Wednesday, December 17, 2025

ikan bakar portugis

Sunday, December 14, 2025

ucu masuk hospital lg

Paru2 ucu dah semakin mengeras, bahaya jika ditidurkan. 
Kami dah siap2 mlm tu nak bw abah g hospital, abah kata nanti dia boleh tahan, suruh letak minyak kat dada.
Dah tgh malam baru kami hantar ke hospital sbb nafas abah dah berbunyi kuat. 

Seingat aku ini kali pertama datang ke sini.
singgah solat zuhur di masjid sabak bernam.
Kebun dah bersih dan berbuah. Sebelum tu singgah makan tghari di sabak.

musang king

Makan ditepi pantai, angin sepoi2 bahasa.

Katanya musim durian sampai hari raya. Kedai pun dah berkemas2, bakul2 durian diluar dibawa masuk ke dalam kedai. Aku belek2 cari bentuk yg bulat. Dulu musang king hanya mampu tengok. Skrg rm16/kg sekurangnya dpt juga merasa. 

Sunday, November 30, 2025

tahniah buat cikgu ratna

Aku baru balik, mata sgt mengantuk. Tadi bungkuskan daging utk yuzz. Alhamdulillah cuaca cerah dan sgt baik kembali pd rungutan kerana bahang. 

Sedang aku berbual, tiba2 terdengar bunyi bising. "Pecahla, ibu ni kenapa"
"Kacalah...."
"Ibu ambil wife kenapa, x habis ckp lg dgn abah"
Langsung putus.

Saturday, November 29, 2025

kenangan 5tahun lalu

Hari ini, cuaca sgt baik, hujan yg 2hari berpanjangan akhirnya reda. Di media keluar info yg pelbagai kewujudan taufan yg bakal melalu tempat tertentu dgn kelajuan 50km/h dan diminta semua bersiapsiaga.  Dlm pkul 9am aku perlahan2 memulas trottle dgn sedikit kemalasan namun disebabkan sudah berjanji aku paksa diri. 
[29/11, 08:47]dlm 1030 insyaallah
[29/11, 08:48] Nik Rusli🇲🇾: Pukul 11  kut sy keluar dari rumah ni jem sgt tak tahu kenapa.

Jadi aku bercadang nanti singgah sebentar ke gerai nasi lemak didepan surau utk bekalan sarapan nanti aku singgah dipetronas utk mengalas perut. 
" Nasi lemak paru telur mata"
" Berapa ye?" Sambil aku menekan apps m2u dan ruang qr bersedia membuat bayaran.
"Rm8"

Hari ini ada 3 temujanji, pg dgn kontraktor reno di kuala selangor, slps tu dgn zidy pula dan jika sempat ptg sedikit dgn hayat.
Urusan pagi sbnrnya dah melangkau peruntukan masa utk aku yg sepatutnya sebelum jam 12 aku dah gerak ke setia alam. 

Sebelum sampai ke pekan meru, aku singgah solat jamak di shell. Ada air naik jalan utama dan air parit mmg penuh dan melimpah memenuhi rizab bahkan mmg ada rumah yg kesan kenaikan air masih ada dan belum surut sepenuhnya. 
"aku kerja dgn high intensity"
"Masuk jam 830 balik 530 setiap hari"
"Jadi project manager"
Sesekali aku tergelak besar mendengar kisah zidy. Aku tahu sgt zidy mmg licik tetapi kali ini dia akur dan mendengar arahan dan belum berpeluang utk ponteng kerja.
Dia maklumkan sekurangnya 6bulan utk dptkan pengalaman sbg project manager.
[29/11, 21:33] KHHN: G mamak penuh
[29/11, 21:34] KHHN: Kat kedai belakang mamak.

Selesai berbual dan berbincang dgn hayat mengenai kerja sendayan dlm jam 1130mlm, itupun kerana rollershutter kedai sudah mulai ditutup. Berpuasing2 juga aku mencari jalan keluar. Lantas teringat ditempat inilah aku pernah membantu emi menjual kambing bakar ketika bulan puasa. Cuma 3hari aku fikir aku meniaga. Masa itu baru kembali selepas 3 tahun merantau. 

Ada kisah suka duka yg aku lalui. Melalui jalan disini juga mengingatkan aku yg kami pernah menyewa disini. 

Aku termenung dan berfikir, aku hanya nmpk salah org lain, kebenarannya aku juga bersalah. Namun inilah kisah dan takdirnya. Akui kesal dan sgt kesal kesemuanya. 

"Maafkan aku...dunia ku ketika itu terlalu kecil sehingga memalingkan perasaan dan tujuan hanya utk mementingkan diri sndiri"





Wednesday, November 26, 2025

nasi ayam lejen

Nasi ayam k.mas setiawangsa. Masih relevan sbgmana harga rm3.50 dan skrg rm7 dan sup kaki rm2.

salai tepi sungai

Tuesday, November 18, 2025

Thursday, November 13, 2025

lot lidi


sate yg femes tp

Ptg kebiasaan skrg ni awan mendung, cuma agakan utk terus hujan belum tentu. Mmg gelap nmpk dilangit, aku sediakan diri dgn memakai baju yg perlu dibayangi rebas2 air hujan meluncur diantaranya terkumat kamit berdoa dan beristighfar. 530pm awan penuh misteri dikejauhan seolah ada hujan telah pun turun disempadan bangi kajang jalan reko.
"Kita singgah sini, abh teringin makan sate dan sup"
Sedikit kehampaan gerai sup tidak buka dan aku terus membuat pesanan sate dan nasi impit. 
"Ko g la order apa yg berkenan" , aku segera menyuruh anak ku melihat menu digerai2 lain.

