Tahun ini format upkk terpaksa diubahsuai kerana covid. Sistem persekolahan juga telah ditetapkan secara penggiliran kumpulan. Anehnya aku pernah memikirkan idea ini satu ketika dahulu semasa senegara terpaksa duduk dirumah dan anak2 belajar dalam talian. Kesannya mmg sukar untuk mendisiplinkan anak2 utk patuh setiap masa dan membuat kerja rumah dari rumah.
Hari ini subjek pertama Ulum Syariah, sempat juga aku tadi membuat latihan secara online, rupanya banyak kemudahan sekarang ini, lebih mudah asalkan kita rajin pasti berjumpa. Aku harapkan anakanda berjaya dan membuat yg terbaik dan tidak gementar sbgmana aku dulu yg setiap kali ujian pasti ada perasaan berdebar. Kadang2 menyebabkan sakit perut.