Thursday, January 29, 2009

‘Itu Fitnah’ - Dr Halimah Ali


Wednesday, 28 January 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 28 Januari - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, semalam membuat laporan polis berhubung dakwaan dalam forum sebuah laman web kononnya beliau telah ditangkap khalwat.

Dr Halimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang menyifatkan perkara itu tidak benar dan satu fitnah.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu, malah perkara tersebut juga telah disangkal oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di mana tiada serbuan dibuat Jais sebagaimana yang dilaporkan laman web terbabit,” katanya ketika ditemui di pejabat Menteri Besar di sini, petang tadi.

Sehubungan itu, Dr Halimah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang petang semalam.

Beliau berkata dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web My Kmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama ‘Brigade Commander Selangor’ dengan tajuk Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap.

Jamilisa dalam ruangan forum pada 25 Jan itu mendakwa beliau dimaklumkan rakannya dari Kampung Idaman yang Adun Selat Klang itu ditangkap basah di sebuah hotel di sekitar Pelabuhan Klang.

Menepis dakwaan itu, Dr Halimah berkata tuduhan itu tidak masuk akal selain menjatuhkan maruahnya sebagai wanita, wakil rakyat dan juga Exco kerajaan negeri Selangor.

“Saya adalah wakil rakyat Pas, sudah tentulah yang saya dokong ini adalah Islam dan sebagai Exco Pembangunan Modal Insan sudah tentulah kita hendak memerangi perkara mungkar dan maksiat ini.

“Bagaimana pula saya boleh terjebak dalam perkara yang mungkar dan maksiat. Tuduhan itu juga sama sekali tidak berasas sedangkan pada masa yang dinyatakan itu saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana diundang menghadiri Program Forum Perdana sebagai ahli panel,” katanya yang jelas kesal dengan tuduhan itu.

Sehubungan itu, Dr Halimah berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pemilik, penulis blog dan ‘Brigade Selangor’ dengan segera mengikut Seksyen 509 / 298 Kanun Keseksaan.

“Saya berharap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghalang penyebaran berita palsu atau fitnah seperti ini yang jelas menjatuhkan maruah mereka yang tidak bersalah,” katanya. - MURIZA ABDUL HAMID

Wednesday, January 28, 2009

Friday, January 23, 2009

TAKBIR!!!

GERAK

http://www.malaysiawaves.com/2009/01/gerak-sekarang-jadi-barua-umnoezamkhir.html

Apa masaalahnya kalau MB Selangor meminta anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor menderma lembu ke kawasan parlimen MB? Adakah MB Selangor mendapat untung atau "masyuk" dengan pemberian lembu itu? Adakah MB Selangor menyalahguna kuasa beliau di dalam memastikan lembu diberikan? Kalau saya MB pun saya ada hak untuk memohon mana-mana syarikat MENDERMA apa-apa sahaja kepada mana2 kawasan dalam Malaysia.

Selama ini UMNO menderma lembu kepada semua orang dengan menggunakan duit syarikat, takda pun orang marah?

· Hakikatnya, ia bukan korupsi kerana:

· MB Selangor membuat permintaan kepada syarikat tersebut.

· Lembu tersebut pergi kepada "rakyat" dan bukannya lembu tersebut digunakan untuk
· kegunaan beliau dan anak sedara beliau.

· MB Selangor tak dapat apa-apa laba dan keuntungan dari transaksi tersebut. Yang untung adalah rakyat.

· Lembu-lembu tersebut adalah atas permintaan dari PKR Bahagian Bandar Tun Razak. Bukan MB Selangor.

Jadi apa masaalahnya?

Penubuh GERAK adalah Ezam dan Ezam Mat Nor adalah sekarang ini barua rasmi UMNO. Ada punya banyak kes rasuah dlm UMNO namun kenapa isu tak signifikan ini dinaikkan?

Setelah Ezam Mat Nor telah gagal di dalam usaha beliau untuk mmelemahkan pengaruh Anwar, terpaksa la beliau melakukan perkara lain untuk "cari makan".

Malulah kamu wahai Ezam Mat Nor, Kau adalah pelacur politik sedang melacurkan diri kau untuk kepentingan pribadi dan perut kau.

Tulang Besi

just do IT!!!!

Thursday, January 22, 2009

REAR TAIL



PEROKOK = PENGOTOR




Puntung rokok yang masih berasap dibuang begitu sahaja tanpa perasaan bertanggungjawab. Inilah tabiat perokok membuang dimana sahaja sesuka hati. Bangang dan tidak bermoral.

