Wednesday, March 12, 2008

Fitnah tutup Tadika Kemas di Kedah - Berita Harian digesa mohon maaf


Helmi Khalid Tue Mar 11, 08 10:09:29 am MYT
ALOR STAR, 11 Mac (Hrkh) - Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menggesa akhbar Berita Harian untuk memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan Kedah yang menyiarkan berita palsu kononnya kerajaan mengarahkan pengajian di Tadika Kemas ditutup.
Katanya, jika Berita Harian gagal berbuat demikian, beliau akan bersama rakyat Kedah akan memboikot akhbar itu termasuk semua terbitan The New Straits Time.

"Tidak mustahil ini boleh berlaku, BN pun rakyat Kedah dah tolak dan semestinya rakyat lebih bersedia untuk menolak media yang menyiarkan berita palsu," tegasnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu berkata demikian, dalam ceramah perdana meraikan kemenangan PAS di Kedah di Kompleks PAS Kedah yang dihadiri puluhan ribu rakyat negeri ini.
Bermula dari jam 4.00 petang lagi, rakyat mula memasuki kawasan Kompleks PAS Kedah dan selepas jam 7.00 malam, jalan utama Alor Star-Sungai Petani berdekatan Kota Sarang Semut sesak teruk.

Jika sebelum ini pihak polis sekadar datang untuk menyaman kenderaan yang diletakkan di tepi jalan di sepanjang Kompleks, namun pada malam ini, polis hadir untuk mengawal bagi melicinkan lalulintas.

Segenap ruang kompleks ini dipenuhi rakyat yang ingin melihat sendiri dan meraikan kemengan PAs dan KeADILan di Kedah.

Kelmarin, rakyat juga tidak berganjak dari hadapan pintu pagar utama Wisma Darulaman ketika majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah dilangsungkan di Dewan Seri Negeri.

Sehinggalah, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak keluar dan memberikan ucapan seterusnya meminta rakyat meninggalkan tempat tersebut, barulah rakyat mula meninggalkan kawasan berkenaan. - mr

No comments:

Search This Blog