Friday, January 28, 2022

viral itu bukan sedap?



Seingat aku peri-peri itu ada di dalam menu nandos, cuma ini versi melayu yang aku rasa seolah sambal belacan yang tidak ada belacan dan masam. Memang untuk dibandingkan dengan rasa Nandos itu aku pun tidak pasti adakah boleh dikelaskan dalam rasa yang sama.

Dikatakan hidangan itu disertakan dengan nasi arab yang lembik , beras melekat tidak berderai dan jujur apa yang aku rasa lebih pada rasa nasi tomato. Kadar bakaran pada ayam juga memang menepati pembakaran 50-60% langsung daging ayam itu tidaklah juicy bahkan masak begitu sempurna (hilang juicy). Dengan aksesori tambahan mentimun dan buah karot potong2 yang boleh dibilang2 tentu kegemaran pada mereka yang tidak sukakan sayuran.

Memang sesuai nasi itu untuk dikepal2 dan ditelan kerana kadar juicynya boleh terus dijadikan nasi impit dan dibungkus dengan daun pisang dan ditutup dengan penutup periuk agar nasi benar2 terhimpit.

Inilah yang pertama dan terakhir. Bukan untuk aku.

Monday, January 10, 2022

dulu


Ralat benar apa yg aku rasa, kekesalan bgkan tiada ubatnya. 3 hrai yg lepas aku memegang buku tampalan gambar2 arena bolasepak yg aku kumpulkan dengan memotong keratan dr akhbar dan majalah sebagai koleksi peribadi. Ada banyak gamabr2 lama yg tiada dalam simpanan digital sebenarnya.

Alasannya dia tidak sengaja kerana menyangka sampah.

Keji dan hina. 

"Aku x mungkin sesekali dapat memaafkan dan melupakan"


Wednesday, January 5, 2022

coretan awal tahun 2022

Sebaik-baik terapi untuk aku adalah menulis, cuma jemari ini selalu malas untuk bergerak dan mencurahkan apa yang sedang aku fikirkan pd suatu masa. Sebenarnya kemalasan itu adalah penyakit, kerana kita akan menangguhkan urusan , impian dan tindakan kita. Terlalu byk berfikir juga tidak baik untuk kita membuat perubahan. Masih di takuk lama. Tiada apa yg ingin aku banggakan semuanya malar dan lambat untuk membuat perubahan.

Kelmarin aku mengambil peluang balik ke Klang selepas banjir reda. Sebenarnya aku ada temujanji dgn AIS diwaktu pagi namun ditangguhkan ke sebelah petang. Jadi aku menukar perancangan dgn membuat temujanji dgn IWK Selangor. Cuaca pagi itu juga masih mendung, hujan tidak turun tetapi agakan aku pastinya hujan mungkin akan turun di sebelah petangnya.

Ahad lepas juga adik2 meraikan hari kelahiran mak, aku tidak dapat hadir sama. Memang perasaan itu sedih dan penuh dengan emosi namun aku hanya mendiamkan diri dan berfikir mungkin ada cara lain untuk aku meraikan mak juga. 

"Saya dah sampai" aku maklumkan pd planner.

Ketika dipintu aku mendapati ada makluman yg pejabat masih belum beroperasi, namun selepas mendapatkan pengesahan pejabat baru shj beroperasi kesan banjir. Patutla aku melihat di suatu sudut longgokan fail.




"saya minta maaf ye'
"Serba salah pula saya" 
Mungkin tiada rezeki kami untuk berjumpa dengan En Zakariah, sy minta planner buat temujanji lain.

Aku ada masa sedikit sebelum temujanji sebelah petang jam 3.30pm. Aku berfikir eloklah aku singgah sebentar ke rumah mak. Kepala aku terus mencari idea apa agaknya makanan yg aku nak bawa nanti. Idea aku terus ke Rantau Panjang dan cuba cari2 apa yang boleh aku bawa nanti.

Sampai di rantau panjang, aku ambil keputusan untuk membungkus nasi kukus dan belikan sedikit buah. Mak puasa rupanya, itupun selepas aku bertanyakan adik perempuan aku apa yang dia nak kirimkan.

"Xpela mak puasa, niat aku nak menziarah mak dan nak ucapkan selamat hari kelahiran"

Kebetulan aku sampai , adik perempuan aku pun juga baru pulang dari kerja. Alhamdulillah rumah pun dah kelihatan lebih baik daripada kesan banjir. Bilik utama kesemua perabot ; almari, katil & tilam mmg tidak dapat diselamatkan. 

Ada satu perasaan yang sbnrnya bila aku balik klang, hati aku lebih tenang dan tidak emosi. Aku lupa dan tinggalkan semua bentuk komunikasi lain. Aku akan leka berbual dengan mak abah. Mak berbuka hanya puasa separuh hari menemani aku makan tengah hari.

"Banyak betul dia bagi nasi", mak teruja juga bila membuka bungkusan nasi kukus ayam berempah. Aku makan lauk2 yang mak masak. Itulah nikmat yang tiada bandingan.

Sebelum bergerak pulang, aku memeluk mak dan mengucapkan selamat hari lahir.

"Selamat hari lahir mak" aku sebenarnya ingin memeluk lebih lama cuma aku tidak mahu airmata aku gugur. Aku harap mak dapat rasakan kasih syg anak mak. Terima kasih mak.







Search This Blog