Monday, January 19, 2009

UTUSAN : CARI CARA PERBAIKI PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR dr pengarang

m.s 10 utusan melayu, ISNIN 19 JAN 2009

"BAGI MEMENUHI HASRAT UNTUK MEMBERI KHIDMAT DALAM TEMPOH 30 MINIT, KAKITANGAN YG TERDIRI DRPD DOKTOR, JURURAWAT DAN PEMBANTU HOSPITAL PERLU MENGUBAH CARA BEKERJA"

....ramai yang merungut sbb perlu menunggu 3 jam untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital/klinik kesihatan kerajaan, tapi ramai tidak yg mengetahui seorg doktor perlu melayan sehingga 50 org pesakit selama sejam tanpa henti, waktu makan, waktu solat perlu dioptimumkan sebaik mungkin,belum lagi yang bekerja di bhgn kecemasan terpaksa melayan antara pesakit luar yg demam batuk selesema dtg di waktu mlm dan pesakit yang trauma kemalangan, strok dimana memerlukan perkhidmatan yang cepat dan pantas....

sebaiknya bukan shj kita melihat sesuatu itu dr luar tetapi kita selami dr dlm apa sbnrnya yg berlaku...jgn kerana rungutan awam yg menunggu selama 3 jam utk mendapatkan rawatan terlalu diambil serius...sbnrnya ada lagi yg perlu di fikirkan dan diambil tindakan sewajarnya....lihatlah, alamilah dan selamilah...nanti baru anda tahu apa sbnrnya ada di dlm sana.....

Monday, January 12, 2009

TESCO

Sir John Edward Cohen (6 October 1898 – 24 March 1979), born Jacob Edward Kohen and commonly known as Jack Cohen, was a British businessman who founded the Tesco supermarket chain. He was born in Whitechapel in the East End of London, the son of an Avram Kohen, an immigrant Polish-Jewish tailor, and his first wife, Sime Zamremba.


He began his working life as an apprentice tailor to his father but in 1917 he joined the Royal Flying Corps where he served as a canvas maker. Upon his demobilization in 1919 he established himself as a market stall holder in Hackney, in London's East End by purchasing surplus NAAFI stock with his demob money.


He soon became the owner of a number of market stalls, and started a wholesale business. In 1924, he created the Tesco brand name from the initials of a tea supplier, T. E. Stockwell (formally Messrs Torring and Stockwell of Mincing Lane), and the first two letters of his surname. The first two Tesco stores opened at Becontree and Burnt Oak in 1931. By 1939, Cohen owned a hundred Tesco stores.


Sometime around 1930 he changed his name by deed poll to John Edward at suggestion of his bank manager whose staff had trouble distinguishing between the many Jacob Cohens banking at the Mare Street branch in Hackney.


In 1948, he witnessed the American trend for self-service supermarkets, and opened one of the first such shops in Britain. Around 1949, Cohen moved to Finchley, where he bought a block of flats called Moss Hall Court.


He was married to Sarah Fox, daughter of an immigrant Russian-Jewish tailor. They had two daughters, Shirley and Irene, the former now Dame Shirley Porter.


Cohen was knighted in 1969.


Jeffrey Archer's novel As the Crow Flies was influenced by his life.

RX-S 2 RX-K



MCD PUTRAJAYA

Di ketika Palestin di serang di bunuh kejam, masih ramai yang tidak mengambil iktibar dan peduli. Sedih melihat saudara muslim kita tidak sensitif dan peka dengan apa yg berlaku di sekeliling.

Bayangkan anak-anak kecil yg dibunuh kejam, kaum hawa yang menjadi ibu tunggal, anak-anak yang menjadi yatim piatu akibat keganasan rejim Zionis Yahudi.

Sedangkan kita disini tanpa rasa malu, tanpa rasa bertanggungjawab tanpa rasa marah dan tiada apa2 perasaan pun tanpa rasa bersalah. Bagaikan melepas batuk ditangga ataupun bagaikan menyiram air di daun keladi. Buta mata buta hati.

A1 CHICKEN SPONSOR BY MR ZUL




Tuesday, January 6, 2009

engkau itu aku

apabila engkau dilahirkan
engkau menangis
tetapi manusia disekeliling engkau
bergembira menyambut
kehadiran

manusia yg suci bersih
belum dicorakkan dgn kehitaman
dunia yang hanya sementara
kenikmatan hakiki menanti
nun jauh disana
alam yg penuh segala ganjaran
hanya utk yang membawa
bekalan

jgnlah engkau leka

biarlah apabila
engkau ketawa disatu hari nanti
manusia disekeliling engkau
menangis meratap kehilanganmu

kerana hanya engkau yang tahu
sinar kenikmatan yang menanti
engkau disana

dan jgnlah engkau menangis
bersama2 dgn manusia yg
engkau tinggalkan....

