Monday, March 31, 2008
Tuesday, March 25, 2008
Friday, March 21, 2008
Tsunami politik: Gerilawan siber (Bhg akhir)
Amin Iskandar Mar 19, 08 3:37pm
Tinjauan yang dibuat di beberapa buah negeri sewaktu kempen pilihanraya umum lalu, menyaksikan “jentera BN” tidak bergerak seperti sediakala. Di Selangor, Terengganu dan Kelantan, kempen BN tidak sehebat pilihanraya umum 2004.
Rakan-rakan di Kedah, Pahang, Perak dan Melaka menyuarakan ”kerisauan” mereka mengenai perihal jentera BN itu. Bilik gerakan BN dikatakan kosong dan pekerja parti tidak banyak kelihatan.
Macam-macam teori dikeluarkan dalam menganalisis strategi Umno dan BN. Ada yang mengatakan jentera BN tidak bergerak kerena tempoh kempen kali ini agak panjang (13 hari). Malahan, ada yang berfikir bahawa BN telah membuat strategi baru yang tidak disedari pakatan pembangkang. Ramai juga yang percaya ketua bahagian Umno “menahan” peruntukan kerana mahu menggunakannya untuk pemilihan agung Umno yang bakal menjelang.
Tajol Rosli Ghazali mengesahkan teori yang pertama. Bekas menteri besar Perak itu - ketika ditanya oleh wartawan mengenai kelesuan kempen BN pada 1 Mac 2008 - dengan angkuhnya beliau berkata bahawa tempoh kempen pilihanraya terlalu panjang dan BN tidak memerlukan masa yang lama untuk berkempen.
“BN tidak perlu berkempen jika pembangkang tidak menabur fitnah. BN hanya turun untuk menjelaskan perkara sebenar bagi menangkis dakyah yang disebarkan pembangkang” katanya dengan penuh keyakinan. (Buletin Tengah Hari, TV3, 1 Mac 2008).
Mungkin kerana kenyataan 'sombong' yang dikeluarkan oleh Tajol Rosli itu, rakyat Perak telah menghukumnya dengan memberikan undi kepada pakatan pembangkang yang akhirnya menyaksikan, buat pertama kalinya, menteri besar Perak dilantik daripada parti yang bukan Umno.
Faktor Anwar Ibrahim
Selepas 10 tahun, inilah pertama kalinya Anwar Ibrahim berkempen dalam pilihanraya umum. Walaupun usianya telah meningkat, kehebatannya berpidato, tidak dapat dinafikan. Saya sempat menyaksikan siri ceramah Anwar di Machang, Kelantan. Ribuan manusia yang majoritinya “berkopiah putih” khusyuk mendengar pidato politik Anwar. Mereka sesekali tergelak ketika Anwar berjenaka.
Di kalangan ribuan yang hadir itu, terdapat juga hadirin yang kelihatan seperti orang Umno. Untuk apa mereka datang, tidak dapat pula saya pastikan. Tetapi ada kemungkinan, orang Umno ini rindukan bekas timbalan presiden mereka.
Strategi Abdullah-Khairy membubarkan parlimen sebelum Anwar dibenarkan bertanding membawa padah. Tanpa mempunyai sebarang beban untuk “menjaga kawasan”, Anwar menjelajah ke seluruh negara. Jika Anwar dibenarkan bertanding, tidak mungkin beliau akan mempunyai banyak masa untuk bergerak sebegitu bebas.
Di setiap tempat yang Anwar pergi, pastinya dihadiri ribuan orang. Rakyat yang menghadiri ceramah Anwar terdiri daripada pelbagai kaum. Di sesetengah tempat, masyarakat Cina dan India kelihatan lebih ramai daripada orang Melayu.
Penerangan bekas menteri kewangan itu tentang bagaimana beliau akan menurunkan harga minyak jika pakatan pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara, mampu meyakinkan rakyat. Dengan fakta dan bahasa yang mudah, rakyat dapat memahami apa yang cuba diterangkan oleh Anwar.
