Wednesday, June 17, 2009

sembang kopi

Tadi berbual-bual kosong bersama-sama rakan2 perunding drpd topik sukan, masalah harian juga politik.

Antaranya mengenai perkembangan politik semasa, umno,DAP,PKR dan PAS. Banyak yang dibincangkan mengenai sifat2 dan keperibadian org2 PAS. Ada beberapa perkara yg penting antaranya sifat org PAS yang kadangkala terlalu mengikut perasaan dan bertindak terburu2. Secara tidak langsung meninggalkan kesan yg negatif dr pandangan kacamata pihak yang tidak menyokong2 mana2 parti. Contoh terbaik kemelut politik di Perak, tidak semua org bersetuju pendekatan yang diambil sepertimana yang berlaku semasa persidangan DUN dimana berlakunya kekecohan antara parti. Pihak2 yg memerhati lebih suka PAS sbg parti yg bertunjangkan Agama Islam mengambil pendekatan yang lebih baik dan menjadi contoh tauladan kpd org lain.

Sebaiknya PAS sebagai parti yag mula melangkah lebih jauh tidak bertindak melulu dan terpengaruh dengan provokasi drpd pihak lawan. Gunakan saluran yang ada seperti undang-undang walaupun kita juga tahu bahawa keberkesanan pengadilan yang saksama juga dipertikaikan sekurang2nya kita berusaha dan menunjukkan contoh bahawa kita bukan golongan parti yang suka membawa kpd kekecohan.

Sebenarnya apabila kita duduk semeja dengan orang yg tidak menyokong mana2 pihak sedikit sebanyak kita tahu dimana prestasi PAS yg sebenarnya.

Semoga PAS akan melangkah lebih jauh menjadi parti yang kukuh bukan kerana mengikut fenomena semasa arus perdana tetapi melalui kepimpinannya yang memberikan idol yang menjadi contoh dan tauladan masyarakat bukan kerana agama sahaja tetapi juga diperingkat profesional, sosial dan ekonomi.

No comments:

Search This Blog