Sunday, January 4, 2009

Piala Sumbangsih: Selangor 4-1 Kedah


SELANGOR berjaya mencipta kejutan terbesar di Stadium Darul Aman, Alor Star malam tadi apabila dengan mudah menewaskan Kedah 4-1 pada perlawanan sulung Liga Super 2009.



Dengan kemenangan bergaya itu, Selangor berjaya menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali ketujuh selepas memenanginya pada musim 1985, 1987, 1990, 1996, 1997 dan 2002.

Ia juga merupakan Piala Sumbangsih pertama yang berjaya dijulang jurulatih Selangor, K. Devan sepanjang kariernya sebagai jurulatih beberapa pasukan di negara ini dan juga merupakan piala pertama berjaya dimenangi pengurus Selangor, Zakaria Ab. Rahim.

Ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah memulakan pesta gol apabila mencipta jaringan pertama menerusi sepakan percuma leret yang berjaya melepasi benteng serta gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias seawal minit ke-3.

Pada minit ke-32, Selangor terus melebarkan penguasaan mereka apabila sepakan kaki kiri pemain berusia 19 tahun, Zameer Zainun dari jarak jauh sekadar termampu ditampan masuk ke gawang sendiri oleh Helmi Eliza untuk gol kedua Selangor.

Tiga minit kemudian, Kedah semakin tertekan apabila sepakan percuma R. Surendren dari sebelah kiri berjaya ditanduk masuk oleh Amri tatkala Helmi sekadar menumbuk angin untuk Selangor mendahului selesa 3-0.

Jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah nyata berang dengan aksi goyah Helmi Eliza lalu mengeluarkan penjaga gol kebangsaan itu dan memasukkan penjaga gol simpanan, Mohd. Al-Hafiz Hamzah sejurus selepas gol ketiga Selangor itu.

Kedudukan separuh masa pertama, Selangor 3-0 Kedah.

Babak kedua bermula, Kedah memilih untuk menghabiskan kuota pertukaran pemain mereka dengan mengeluarkan penyerang Azrul Ahmad dan Nazmi Baharom bagi memasukkan Farizal Rozali dan Faizal Abu Bakar.

Namun, percaturan Azraai memasukkan Farizal menggantikan Azrul tidak mendatangkan hasil sebaliknya Farizal pula telah dilayangkan kad merah pada minit ke-53 selepas bekas penyerang Pulau Pinang itu bertindak menyepak muka penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Menentang pasukan yang hanya dibarisi 10 pemain memudahkan tugas Selangor untuk menguasai permainan selepas itu.

Hanya empat minit selepas Farizal diarah keluar, Safee Sali pula melakukan rembatan kencang kaki kanan dari luar kotak penalti menggegarkan tiang gol Kedah dan bola terus menerjah jaring tanpa sempat diselamatkan Al-Hafiz untuk gol keempat Selangor.

Mendahului selesa 4-0, Selangor mula mengendurkan asakan dan akibatnya Kedah berjaya juga mendapatkan gol saguhati menerusi jaringan Khyril Muhymeen pada minit ke-89.

Selepas perlawanan berakhir, Amri telah diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Selepas ini, Selangor akan menanti kunjungan Perak pada perlawanan kedua Liga Super 2009 di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

SELANGOR:

21-HAMSANI AHMAD, 3-RAZMAN ROSLAN, 5-KHAIRUL ANUAR BAHAROM, 6-NASRIQ BAHAROM, 15-P.GUNALAN, 20-AMIRUL HADI ZAINAL, 14-HARDI JAAFAR, 17-AMRI YAHYAH (C), 26-ZAMEER ZAINUN (B-20), 10-SAFEE SALI, 23-R.SURENDREN.

Pemain Gantian:

Minit ke-64: 19-D.SURENDRAN menggantikan 20-AMIRUL HADI ZAINAL

Minit ke-83: 9-RUDIE RAMLI menggantikan 23-R.SURENDREN

Minit ke-85: 27-FAREEZ ASMAWI menggantikan 26-ZAMEER ZAINUN

Friday, January 2, 2009

Search This Blog