Tahun lalu, dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Jocelyn Tan di akhbar The Star, kumpulan “tingkat empat” yang diketuai menantu Pak Lah mengatakan bahawa Anwar bukanlah lagi satu faktor bagi Umno untuk menghadapi pilihanraya. Khairy, Norza Zakaria dan Zaki Zahid yang mendakwa mereka mewakili generasi muda di Malaysia, yakin generasi yang mereka wakili tidak terpengaruh dengan Anwar.
Kesombongan kumpulan “tingkat empat” sampai ke kemuncaknya apabila Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria mencabar Anwar bertanding di mana-mana kerusi di Kuala Lumpur. Akan tetapi, Anwar tidak dapat menyambut cabaran itu kerana beliau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya sebelum 14 April 2008.
Tidak lama lagi, “pantang” bekas timbalan perdana menteri itu akan berakhir. Jika salah satu kerusi parlimen di Kuala Lumpur dikorbankan oleh mana-mana ahli parlimen pakatan pembangkang untuk Anwar bertanding, beranikah Norza berdepan dengannya?Gerila SiberPembangunan Multimedia Super Corridor (MSC) telah memerangkap pemerintah Malaysia. Rakyat Malaysia kini telah mempunyai satu ruang di mana mereka terdedah kepada pelbagai maklumat tanpa adanya sekatan.
Dahulu, maklumat boleh dikawal sepenuhnya oleh Umno-BN. Rakyat Malaysia hanya dapat membaca, melihat dan mendengar berita-berita yang disajikan oleh media arus perdana.
Dengan adanya internet, penguasaan terhadap maklumat telah berjaya dipecahkan. Portal media seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Harakahdaily , KL Pos dan banyak lagi, telah menjadi media alternatif kepada rakyat Malaysia.
Tekanan dan cengkaman yang kuat pemerintah Malaysia terhadap rakyat, dengan menggunakan akta-akta tidak demokratik, telah malahirkan begitu ramai “gerilawan siber”.
Kelahiran gerila siber ini bertambah dari masa ke semasa sehinggakan pasukan “cybertrooper” tajaan Azalina Othman yang baru sahaja dilantik sebagai Menteri Perlancongan, tidak berdaya untuk melawan.Tanpa disuruh, gerila-gerila siber ini telah melahirkan ribuan laman untuk “menyerang” pemerintah BN. Teknologi blog telah menyebabkan perang gerila siber menjadi semakin hebat. Kurang dari 3 minit, sebuah blog sudah boleh dimulakan.
Kalau tak percaya sila layari http://sopo-sentral.blogspot.com, anda pasti akan terperanjat dengan lahirnya begitu banyak laman blog “sosio politik” di Malaysia.
Serangan demi serangan dari pelbagai penjuru, akhirnya merebahkan BN di beberapa negeri terutama di bandar-bandar yang mempunyai akses kepada internet. Contoh yang terbaik ialah di Kuala Lumpur di mana pakatan pembangkang berjaya menyapu sembilan daripada 10 kerusi parlimen. Bandar Shah Alam yang selama ini menjadi kubu kuat Umno, jatuh kepada PAS.
Hala tuju Umno dan BN?Walaupun hilang majoriti dua pertiga BN di parlimen, Abdullah Ahmad Badawi terus menjadi perdana menteri Malaysia bagi penggal kedua. Abdullah tidak menghiraukan desakan dan tuntutan yang mahukan beliau meletakkan jawatan.
Mukhriz Mahathir menjadi pencetus kepada gerakan dalam Umno menuntut Abdullah meletakkan jawatannya. Beliau mengikut jejak ayahnya yang menghantar surat kepada perdana menteri untuk mendesaknya meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab kepada hilangnya majoriti dua pertiga BN dan beberapa negeri kepada pembangkang.
