Wednesday, December 10, 2008

nasi lemak rm3.50

Pagi tadi breakfast kat sebuah restoran bersebelahan dengan Salam Medical Centre Shah Alam, Seksyen 19 berhampiran dengan DePalma Hotel.

Nasi Lemak berlaukkan telur sambal dan air kosong. Nak kata sedap sangat tu biasa2 jer. Disebabkan itulah restoran yg terhampir dgn hospital jadi tidak mahu membuang masa berpusing-pusing mencari kedai makan.

Suasana restoran tidaklah hebat sangat, hanya bersumberkan kipas angin bagi menghilangkan haba kepanasan badan. Kebanyakan pekerja2nya terdiri drpd bangsa asing majoriti drpd indonesia.

Hairan juga bgmn nasi lemak berlaukkan telur mata dan air suam bernilai rm3.70, dengan suasana kegawatan ekonomi nampaknya kita perlu semakin berhati2 memilih kedai makan. Cuma rasanya perlu juga sesekali pengusaha restoran ni ditegur knp meletakkan harga makanan yg kadangkala tidak masuk akal.

No comments:

Search This Blog