Saturday, November 28, 2020

nasi lemak hijau

buàng

Aku asingkan semua baju-baju yg bukan aku yg beli. Biarlah, secantik mana baju itu pun jika hati kita sakit buat apa utk disimpan. Itupun selepas aku sedar byk baju yg dah tiada dlm almari. Move on untuk keruang yg lebih merdeka.

Friday, November 27, 2020

b40 dan m40

Kerajaan baru memaklumkan dlm belanjawan mereka yg pengeluaran kwsp dr akaun 1 pd 8juta pemegang akaun. Manakala monotorium pula secara automatik layak pd b40 manakala m40 perlu memohon. Hakikatnya aku x rasa pun termasuk dlm golongan m40 ini kerana isi rumah yg dimaksudkan itu secara tersiratnya tiada penggabungan pendapatan yg terjadi. Aku rasa semakin menyampah dan benci dengan suasana begini. Aku kemalangan pun menjadi sumpahan begitu, siapa lah agaknya yg sanggup berhujan berpanas jika diberikan peluang yg lebih baik. Sumpahan ditambah pula dengan doa laknat sebegitu, kadangkala majikan juga kejam. Gaji itulah utk kerja ditapak dan semuanya. Samada aku ni terlalu bodoh dan berdiam diri. 

Monday, November 23, 2020

tragedi oktober yg lalu

Cuaca nmpak baik dan cerah, pg itu juga aku sudah memeriksa keadaan di tapak dan segalanya dalam keadaan terkawal, kontraktor masih kebelakang dan perlu menyegerakan kerja2 konkrit ditapak. Puncanya kerana kren yg rosak hampir 3minggu yg menyebabkan kemajuan kerja langsung statik. 

Aku juga baru memasang givi box yg aku beli melalui shopee. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan kesabaran berjaya juga memasangnya cuma berulang alik ke diy untuk membeli spanar. 

Aku sudah merancang utk menyiapkan laporan dan ulasan syabas, selain urusan lain yg memerlukan aku ke pejabat. Selepas tol bt9, kelihatan sebuah lori batu dihadapan dan seperti biasa aku menjarakkan diri dan cuba memotong dengan pantas. Dalam pandangan itu, aku nampak bayangan batu yg besar melayang langsung aku tunduk mengelak namun motorsikal aku tepat melanggarnya. Dunia aku gelap. Aku tidak tahu berapa lama aku tidak sedarkan diri.

Apabila tersedar aku sudah pun berada ditepi, cuma aku dlm separa sedar, aku tertanya2 pd adik yg ada disebelahku.
"Saya kat mn? Apa yg jd sebenarnya"
Dalam masa yg sama juga tel berbunyi dan aku menjawab " sy accident motor".

Jalan mmg menjadi sesak, aku betul2 berada 100m di plaza phoenix, duduk di atas pembahagi jalan menunggu ambulans. Aku ucapkan ribuan terima kasih pd uda atas kebaikannya dan menunggu yazid utk bawa balik motor ke site. Hanya allah yg dpt membalasnya. 

Monday, November 16, 2020

Search This Blog