Bilamana kita dalam keadaan yg stress dan marah. Kita dapat menilai keikhlasan seseorang itu. JIka setiap kali masalah menyelubungi dan perkara yang sama berulang bermakna ada yang tidak kena pada jiwa kita.
Keikhlasan bukan perkara yang boleh dipermainkan. Provokasi yang berlebihan seterusnya membawa kepada suasana tegang. Disinilah kita dapat menilai dan melihat sejauh mana keikhlasan sesuatu hubungan. Ke arah mana amarah itu dilepaskan. Kadangkala isu ataupun masalah itu hanya sedikit tapi cara melepaskan amarah itu melampaui batas. Termasuk bersifat biadap kepada pasangan bahkan provokasi untuk mendatangkan kebencian dan dendam.
Lama kelamaan kasih sayang yang pernah wujud kukuh itu tersisih sedikit demi sedikit kerana kata-kata yang sering melampaui batas dan peribadi yang tidak konsisten.
Berfikir secara waras itu dan bagaimana kita dididik itu juga sebenarnya mencerminkan apa yang bakal kita lakukakn. Jika keluarga dan persekitaran kita dalam suasana yang baik dan aman sedikit sebanyak akan mempengaruhi kata-kata kita bila berdepan dengan situasi. Manakala sebaliknya jika dilahirkan didalam keruntuhan dan permasaelahan rumah tangga dan masalah sosial,hubungan kita dengan orang lain juga turut terbias dengan norma-norma dan nilai buruk yang telah sebati dalam diri seseorang.
Jadi keikhlasan itu bukan sekadar datang dari hati yang luhur tapi dengan kekuatan diri dan sejauh mana kita mahukan dan sayangkan seseorang itu.
INI PERKARA BESAR DAN BUKAN MAINAN, KERANA INILAH MASA DEPAN
No comments:
Post a Comment