Dr Mahathir pernah melakukan perkara yang sama selepas Perikatan kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 apabila beliau menghantar surat kepada Tunku Abdul Rahman.
Sebelum ini, Abdullah ketika diminta mengulas tentang surat Mukhriz berkata, beliau menyerahkan kepada Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussein untuk mengambil tindakan. Namun, selepas mesyuarat pemuda Umno semalam, Hishamuddin berkata, Mukhriz tidak dikenakan sebarang tindakan dan menyerahkan balik perkara itu kepada Abdullah sebagai presiden Umno. Kabinet baru yang diumumkan oleh Abdullah telah menyingkirkan separuh daripada muka lama, dijangka menyemarakkan pertembungan dalam Umno. Orang Najib Tun Razak telah terkeluar dari senarai tersebut. Kabinet baru ini dijangka membantu Abdullah dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno yang akan datang, dan sekaligus mengekang kemaraan Najib.
Walaupun Khairy Jamaluddin tidak diberikan sebarang jawatan menteri, orang-orangnya telah berada “dalam” kabinet dan memegang portfolio penting. Contohnya, Wan Farid Wan Salleh yang dilantik menjadi senator, memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Sepupu kepada menantu PM, Shaziman Mansor pula dilantik menjadi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.
Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan oleh Tun Razak Hussein pada tahun 1973 sebagai satu formula baru selepas kegagalan Perikatan dalam pilihanraya 1969 kini sudah menunjukkan tanda-tanda sudah “expired”. Kemungkinan besar satu formula baru akan dirancang sebagai langkah untuk mengembalikan keyakinan rakyat.Persoalannya ialah siapakah yang akan mengepalai formula baru ini? Sempatkah Najib mengikut jejak bapanya?
Tuesday, March 18, 2008
Bagaimana 'tsunami' berlaku? (Bahagian Satu)
Amin Iskandar Mar 13, 08 8:02pm
Keputusan pilihanraya umum ke-12 memeranjatkan semua pihak. Baik dari parti pemerintah mahupun parti pembangkang. Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti mudah tetapi hilang penguasaan dua pertiga di parlimen.
Selain itu BN gagal untuk mempertahankan kekuasaan di beberapa buah negeri seperti Selangor, Perak Kedah dan Pulai Pinang sementara Kelantan gagal ditawan dan kekal di bawah pemerintahan PAS. Semua kerusi parlimen di Kuala Lumpur dirampas oleh pakatan pembangkang kecuali Setiawangsa berjaya dipertahankan oleh Zulhasnan Rafique.
Selatan tanahair yang menjadi kubu kuat BN juga “dirobek” sedikit demi sedikit sehinggakan BN Negeri Sembilan hilang majoriti dua pertiga.
Di Melaka, DAP berjaya menawan lima kerusi DUN dan satu kerusi parlimen. Johor yang merupakan negeri kelahiran Umno juga tidak ketinggalan menjadi mangsa apabila DAP mendapat empat kerusi DUN dan satu kerusi parlimen sementara PAS pula mendapat dua kerusi DUN.
Peralihan undi yang besar kepada pakatan pembangkang tanpa dijangka itu, menyebabkan ramai penganalisa politik menggelarkannya sebagai situasi ini sebagai Tsunami.
Buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan pada 1973 hilang kuasa dua pertiga di parlimen dan mengulangi sejarah Perikatan pada pilihanraya 1969.
Pakatan BN yang ditubuhkan sebagai formula baru untuk mengatasi kegagalan Perikatan pada pilihanraya 1969 akhirnya tempang selepas 38 tahun berdiri gagah.
Prestasi BN pada pilihanraya umum 2008 lebih teruk daripada Perikatan pada pilihanraya tahun 1969 oleh kerana kehilangan lima negeri kepada pakatan pembangkang.
Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya mencipta sejarah apabila menjadi ketua BN pertama yang menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga.
Keputusan pilihanraya umum 2008 juga menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri mengalami kekalahan yang mengejut.
