhampiran sekolah rendah bt 20, dihadapannya sebelum jalan masuk penuh dengan tanaman anak pokok kelapa sawit, manakala struktur rumahnya batu dan beratapkan batu juga.
Bertahun2 kami cuba menjejakinya, aku cuba juga mencari dilaman sesawang namun tiada petunjuk. Cuma ada khabar mengatakan beliau pernah bekerja dibank bermain bola. 2019 ini tahun yg penuh suka duka, nama Jekek@ahmad zakiyamani jamaluddin muncul semula. Gembira dalam kesedihan kerana aku juga kehilangan sahabat yg rapat juga dgn jekek kerana kami sekampung.
Wednesday, July 29, 2020
akhir bulan
Semga ada sinarnya...
Tuesday, June 9, 2020
Hate is reality
"Assalamualaikum.. Maaf banyak2 tlebih dahulu Dan Selamat Hari Raya.. Saya bukan Nak bsikap kurang ajar ngan abg.. Tapi saya Dah xboleh Nak simpan.. Sumpah saya cakap, Saya layan anak2 abg mcm Anak Saya.. Tapi kalau Anak abg sendiri dah bgtau dekat isteri saya Apa yg abah Dia cakap Saya rasa tkilan.. Kecewa,marah dan mcm2.. Saya sendiri xpenah Nak cakap isteri abg yg bukan2.. Abg jugak cakap, biar Saya Bawa family Saya.. Tapi sebaliknya yg jadi.. Cukup2 la tu.. Maaf kan saya kalau Saya tkasar bahasa"
Masih menjadi misteri dan pertanyaan, walaupun pd awalnya aku tidak terlalu rasa utk berfikir secara dalam dan hanya membiarkan bagaikan angin yg berlalu.
Catatan syawwal 1441h
Wednesday, May 27, 2020
syawal 1441H
Aku kerap bermimpi buruk, aku juga kerap bermimpikan mereka yg telah pergi. Aku kerap berfikir dan membayangkan sesuatu yg lepas begitu jg perkara yg bakal aku tempuhi. PKPB norma baru membuatkan seluruh kehidupan rutin harian jg turut bertukar. Semakin berhati2, adakalanya aku hanya menyerahkan shj dan menempuh shj laluan.
Aku sgt terganggu dgn kerja yg melibatkan Prestige terutama drpd seorg ini, mungkin kerana terpalit dgn sikap dan bangsanya yg buatkan aku jd mudah terusik dan beremosi.
Susah utk kembali normal. semuanya ada pro dan kontra. Kesilapan yg lalu mmg sudahpun terpalit hitam, aku berfikir bgmna utk aku corakkan semula masa hadapan ku ini. Kerjaya dan ekonomi aku jg sgt terkesan dan tertukarnya kerajaan TSMY turut mengubah hala tuju aku dgn kerjaya yg ada skrg. SS pula kerap meluahkan utk menutup operasi, sedangkan masih ada saki projek yg perlu aku selesaikan.
Diam jg bukanlah yg terbaik terutama sekali utk yg berada disekeliling.
Terlalu byk sbnrnya aku nak tulis disini, cuma belum ada kesempatan yg sesuai, ini pun aku cuba tp tersekat ilhamku kerana byk sgt luahan yg tersimpan. semuanya jd kecamuk dan bercampur.
Aku doa hr2 agar ada sinar dan jln yg dibukakan.