Friday, February 29, 2008
Monday, February 18, 2008
NEGARA BANGKRAP JIKA HARGA MINYAK DITURUNKAN?
Terdapat pihak yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana harga minyak sedang meningkat naik di peringkat global. Timbalan Perdana Menteri menyatakan negara akan bangkrap jika harga minyak diturunkan.. ..Untuk kenyataan seperti ini kita patut tanyakan terlebih dahulu. Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu menanggung subsidi?Berdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15,jumlah kutipan kerajaan drpd Petronas adalah RM39.924billion. Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM 12billion,maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27.924b.
Ini adalah kenaikan dana RM12.82billion berbanding tahun 2005.Harus diingat,anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4billion dan keuntungan Petronas mencecah RM76billion. Jadi pertambahan dana tersebut pasti lebih tinggi.Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500billion duit keuntungan Petronas hilang.Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM.
Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi.Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most sustainable And Ethical Companies'.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant,syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol.Dalam kajian itu,Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.Sekitar 1986,terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas.Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan sekiranya kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti.Setiap tahun,sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini.Soalnya, berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan?
Minyak Malaysia antara yang paling berkualiti di dunia.Harga setong minyak Malaysia adalah 1-2 dolar lebih tinggi dr harga pasaran dunia.Contoh, katalah harga minyak dunia sekarang USD100 setong.Tapi harga minyak Malaysia yang dijual ke luar negara adalah USD102 setong.Lebihan 2 dollar setong ini sudah menghasilkan keuntungan USD438j @ RM1.49billion setahun.Minyak yang diimport masuk ke Malaysia sebenarnya minyak bermutu rendah.Dengan kata lain,kita ada minyak mahal pegi jual.Lepas tu bagi kat rakyat minyak tak elok.Kitaran penjualan ini menyebabkan peredaran wang USD yang sangat besar.ini menyebabkan jika sedikit masalah berlaku pada matawang US,kita terjejas sama.Semoleknya,minyak digunakan ke dalam negara dan lebihannya barulah dieksport.Penggunaa n NGV sbg bahan bakar mesti dipertingkatkan bagi mengelakkan tumbuh guna petrol yang terlalu besar dalam negara.
Dengan cara itu,minyak kita tidak akan bergantung pada harga ekonomi dunia lagi. Sementelah lagi,PM pernah menyatakan bahawa penggunaan minyak di Malaysia hanyalah 575000 tong sehari,kurang daripada pengeluaran minyak Malaysia sebanyak 650 000 sehari.Taktik ini dipraktikkan di Arab Saudi. Sebab itu,walaupun harga minyak dunia naik,Arab Saudi mampu turunkan harga minyak tempatan.0.35 riyal satu liter.Kalau kita tengok Qatar,Qatar harga minyaknya RM0.87 seliter @ 80 dirham.Qatar macam kita,pengeksport minyak.Dan kalau kita check Singapura,harga minyaknya RM4.15.Di Indonesia pada 2006,harga minyaknya berada pada paras 4500 rupiah.Ini bersamaan RM1.84.Sila ambil perhatian:Indonesia adalah pengimport minyak.Keluaran minyaknya tidak mencukupi utk menampung keperluan dalam negara.Malaysia pengeksport minyak.
Keluaran minyaknya melebihi keperluan tempatan.Di Indonesia Sudahlah harga petrolnya lebih murah,keretanya pula murah.Toyota Avanza di sana harganya RM40 000.Di sini harganya kira2 RM70000.Sebagai perbandingan, harga LPG di Malaysia adalah RM1.75 satu kg.Di Thailand RM1.65 satu kg.(Anda boleh rujuk kenyataan media JPM pada 27 Feb 2006).Untuk rekod,Thailand bukan pengeksport LPG.Kita?LPG belambak kat Sarawak nun.Penipuan yang kerajaan buat tentang hal kenaikan amat jelas.Kerajaan kata subsidi kena hapus perlahan-lahan sebab nanti tak lama lagi rizab minyak akan habis.Jadi rakyat kena berlatih hidup tanpa subsidi.Tapi berdasarkan jawapan bertulis Perdana Menteri di Dewan Rakyat November 2005,rizab minyak negara adalah 5.29billion tong yang boleh kekal sehingga 2024.Ini belum termasuk penemuan telaga baru seperti telaga Pisagan 1A dan rizab gas lainnya terutama di laut Sabah.Bohong tak bohong.