Shahrizat Jalil tewas ditangan Nurul Izzah yang kali pertama bertanding dalam pilihanraya umum. Samy Vellu yang menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput semenjak tahun 1974 terpaksa akur dengan Dr Jeyakumar.
Manakala Zainuddin Maidin yang menjadi Menteri Penerangan sebelum ini dimalukan oleh Johari Abdul di Sungai Petani. Di Shah Alam, Aziz Shamsuddin terpaksa akur dengan kemenangan Khalid Samad.
Mengapakah ini terjadi?
BN yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004 menjadi begitu kuat sehinggakan tiada kuasa pengimbang dalam menentukan hala tuju negara. Dalam bahasa yang mudah, BN boleh membuat apa sahaja dengan kuasa dua pertiga mereka di parlimen.
Selepas pilihanraya 2004 sehingga 8 Mac 2008 rakyat dibebani dengan kenaikan kos hidup yang mendadak. Kenaikan harga minyak, tol, pengangkutan awam dan barang keperluan harian telah menyebabkan ramai yang hidup menderita.
Tambahan lagi apabila wujudnya “watak-watak jahat” seperti Samy Vellu yang bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan harga tol telah menyebabkan rakyat mula menyesal kerana memberikan mandat begitu besar kepada BN dalam pilihanraya umum 2004.
Pakatan pembangkang yang sedar akan kegelisahan rakyat, bijak untuk memanfaatkan suasana tersebut.
Kempen untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen agar mereka tidak boleh membuat keputusan dengan sesuka hati, telah berjaya membuahkan hasil.
Lim Guan Eng apabila ditanya oleh wartawan sewaktu kempen pilihanraya berlangsung, mengatakan DAP tidak mungkin mengalahkan BN dan hanya berniat untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen.
Husam Musa yang juga naib presiden PAS, berkali-kali dalam siri ceramah dan kempen pilihanrayanya, menyatakan kepada pengundi agar kuasa majoriti BN di parlimen harus dikurangkan agar harga barang tidak boleh dinaikkan dengan sesuka hati.
Di kalangan orang ramai terutamanya pengundi atas pagar, untuk menukar kerajaan baru secara drastik adalah sesuatu perkara yang menakutkan. Akan tetapi, kalau sekadar untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen, mereka bersedia melakukannya.
Peningkatan kos kehidupan adalah pendorong utama bagi kumpulan pengundi ini. Mereka ini percaya jika majoriti BN di parlimen dikurangkan, harga barang tidak mudah untuk dinaikkan dengan sesuka hati.
Oleh kerana terlalu ramai yang berfikir untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen, maka BN akhirnya benar-benar kehilangan majoriti di parlimen bersama dengan kuasa dua pertiganya.
Saya menemui beberapa orang teman-teman yang berada dalam kelompok ini selepas dua hari keputusan pilihanraya diumumkan. Mereka sebenarnya tidak menyangka bahawa BN akan kalah seteruk ini apabila memenangi hanya 140 kerusi parlimen berbanding dengan pembangkang yang berjaya mendapat 82 kerusi di parlimen.
Protes orang Umno
Pertembungan di antara Pak Lah dan Dr Mahathir Mohamad adalah perkara yang sudah diketahui umum. Semenjak projek “jambatan bengkok” dibatalkan, Mahathir tidak henti-henti menyerang perdana menteri yang beliau lantik menggantikannya pada tahun 2003.
Mahathir memberitahu umum bahawa beliau menyesal kerana melantik Abdullah sebagai penggantinya. Malah bekas perdana menteri itu pernah memohon maaf kepada rakyat di atas kesilapannya melantik Abdullah yang dikatakan membawa Malaysia ke arah kehancuran.
Peranan menantu Pak Lah dalam pentadbiran negara adalah salah satu kebencian Mahathir. Mahathir mengatakan bahawa “budak tingkat empat” (merujuk kepada Khairy Jamaluddin dan rakan-rakannya) menguasai Abdullah.
