Wednesday, July 4, 2012

kepadaNya juga kita kembali

Sedang aku sibuk menyediakan makan malam, tiba-tiba telefon rumah berbunyi.
"abg fauzi, busu hamzah meninggal dunia kat Tapah. Diaorg dari penang ramai-ramai"
"Innalillah..."

Aku meletakkan semula gagang sedangkan fikiran ku ligat berfikir antara bukam dan simpati juga sesalan yang terpahat sampai bila-bila.

Baru sahaja 2 minggu lepas Busu mengadakan kenduri cukur jambul untuk cucu2nya. Tapi aku tidak hadirpun kerana menziarah sepupu dan menghadiri walimatul urus dikampung.

Dan juga baru sahaja minggu lepas Pak Uda membuat majlis tahlil dan doa selamat, juga aku tidak hadir sedangkan tiada apa urusan yang penting pun pada hari itu.

Aku tau Busu Hamzah memang ada masalah asma dan kali terakhir aku berjumpa dengannya dia kelihatan sangat kurus dan sering batuk-batuk. Sekali imbas fizikalnya seperti Arwah Atuk.

Aku mendoakan semoga ARwah Busu Hamzah ditempatkan dalam golongan orang yang baik dan beriman mengikut jalan Allah.

Alfathiah. AMin

No comments:

Search This Blog