Ingat,jangkaan habis petrol pada 2024 ini dibuat mengambil kira rizab pada tahun 2005 sahaja dan pengeluaran sehari secara purata 750 000 tong.Untuk rekod,pengeluaran sekarang adalah 650 000 tong.Dan jika diikutkan,kenaikan harga minyak mentah dunia sebenarnya memberikan rahmat besar buat Malaysia.Menurut laporan Asian Development Bank,dalam buku laporan tahun 2007 menyatakan bahawa setiap kenaikan sebanyak USD1 bagi pasaran dunia untuk minyak mentah,kerajaan Malaysia mendapat keuntungan tambahan USD 62juta bersamaan RM210.8 juta.Pada saat minyak kali terakhir dinaikkan RM0.30 satu liter Awal 2006,harga minyak mentah dunia adalah USD70 setong.Kini harganya kira-kira USD96 setong.Bermakna penambahan keuntungan buat kerajaan Malaysia sebanyak USD 1.612 bilion.Sekarang ayuh kita fikirkan pula mengapa subsidi diturunkan dan keuntungan kerajaan meningkat,masalah kewangan tetap berlaku.
Dikatakan duit penjimatan RM4.4billion itu pergi kepada pengangkutan awam.Pergi kpd pengangkutan awam atau pergi pada siapa? Anda kenal Scomi?Scomi Group Berhad adalah milik Kamaluddin bin Abdullah bin Ahmad Badawi.Berdasarkan The Star Online Bizweek 18 Mac 2006,Scomi telah memasuki tawaran untuk Syarikat Prasarana Negara (PNSB) sebanyak RM120 juta bagi membina 400 badan bas dan kontrak RM50j utk pembaikan 1500 gerabak dan landasan KTM.Ini yang keluar suratkhabar. Yang tak keluar?Skandal PKFZ tu macammana?
Sekarang tuan-tuan nampak duit jimat subsidi itu pergi mana?Pembailoutan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4billion selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan adalah antara punca utama kelemahan kewangan kerajaan.Pemberian subsidi bahan api berjumlah RM14billion pula terlalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seprti YTL,Genting Sanyen dan Powertec milik Ananda Krishnan,Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai.Syarikat- syarikat IPP ini pula telah menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada TNB...(Tan Sri Ani Arope telah mengesahkan ini....)Najib kata berjimatlah.
Dia duk baiki umah rasmi dia RM5juta.Projek tu dapat kat adik dia tanpa kelulusan JKR.Berjimat apebendanya?Kata-kata Najib baru-baru ini amat mengelirukan. Negara akan bangkrap jika minyak diturunkan harga.Negara tidak akan bangkrap Najib.Yang bankrap mungkin beliau.Kesimpulannya, ketelusan, kebijaksanaan menandatangani perjanjian,tadbir urus wang yang baik serta dasar 'tidak pada bail out' dan pembatalan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan. Nah.... sekarang rakyat yang terpaksa menanggung semua ketidaktelusan mengurus tabdir wang negara...
RAKYAT MENJADI MANGSA... SEMUA HARGA BARANG NAIKKKKK....
...Power to the people!
Membayar RM98 setiap bulan untuk dibuli oleh Celcom
Mangsa buli Sat Feb 16, 08 2:48:50 pm MYT
"Enjoy hassle-free connectivity with Celcom broadband anytime, anywhere". Begitulah kira-kira iklan yang diucapkan setiap kali kita menghubungi Celcom Careline.
Capaiannya bukan setakat lembab, malah lebih lembab dari lembab.Ikon status hampir setiap masa berwarna gelap. Hendak membuka laman carian Google yang hampir tidak ada apa-apa kandungan pun memakan masa yang sangat lama. Sangat lama.
Hampir setiap hari saya menghubungi Celcom Careline. Saya yakin mereka tidak menyimpan rekod mengenai ratusan malah mungkin ribuan aduan saya. Setiap kali saya menghubungi Celcom Careline, saya terpaksa menerangkan lagi dan lagi pembulian Celcom ke atas saya. Selepas itu mereka akan kata, "Line Encik tak ada masalah!"
