Malam itu badan muhd mulai panas, tanda kehadiran virus itu mmg ada dengan dia mulai batuk perlahan2 tp kerap. Esok baru masuk hari ke2 berpuasa. Aku juga ambil langkah berjaga2 samada virus itu dah melekat tp aku tiada tanda demam dan batuk.
Malangnya esok pg aku ada urusan lain seawalnya di menara TNB jd aku x dpt nak membeli stok ubat utk muhd. Mmg perasaan berbelah bhg tp aku pasrah dan berdoa semoga anak bujang aku itu kuat menghadapi ujian.
Aku hanya menyendiri dibhgn ruang bawah sementara yg lain2 berkurung di dlm bilik. Aku sediakan makanan dan ubatan termasuk air kelapa muda. Katanya baik utk melemahkan virus.
Aku sempat membeli sepasang jubah utk berterawikh. Sehingga hari ini jiwa dan badan aku tidak fokus langsung pd ibadah berterawikh. Aku terlalu mengikutkan emosi yg senantiasa memberikan tekanan dan tekanan. Aku sbnrnya lebih suka bersendirian dan tidak mahu pun berkongsi emosi dgn sesiapa pun. Aku penat bercerita tp di khianati.
Kebahgiaan itu adakah kejayaan? Aku pun tidak tahu, mungkin kebahgiaan itu sbnrnya ialah bila kita dihargai disayangi bukan dikhianati. Aku pun tidak tahu kenapa aku harus melalui fasa itu berkali2.
Aku mulai bosan.