Sate disini mmg antara tumpuan, kerana lokasinya di tepi jalan kajang bangi, bahkan nama sate ni juga pernah diangkat ke media arus perdana. Dulu antara tarikannya ialah murah dan besar.

Gigitan pertama aku, "hmm, keras dan rasa bukan sate yg diperap hari ini".
Aku kunyah2 dan buang jg bhgn yg hitam kerana terlebih kebakaran sehingga rentung dan keras, sumber utk penyakit kanser jg tu.

Mmg aku habiskan 6 drpd 8 bukan kerana nikmat kesedapan dan aroma sate itu tp kerana itu rezeki yg kita byr, 2 cucuk lg aku bg pd anak aku. 

Ye sgt kecewa dan hampa. Rating 3/10

Malam tadi aku tido awal sbbnya gusi kanan tu berdenyut, dan aku sbnrnya terlelap. Dan aku dibuai mimpi yg pelbagai.

Antaranya yg aku ingat mimpi utk persediaan utk berkahwin, kemudian mimpi ke sekolah dan aku naik nissan sunny dgn ac. Hairan. 

Tuesday, October 28, 2025

sarapan mahal dibbangi

jumlah utk nasi lemak ayam telur mata, nasi lemak paru, teh o ais limau, kopi o kosong dan karipap bersamaan RM40. Kali pertama dan terakhir.

Saturday, October 25, 2025

mencari jawapan

Aku sering bertanya pada diri, inikah sbbnya aku dikhianati. Semakin lama bila aku baca semakin faham kronologi. 

Aku sakit dan rasa terdiam dgn setiap kata dan bicara mereka. Secara terangan kehadiran dan kewujudan diketepikan secara mutlak,  jiwa dan raga aku dirobek  tanpa malu dan ada harga diri. 

Bgmna ye...harus aku melupakan dan mencari dunia baru yg serba indah itu lg. Adakah mendiamkan diri tanda redha ataupun melupakan? Adakah aku perlu bertahan semata2 kerana itu yg terbaik? Aku sakit dan sgt disakiti.  

Dosa benar2 menghukum. Aku sedih kaku ingin menangis. Benak benar rasa diri ni ditipu secara halus. 

Aku tiada jawapan, dan ikhlas aku benar2 diracuni oleh penipuan mereka.  


Saturday, October 18, 2025

benda yg pahit ialah

 iye..kebenaran adalah suatu perkara yg pahit dan menyakitkan, terutama sekali kita dikhianati. Semakin hari semakin byk yg aku tahu dan sedar, ianya benar menyinggung hati dan keikhlasan aku yg selama ini aku pertahankan. 

Mungkin bodoh dan naif kerana aku membiarkan diri aku dibuli dan dilayan sebegitu rupa, terang2 aku ditikam dr belakang dengan perasaan yg dibuat2 oleh insan yg aku pernah doakan di tempat haram.

Aku seringkali bertanya pada diri, apa silap pd diri aku, yg membiarkan bunga yang aku jaga dan semai layu dijambangan org lain. Benar dan sangat pahit utk aku lupakan, apatah lagi semua butir2 apa yg mereka luahkan aku tahu segalanya. Setiap detik dan saat disulami dengan penuh emosi dan dendam berahi.

Sedangkan aku jatuh sejatuhnya, aku fikir ini juga balasan dan ujian utk aku mengenali setiap individu yang ada disekeliling terutama sekali yng menjentik hati dan perasaan aku sgt dalam.

Kesetiaan aku dan pengorbanan aku hanya dianggap perkara remeh dan kecil. Airmata aku pernah jatuh mencurah dengan menarik2 dadaku bagaikan anak kecil, cuba aku tahan namun makin jd teresak2 aku. Dia hanya berdiam kaku.

Apakah sebenarnya isi hati dan yg dicari, aku mencari cinta sebagai teman utk sama2 sampai kehujung usia. ketika ini aku masih terpencil di bilik yg kecil, meniti hari2 sendirian, mengejar kasih sayang diluar dgn anak2 yg kadang jauh. 

Rindu itu ternyata bukan utk aku yg dinanti. Sekadar ucapan dibibir namun janggalnya dgn tindakbalas tubuh yang nmpk keras. 

aku tidak tahu utk esok dan lusa. aku seperti ingin berserah dan menaarik diri dalam perjuangan ini.

Tp i dh xd perasaan

Cuma i kena kenang jasa

Tue je

Cuma dia ada jasa dgn i

Mcm i ckp kt u, i dh tawar hati dgn dia.. Tp i x leh lupa jasa dia dekat i



Thursday, October 16, 2025

kata2 inspirasi

Ye aku kagumi kata2nya yg tersusun indah penuh inspirasi, suaranya rendah mendatar tp cukup untuk menyampaikan sesuatu utk pengisian emosi. Kelmarin aku tiba2 merindukan postingnya dan bila pagi ni aku layari, beliau sudahpun tiada tanpa kata2 aku terlalu merasakan kesedihan itu hadir. Hinggakan aku tiada kata yg mampu utk dikongsikan. 😔😥

Monday, October 13, 2025

tidak tenang kerana

Lewat makan, aku suka tangguhkan kerja.  Akhirnya ke permaisuri printkan kerja soal selidik yuzu. Aku singgah makan kat dwi tasik.
" Dah nak tutup ke bang?"
" Belum lg, kami tutup jam 5, dulu jam 7, tp sejak pkp x ramai bila petang."

Utk lauk diatas hanya rm8. Sgt berpatutan. 
Makan modal jg, tapak tu patah rupanya. 


Search This Blog