Alangkah sakitnya membayar RM98 setiap bulan (lambat sikit akan dipotong) hanya untuk dibuli, dibuli dan dibuli oleh Celcom.
"Enjoy hassle-free connectivity with Celcom broadband anytime, anywhere". Begitulah kira-kira iklan yang diucapkan setiap kali kita menghubungi Celcom Careline.
Malangnya, setelah lebih setahun melanggan dengan Celcom broadband dengan bayaran RM98 sebulan (pada mulanya selepas enam bulan percuma, bayarannya ialah RM103.95 sen), apa yang saya dapat ialah setiap hari dibuli dengan amat teruk oleh perkhidmatan itu. Dibuli dengan amat teruk!
Capaiannya bukan setakat lembab, malah lebih lembab dari lembab.Ikon status hampir setiap masa berwarna gelap. Hendak membuka laman carian Google yang hampir tidak ada apa-apa kandungan pun memakan masa yang sangat lama. Sangat lama.
Hampir setiap hari saya menghubungi Celcom Careline. Saya yakin mereka tidak menyimpan rekod mengenai ratusan malah mungkin ribuan aduan saya. Setiap kali saya menghubungi Celcom Careline, saya terpaksa menerangkan lagi dan lagi pembulian Celcom ke atas saya. Selepas itu mereka akan kata, "Line Encik tak ada masalah!"
Alangkah sakitnya membayar RM98 setiap bulan (lambat sikit akan dipotong) hanya untuk dibuli, dibuli dan dibuli oleh Celcom.
Thursday, February 14, 2008
Wednesday, February 13, 2008
Monday, February 11, 2008
Tuesday, February 5, 2008
Songwriter Loloq dies at 50 after brain surgery
Thursday January 31, 2008
Loloq, 50, was reportedly in stable condition on Tuesday but passed away at 1.37pm.
Persatuan Karyawan Malaysia president Freddie Fernandez said the industry had lost one of its “no-nonsense and prolific” writers.
“His passing was so sudden. We are highly indebted to Loloq as he wrote the lyrics for hit songs such as Mawi’s Aduh Saliha and the duet with M. Nasir, Lagu Jiwa Lagu Cinta.”
Rock singer Amy Search said: “It’s very sad ? this will definitely send shockwaves through the music industry. He was a real class act.”
Fellow lyricist Habsah Hassan said Loloq’s passing would be a great loss as he was a prominent and consistent lyricist.
A frequent collaborator with singer, songwriter and composer M. Nasir, Loloq penned songs like Andalusia, Bonda (performed by Nasir), Aladin, Cinta Dewa Dewi (Spider), Dewi (Hattan), Awan Yang Terpilu (Ning Baizura), Nafas Cinta (Misha Omar) and Angan dan Sedar (Mawi).
He also composed Demi Semangat Kesukanan, which was sung by Lynn Ali for the 2001 SEA Games.
The Singapore-born songwriter also acted in movies such as Zombi Kampung Pisang, Embun, Senario Lang Buana and Man Laksa.
Apart from writing the script for Orang Minyak and the soon-to-be-filmed Aduh Saliha, he was judge and critic for TV shows such as Bintang Kecil and Akademi Fantasia.
Loloq is survived by wife Hariah Yaacob and three children Krsty Nur, 11, Jaevn Nur, eight, and Yasha Nur, six.
He was buried at 5pm yesterday at the Muslim cemetery in Bandar Baru Sungai Buloh.
PETALING JAYA: Award-winning songwriter Rosli Khamis , better known as Loloq, died here yesterday following an operation to remove a blood clot in his brain.
He was admitted to the Damansara Specialist Hospital’s Intensive Care Unit here at 6am on Sunday after falling into a coma, and underwent surgery on Monday to remove the clot.
Loloq, 50, was reportedly in stable condition on Tuesday but passed away at 1.37pm.
Persatuan Karyawan Malaysia president Freddie Fernandez said the industry had lost one of its “no-nonsense and prolific” writers.