Beberapa hari sebelum pilihanraya, apabila ditanya oleh wartawan tentang kemungkinan Khairy akan memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara selepas pilihanraya umum, Mahathir berkata Malaysia akan menuju kemusnahan.
Mahathir sedar bahawa Abdullah dan menantunya akan dapat disingkirkan jika BN mengalami prestasi yang buruk dalam pilihanraya umum. Maka Mahathir pun menyeru ahli-ahli Umno agar membersihkan Umno melalui pilihanraya umum. Mereka disaran agar mengundi berasaskan kepada kredibiliti calon dan bukannya atas dasar parti. Dalam erti kata lain, ahli Umno diberitahu agar jangan mengundi orang-orang Pak Lah.
Kempen ini boleh dikatakan berjaya. Ahli-ahli Umno yang benci akan Pak Lah dan menantunya telah memberi undi protes, mengikut saranan bekas perdana menteri itu.
Rembau tempat menantu PM bertanding, boleh dijadikan contoh yang baik. Dalam pilihanraya umum 2004, calon BN, Firdaus Muhammad Rom Harun telah menewaskan Dr Dzulkifly Ahmad dengan majoriti yang besar sebanyak 18,656 undi. Manakala menantu PM menang di Rembau baru-baru ini hanya dengan majoriti 5,746 undi.
Khairy tidak mungkin mendapat undi serendah itu jika orang Umno Rembau tidak protes terhadap beliau. DUN Paroi yang terletak di bawah parlimen Rembau jatuh buat pertama kalinya kepada PAS apabila calonnya Mohd Taufek Abdul Ghani berjaya mengalahkan Datuk Zaharuddin Mohd Shariff dengan majoriti 1,071 undi.
Menantu PM yang dikatakan hebat sebelum ini sebenarnya tidaklah sehebat mana. Kempen Dr. Mahathir untuk membersihkan Umno hampir menyebabkan menantu PM turut dibersihkan. Ternyata orang Umno turut menyumbang kepada kehilangan kuasa dua pertiga BN di parlimen dan menyebabkan beberapa buah negeri tumbang kepada pakatan pembangkang.

Monday, March 17, 2008
Yang disangka, yang tak disangka
Subky Abdul Latif Sun Mar 16, 08 11:13:58 am MYT
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 sekali pun tidak menukar Kerajaan Pusat, tetapi ia telah mengajar Barisan Nasional (BN) yang berkuasa sejak tahun 1955. -->-->
Sejak sekian lama sebahagian dari rakyat Malaysia mahu menukar kerajaan dari BN kepada mana-mana parti politik yang lain, kerana banyak buruknya bagi satu-satu parti memerintah begitu lama, maka sekurang-kurangnya rakyat mahu menafikan majoriti dua pertiga kerajaan BN supaya ia tidak jadi kerajaan maharajalela.
Maka yang dihajati oleh rakyat bagi mewujudkan satu suasana demokrasi yang sihat, telah diperolehi melalui pilihan raya pada 8 Mac lalu.
Dengan segala kerenah dan putar belit SPR menjelang pilihan raya, rakyat tidak menyangka dapat menyekat BN mencapai majoriti dua pertiga, apa lagilah merampas empat lagi kerajaan negeri.
Tiga bulan lalu Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan mengingatkan ancaman yang BN mungkin hadapi di Pulau Pinang dan Selangor. Dan hingga menjelang pilihan raya, yang disangka jatuh dari BN ialah Pulau Pinang. Tetapi yang terjadi bukan sekadar Pulau Pinang jatuh kepada DAP, bahkan Kedah jatuh kepadaan kerajaan pimpinan PAS, Selangor kepada pimpinan KeADILan, Perak kepada kebarangkalian muafakat antara PAS, DAP dan KeADILan.
