Monday, February 18, 2008

Membayar RM98 setiap bulan untuk dibuli oleh Celcom

Mangsa buli Sat Feb 16, 08 2:48:50 pm MYT

"Enjoy hassle-free connectivity with Celcom broadband anytime, anywhere". Begitulah kira-kira iklan yang diucapkan setiap kali kita menghubungi Celcom Careline.
Malangnya, setelah lebih setahun melanggan dengan Celcom broadband dengan bayaran RM98 sebulan (pada mulanya selepas enam bulan percuma, bayarannya ialah RM103.95 sen), apa yang saya dapat ialah setiap hari dibuli dengan amat teruk oleh perkhidmatan itu. Dibuli dengan amat teruk!

Capaiannya bukan setakat lembab, malah lebih lembab dari lembab.Ikon status hampir setiap masa berwarna gelap. Hendak membuka laman carian Google yang hampir tidak ada apa-apa kandungan pun memakan masa yang sangat lama. Sangat lama.

Hampir setiap hari saya menghubungi Celcom Careline. Saya yakin mereka tidak menyimpan rekod mengenai ratusan malah mungkin ribuan aduan saya. Setiap kali saya menghubungi Celcom Careline, saya terpaksa menerangkan lagi dan lagi pembulian Celcom ke atas saya. Selepas itu mereka akan kata, "Line Encik tak ada masalah!"

Alangkah sakitnya membayar RM98 setiap bulan (lambat sikit akan dipotong) hanya untuk dibuli, dibuli dan dibuli oleh Celcom.

No comments:

Search This Blog