Wednesday, March 25, 2020

coronavirus

Hari ini sudah 17kematian, masih belum ada penawar. Aku pula sedang berperang dgn emosi yg aku juga tidak tahu bila akan ada jalan keluarnya. Kebencian juga satu penyakit, akal yg waras pun akan berubah bila ada sifat benci. Adakah nyawa itu sbg taruhan utk jalan keluar. Habis nyawa maka tamatlah sebuah riwayat seorang hamba allah dimuka dunia. Aku pernah terlintaskan begitu. Adakah itu yg terbaik. Rupanya harta sebaiknya didunia ini pada saat ini ialah syg kita pada siapa. Itu yg aku rasa. Tp bila ada syg ianya juga bgkan covid19 satu lingkaran yg tidak dpt dilihat dengan mata, akan merebak dgn pantas dan ada yg akan terkesan. 
Sebaik2 harta ialah keluarga kerana itu penyambung sebuah legasi. Aku tau pada saat ini generasi kedua aku mnjadi pertaruhan sebuah organisasi. Organisasi yg pada asalnya kacau bilau kerana urusan terdahulu. Silapnya aku mencabar diri mnjadi sebhgn organiasi itu, akhirnya aku tewas dipertengahan dan aku menjadi org yg dibenci. Bukan itu lemahnya aku utk sampai mempertaruhkan nyawa. Benci juga penyakit. Ubatnya bukan ada vaksin.

Mungkin ada rahmatnya lockdown ini, aku melihat kejujuran dan sebuah kesabaran, aku masih disini kerap bermimpi mereka yg telah pergi. Kepala aku juga sejak akhir2 ini kerap pening dan sakit. Ye aku menuju hujung dan meneruskan sedikit peluang yg masih wujud.

Sehingga kita bertemu dan ada penawarnya segala wabak yg sedang aku hadapi ini.

Search This Blog