Timbalan Perdana Menteri menumpukan banyak masa untuk merampas Kelantan dan Perdana Menteri tidak berapa bergerak dari Pulau Pinang terutama di kawasannya di Kepala Batas.
Ada sindirian supaya Najib juga lebih baik menjaga Pulau Pinang dari mengganggu Kelantan, kerana takut yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran.
Tiga hari sebelum pilihan raya saya berada di Kelantan. Pandangan umum di Kelantan merasakan, keadaan adalah seperti menjelang pilihan raya tahun 1990. Cuma yang dibimbangkan ialah pengundi hantu yang hendak dibawa ke situ. Kalau hantu itu tidak ada, maka BN tidak akan berupaya mengambil Kelantan.
Yang disangka PAS akan mengulangi kejayaan tahun 1990 itu berlaku, dan yang tidak dijangka, pengundi luar atau pengundi hantu, dipercayai ada tetapi tidak cukup oleh peralihan pengundi dari BN kepada PAS adalah lebih besar.
Maka PAS dengan mudah mendapat 38 kerusi dan satu KeADILan. Tinggal enam saja untuk BN.
Ada sangkaan Terengganu boleh dikembalikan kepada PAS. Masalah dalam Umno dan keburukan pimpinan Idris Jusoh memungkinkannya. Orang Terengganu mahukan PAS berkuasa tetapi mahu Idris menang juga supaya dia jadi pembangkang.
Tetapi kalau benar undi hantu seperti yang sebelumnya menyerap, maka itu saja yang dapat mempertahankan Idris dan BN. Banyak bas sewa khas masuk dipercayai memuatkan pengundi hantu. Berlaku kekecohan penyokong PAS cuba menghalang hantu-hantu itu. Tetapi tiada apa yang dapat dibuat kerana polis lebih berkuasa.
Tiada yang dapat dibuat untuk mengubah Terangganu kerana hantu tadi cukup menghalang perubahan semula.
Sebagai yang diduga, Pulau Pinang telah diketahui jatuh kepada DAP sebelum masuk waktu Isyak. Dr. Koh Tsu Koon yang mengelakkan kekalahan di sebelah pulau lari ke kerusi Parlimen Batu Kawan di Seberang Perai, tidak berjaya menyelamatkan diri.
Lari dari pulau itu adalah tanda kerajaannya bakal kalah. Dia cuba mencari kedudukan di Pusat, tidak berjaya. Ia sudah disangka dari mula.
PAS Kedah berazam untuk menawan negeri itu sejak tahun 1969 lagi. Kiranya di masa kawasan Melayu masih banyak dulu PAS tidak mampu menguasai Kedah, maka bagaimana ia dapat ditawan di masa kawasan jelas Melayu bertambah kurang. Maka ia ibarat harap ada percaya tidak.
Tetapi menjelang Isyak PAS Kedah mengetahui ia dapat 16 tetapi tidak dapat membentuk kerajaan sendiri. Tetapi empat KeADILan dan satu DAP, menyebabkan PAS yang berhempas pulas menghadapi kerenah SPR berjaya mengetuai rakan-rakannya menumbangkan BN Kedah.
PAS juga menyumbang kepada kekalahan BN di Perak dan Selangor. Apa yang pembangkang tidak dapat buat di Perak dan Selangor tahun 1969 telah dapat dilakukan tahun ini.
Selangor yang diistiharkan negeri maju setahun lalu dapat dijatuhkan. Ia suatu yang tidak disangka oleh pembangkang, tetapi itulah yanag berlaku di Selangor dan Perak.
Punca kejatuhan BN bukan kerana emosi tetapi ia patut dikalahkan sejak lama. Sejak lebih 30 tahun lalu BN telah membiarkan korupsi berleluasa, hakisan demokrasi dalam semua perkara berlaku, tetapi penguasaannya yang begitu kuat sukar ia dijatuhkan.