“His passing was so sudden. We are highly indebted to Loloq as he wrote the lyrics for hit songs such as Mawi’s Aduh Saliha and the duet with M. Nasir, Lagu Jiwa Lagu Cinta.”
Rock singer Amy Search said: “It’s very sad ? this will definitely send shockwaves through the music industry. He was a real class act.”
Fellow lyricist Habsah Hassan said Loloq’s passing would be a great loss as he was a prominent and consistent lyricist.
A frequent collaborator with singer, songwriter and composer M. Nasir, Loloq penned songs like Andalusia, Bonda (performed by Nasir), Aladin, Cinta Dewa Dewi (Spider), Dewi (Hattan), Awan Yang Terpilu (Ning Baizura), Nafas Cinta (Misha Omar) and Angan dan Sedar (Mawi).
He also composed Demi Semangat Kesukanan, which was sung by Lynn Ali for the 2001 SEA Games.
The Singapore-born songwriter also acted in movies such as Zombi Kampung Pisang, Embun, Senario Lang Buana and Man Laksa.
Apart from writing the script for Orang Minyak and the soon-to-be-filmed Aduh Saliha, he was judge and critic for TV shows such as Bintang Kecil and Akademi Fantasia.
Loloq is survived by wife Hariah Yaacob and three children Krsty Nur, 11, Jaevn Nur, eight, and Yasha Nur, six.
He was buried at 5pm yesterday at the Muslim cemetery in Bandar Baru Sungai Buloh.
Dato' Ishak Baharom diingati istana selepas pemergiannya
Subky Abdul Latif Mon Feb 04, 08 6:11:17 pm MYT
Sejurus selepas pukul 3 petang, 30 Januari 2008, Mufti Dato' Ishak Baharom dipanggil Tuhan kepangkuan-Nya semasa berusia 82 tahun. Segera beritanya tersebar ke seluruh negara.
Takziah buat keluarganya dan para pencinta setianya.
Sejak Asar, masjid di mukimnya di Taman Seri Andalas, Klang dipenuhi pengunjung yang kasih dan menyanjungnya. Kawasan masjid seperti suasana kedatangan solat Jumaat.
Sekalian segera bergegas ke situ, kerana akhir-akhir ini umat Islam amat peka untuk menyegerakan penyempurnaan jenazah, apa lagi jenazah itu adalah alim terbilang diketahui tawaduk dan zuhudnya.
Tetapi istana Selangor memerintahkan pengkebumiannya disempurnakan penuh istiadat negeri di Makam Diraja Shah Alam. Perintah Sultan adalah perintah tertinggi yang tidak boleh dibantah. Urusan jenazahnya tidak dapat disegerakan, ditunda hingga esoknya. Pada syaraknya Raja tidak boleh dikenakan hukum hudud atas apa kesalahan jua.
Dalam perjalanan ke rumahnya saya menyebut kemungkinan Sultan campur tangan atas urusan pengkebumian Mufti yang terpecat tahun 1997 itu. Kawan sekereta berasa tidak. Tetapi katanya, kalau Harussani, Mufti Perak yang meninggal, Sultan Perak dan Raja Nazrin berupaya mengambil tindakan tertentu.
Sangkaan saya tepat. Sultan Selangor bertindak berani terhadap jenazah seorang ulama yang diketepikan negara yang Almarhum Sultan Selangor sebelum ini tidak dapat berbuat apa-apa bagi mempertahankan Mufti yang kontraknya ketika itu baru saja disambung.
Almarhum Dato Ishak Baharom dipecat kerana bertegas melaksanakan undang-undang syarak yang dilulus oleh kerajaan BN Selangor, mencegah gadis Islam menyertai ratu cantik dengan mendedahkan aurat.
Beliau mempertahankan tindakannya kerana percaya, orang-orang yang ada kuasa mesti mencegah perbuatan berdosa. Melarang tindakan demikian boleh menggugurkan aqidah.
Selepas dipecat, kerajaan BN Selangor mengharamkannya berdakwah di masjid dan surau di negeri itu. Pengharaman itu dihormati oleh negeri-negeri yang diperintah BN. Tiada yang sedar larangan itu ditarik balik tahun 1999 kerana beliau tidak lagi berceramah di masjid dan surau di Selangor.
