Sedang aku memecut laju di lorong motorsikal. Tiba-tiba aku terpandang seorang lelaki tua ingin melintas jalan. Dia kelihatan takut dan begitu berwaspada untuk melangkah menanti penuh sabar. Aku secara tidak langsung memperlahankan kelajuan dan berhenti untuk memberi dia ruang untuk melintas. Apa yg bermain difikiranku ialah usianya yg sudah lanjut namun masih utuh dan gagah untuk mencari rezeki dibumi Allah yg luas ini.
Tuesday, July 31, 2012
Sunday, July 22, 2012
Thursday, July 19, 2012
Hujan gerimis
Hari ini hujan turun sepanjang hari. Cuaca diselubungi mendung dan deruan hujan rembas perlahan.
Semalam aisyah mengadu tangannya bengkak. Rupanya kesan jatuh akibat bermain kasut roda. Alahai.....
Ku sangka hujan akan reda..
Wednesday, July 18, 2012
Tuesday, July 17, 2012
Bulan ramadhan
Hanya tinggal beberapa lagi ramadhan menjelma. Namun dugaan menjelang ramadhan begitu besar pada tahun ini. Dalam masa sebulan aku kehilangan sahabat, bapa saudara dan saudara perempuan. Agaknya itulah sebabnya kita digalakkan berdoa untuk panjang umur kita dan dapat menikmati keberkatan dan rahmat bulan ramadhan. Mak semenyih pula berangkat pergi menunaikan umrah dan menjalani ibadah puasa di mekah. Aku berdoa semoga keazaman san keberkatan ramadhan tahun ini lebih bermakna dari yang telah ditinggalkan.
Wednesday, July 4, 2012
kepadaNya juga kita kembali
Sedang aku sibuk menyediakan makan malam, tiba-tiba telefon rumah berbunyi.
"abg fauzi, busu hamzah meninggal dunia kat Tapah. Diaorg dari penang ramai-ramai"
"Innalillah..."
Aku meletakkan semula gagang sedangkan fikiran ku ligat berfikir antara bukam dan simpati juga sesalan yang terpahat sampai bila-bila.
Baru sahaja 2 minggu lepas Busu mengadakan kenduri cukur jambul untuk cucu2nya. Tapi aku tidak hadirpun kerana menziarah sepupu dan menghadiri walimatul urus dikampung.
Dan juga baru sahaja minggu lepas Pak Uda membuat majlis tahlil dan doa selamat, juga aku tidak hadir sedangkan tiada apa urusan yang penting pun pada hari itu.
Aku tau Busu Hamzah memang ada masalah asma dan kali terakhir aku berjumpa dengannya dia kelihatan sangat kurus dan sering batuk-batuk. Sekali imbas fizikalnya seperti Arwah Atuk.
Aku mendoakan semoga ARwah Busu Hamzah ditempatkan dalam golongan orang yang baik dan beriman mengikut jalan Allah.
Alfathiah. AMin

Subscribe to:
Posts (Atom)