BN dan Umno telah lama dilihat seperti kayu buruk. Ia telah menjadi seperti raja zalim zaman purba. Dan paling teruk adalah apabila ia mengenalkan Islam Hadhari yang bukan saja mengelirukan umat Islam tetapi adalah bertentangan dengan Islam.
Doa orang Islam ialah supaya Umno diberi pengajaran supaya umat tidak terus dikelirukan oleh Islam Hadhari. Tetapi orang Islam tidak berupaya untuk menghalang BN yang menguasai masjid, surau, Majlis Agama Islam dan imam serta institusi Islam.
Islam tidak muncul sebagai elemen yang menghalang kerajaan menguasai Islam, tetapi Allah datangkan perubahan sikap dari kalangan orang bukan Islam, membuka jalan kepada orang Islam membuat perubahan.
Yang tidak disangka PAS dapat memenang beberapa kerusi bukan saja di negeri-negeri yang BN kalah, tetapi PAS dapat memenangi kerusi di Negeri Sembilan dan Johor.
Kejatuhan BN itu bukan tidak disangka, cuma bila ia akan jatuh.- tajdid
10 budak hitam
sepuloh budak hitam duduk putrajaya
satu jadi imam yang mencari damai abadi
budak hitam ini hebat orangnya
dia boleh tidur berdiri kalau duduk apatah lagi.
romantis orangnya budah hitam ini
dalam majlis dia ramas bahu perempuan seksi
tak tahan sunyi dia kahwin orang gaji.
naik jet peribadi berbulan madu sana sini
kerja tadbir negeri dia bagi pada proksi.
makanya,
tinggallah sembilan budak hitam.
sembilan budak hitam duduk tingkat empat
satu jadi lanun kerjanya jual negeri
budak hitam ini cerdik orangnya
otaknya macam pengarah filem hindustan
nak dapat bini dia langgar bontot kereta heroin
cita-citanya tinggi budak hitam ini
sebelum empat puloh nak jadi perdana menteri
budak hitam ini perangainya macam beruk makye
terjerit sana terlompat sini tersengih gitu terlondeh gini
tak lama lagi youTube buat tayangan perdana filem macam chua solek
heronya budak hitam ini tapi kita pergi tak boleh bawak anakbini, sori!
makanya
tingallah lapan budak hitam.
lapan budak hitam duduk diam-diam
satu jaga karung kerjanya kumpul harta qarun
ayahnya kata budak hitam ini tak berniaga dalam negeri
tapi rakyat tahu dah berbilion dia dapat projek yang ditentukan sendiri
budak hitam ini, ada sedara belah bini jadi juru kiranya
macam-macam kepandaiannya si malim balaci ini
buat jambatan pandai, buat lumba ribut pandai
beli rumah kat luar negeri lagilah pandainya
dia beli kat tempat takde penangkap khalwat
makanya,
tinggallah tujuh budak hitam.
tujuh budak hitam jadi doktor putar
satu jaga surat khabar kerjanya tiap-tiap hari autar
budak hitam ini dulunya tak lulus vetting
tapi hari ini dia menang betting
tulis kolum macam pakcucing
makanya
tinggallah enam budak hitam
enam budak hitam duduk kat angkasa
satu jaga lagu main drama swasta siar berita cacamarba
mulutnya celupar budak hitam ini, kepakarannya mengampu
kata orang goblok tapi aljazerra londehkan dia sampai bogel togel
seantero dunia tahu dialah menteri terbangang dalam sejarah tamaddun alam
sang kelembai kata dia hanya layak jadi mamak cendol
makanya,
tinggallah lima budak hitam.
satu dan dua dan tiga dan empat dan lima
si budak hitam
enam dan tujuh dan lapan dan sembilan dan sepuloh
sambung bulan dapan.
Yassin Salleh
1905 hrs Januari 11, 2007
Taman Saujana Impian Kajang
Sajak ini telah dideklamasikan oleh Yassin Salleh di Rumah PENA pada 11 Januari 2008.

Friday, March 14, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)