Anak kelahiran Kanchong Darat, Banting ini mendapat didikan agama dari Madrasah Al-Masriyah Bukit Mertajam di bawah pimpinan Haji Ahmad Fuad Hassan, pengasas PAS. Kemudian ke Darul Ulum India.
Hubungannya dengan Haji Ahmad Fuad amat rapat hingga beliau dikahwinkan keluarga Haji Ahmad Fuad dari Manong, Perak. Anak laki-lakinya dinamakan Ahmad Fuad. Beliau mewarisi banyak dari kitab Haji Ahmad Fuad.
Selepas tidak lagi terikat dengan kerajaan, maka Almarhum bebas bergerak dalam PAS. Pernah menjadi Ahli Majlis Syura Ulama, satu badan tertinggi dalam PAS. Dan semasa meninggal adalah ahli Dewan Ulama PAS Pusat.
Beliau mula dilantik menjadi Mufti bulan Ogos 1985. Almarhum adalah mufti yang paling berpengaruh dan sangat dihormati oleh semua pihak khususnya rakyat jelata.
Sekelian Raja-Raja, pembesar-pembesar negara dan pegawai tinggi kerajaan juga menghormatinya bukan saja kerana ilmu yang tinggi tetapi juga sikap dan pendapatnya yang tegas.
Bukan mudah bagi seorang Mufti untuk mendapat penghormatan yang demikian, kerana pandangan umum merasakan mufti adalah terikat dengan pengaruh Sultan dan dalam zaman merdeka Perdana Menteri dan Menteri Besar menjadi penasihat utama para Sultan, maka mufti dirasakan lebih kurang sama dengan lain-lain pegawai kerajaan.
Walaupun Dato Ishak terikat dengan peraturan bekerja, tetapi dalam perkara agama Islam beliaulah orang yang paling berautoriti dalam negeri. Maka beliau tidak menyorokkan apa yang dirasakannya benar mengikut Islam.
Justeru itu kerana enakman syariah negeri Selangor memberi kuasa kepadanya untuk menguatkuasakan pencegahan maksiat, maka dengan menggunakan peruntukan itu beliau bertindak apa yang sepatutnya terhadap peserta pertandingan ratu cantik yang disertai oleh orang Islam.
Tindakannya tidak disenangi oleh orang-orang yang suka berseronok-seronok. Kerajaan yang ada pun takut dengan tindakan itu kerana ia boleh menghilangkan sokongan orang bukan Melayu kepada kerajaan.
Perdana Menteri ketika itu Dr. Mahathir memang tidak berapa suka dengan sesetengah pencegahan maksiat lalu memerintahkan kerajaan Selangor tidak meneruskan tindakan yang disokong oleh Mufti itu. Dato Ishak bertegas mempertahankan tindakan itu.
Tetapi yang berkuasa adalah Menteri Besar dan kerajaan, maka tidak banyak yang dapat dibuat oleh Mufti apabila berdepan dengan Perdana Menteri dan Umno.
Ternyata Dr. Mahathir dan Dato Ishak Baharom tidak dapat disesuaikan lagi, maka tidak banyak yang dapat dibuat oleh kerajaan negeri dan menteri besar melainkan menjaga hati Perdana Menteri. Kuasa Sultan pun tidak berupaya mempertahan Muftinya, maka tiada jalan lain selain dari menamatkan perkhidmatannya.
Ulama terpaksa menyatakan kedudukan hukum. Rakyat mahukan penjelasan kerana media tidak boleh menyiarkan sebarang penjalasan yang bertentangan dengan perasaan Perdana Menteri.
Maka orang minta penjelasan Mufti. Beliau diundang ke banyak masjid dan surau. Perkara itu terangkannya.
Umno tidak mahu apa-apa yang menyentuh Perdana Menteri disebutkan dalam premis yang dimiliki kerajaan. Maka dilarang masjid menjemputnya.
Tetapi dunia ini terbuka kepadanya. Almarhum menerima semua undangan untuk berceramah di seluruh negara. Allah mentakdirkan tahun-tahun akhir dalam riwayatnya adalah bersama jihadnya dalam PAS. Payah cari Mufti sepertinya.- tajdid
Subscribe to:
Posts (Atom)