Seingat aku peri-peri itu ada di dalam menu nandos, cuma ini versi melayu yang aku rasa seolah sambal belacan yang tidak ada belacan dan masam. Memang untuk dibandingkan dengan rasa Nandos itu aku pun tidak pasti adakah boleh dikelaskan dalam rasa yang sama.
Dikatakan hidangan itu disertakan dengan nasi arab yang lembik , beras melekat tidak berderai dan jujur apa yang aku rasa lebih pada rasa nasi tomato. Kadar bakaran pada ayam juga memang menepati pembakaran 50-60% langsung daging ayam itu tidaklah juicy bahkan masak begitu sempurna (hilang juicy). Dengan aksesori tambahan mentimun dan buah karot potong2 yang boleh dibilang2 tentu kegemaran pada mereka yang tidak sukakan sayuran.
Memang sesuai nasi itu untuk dikepal2 dan ditelan kerana kadar juicynya boleh terus dijadikan nasi impit dan dibungkus dengan daun pisang dan ditutup dengan penutup periuk agar nasi benar2 terhimpit.
Inilah yang pertama dan terakhir. Bukan untuk aku.
No comments:
Post a Comment