Tuesday, August 25, 2009

temuduga

Semenjak menamatkan zaman persekolahan, setelah memulakan kerja,inilah julung2 kalinya aku menjalani temuduga. Selepas 8 tahun, satu tempoh yg agak lama. Namun aku tidaklah benar2 bersedia, cuma agak teruja pabila mendapat panggilan temuduga disebuah syarikat di Sri Petaling. Tidaklah sukar utk mencari pejabat syarikat tersebut berdasarkan peta yang telah dikirimkan melalui email.

Sampai sahaja ditempat yg dimaksudkan, cuma ada satu kawasan rumah kedai yg berhampiran dengan BHP. Didepannya seperti Kondominiom mewah yg lengkap dengan kawasan tempat meletak kenderaan berbumbung.

Jam masih belum 4 petang ada beberapa minit utk aku berehat dan mengemas2kan diri.

Dipejabat

Aku memerhatikan staff2 yang duduk diam dimeja masing2. Melayan P.C dengan headphone dikepala. Diketika ini cuma aku berdua menanti kedatangan Boss syarikat yang diberitahu masih lagi meeting di UIA. Sudah 30 minit waku berlalu, aku mulai bosan dan agak rimas. Dengan suasana pejabat yang tidak terurus, sempit dan tidak kemas membuatkan aku semakin tidak senang duduk menunggu di atas sofa.

Aku memecah kebuntuan, cuma berbicara dengan rakan yang sama2 dtg utk mencari peluang pekerjaan. Daripada raut wajahnya aku tahu dia masih muda dan munkin baru sahaja menamatkan zaman persekolahan. Dugaan ku benar.

Rendah

"Ceritakan tentang diri awak", aku agak kaget seketika tiba2 terasa gugup. Aku rasa tidaklah sebaik mana bila sahaja aku menceritakan tentang diriku. Keyakinan aku agak tidak konsisiten diselangi dengan perasaan gugup mungkin kerana tidak bersedia utk ditemuduga.

Aku cuba menenangkan diri, mencari kekuatan semula. Tetapi keyakinan dan semangatku runtuh bagaikan direntap pabila dia menyatakan gaji semasa ku terlalu rendah.

"Saya lihat gaji awak terlalu rendah, agaknya awak x perform sebab tu syarikat awak bagi gaji sebanyak tu"

Aku rasa sedih namun benar apa yg ku rasakan selama ini, dengan gaji yg ada sekarang selanyaknya utk org yg baru bekerja 5 tahun pengalaman, sedangkan aku???

No comments:

Search This Blog