Monday, August 21, 2023

alisra

Aku terjaga mendengar bunyi alam, peliknya dtg dr plastik sampah. Aku selongkar aku lihat jam muhd yg katanya dia beli di cash conveter. Cantik jam tu cuma tiada dail utk jarum jam yg tertanggal.
"Insyaallah boleh repair, kena cari kedai jam yg pandai"
" abah, muhd dah masukkan nama eusuff"

Aku hampir menitiskan air mata, xtau apa sbnrnya yg berlaku semasa ketiadaan aku td. Nmpk kesan skrin yg kena hentakan yg kuat. Aku lihat dishopee harga model yg sama rm290. 

Aku bingung. Sedih itu tentulah amat sgt hampir aku sebak. Aku tau perasaannya apabila barang yg kita syg itu rosak ataupun hilang. 

Sunday, August 20, 2023

low

Disaat ko rasa low. Hidup yg x sebelahi kamu. Ko rasa hanya ingin sendiri dan tinggalkan semua. 

Saturday, August 19, 2023

right here waiting

Utk mu teman, aku sgt kesali kerana tidak dpt menyatukn semula silaturrahim kita dikala remaja. Terima kasih kerana pernah memberikan aku lirik lagu english utk aku persembahkn disekolah. Terima kasih jg pernah membawa aku pulang berkenalan dgn keluarga kau. Kita sama2 berjalan malam menaiki bas mini. Ketika masih mentah remaja dgn ujian dan cabaran. Sallem hijau berperisa mentol. Itu mungkin cubaan aku yg pertama dan terakhir.

Untukmu teman aku hadiahkan alfatihah.

Sunday, August 13, 2023

kita yg memilih

Gelombang merah dan hijau kekal memilih namun gelombang biru yg beralih arah. Semoga jgn sekadar janji kosong.

Friday, August 11, 2023

brek

Sekarang musim prn, jd akan mulalah timbul isu syurga dan neraka. Mudahnya utk masuk syurga.

Aku kira ahad yg lepas ada malaikat yg membantu aku. Secara tiba2 kereta hadapan memperlahankan halaju, aku dengan paniknya menekan brek namun kereta masih meluncur walaupun tyr sudahpun menyahpecutan dengan pantas aku membelok ke haluan kiri dan berselawat semoga tiada kenderaan disebelah, ya allah terima kasih allah. 
"Ada malaikat yg tolong kita aisyah"
Jantung masih kencang sambil fikiran befikir jika sebaliknya pasti aku akan bersidai panjang ditempat lain. 

Saturday, August 5, 2023

rupanya xjoz buluh

Sampai masa perlu ditukar baru. Untuk keselesaan. 

kisah seorg ayah

"tuan, jika sy cari sndiri lesen plumber tu boleh"
" Boleh, tiada masalah"
Kebetulan pejabat plumber tu berhampiran sgt dgn pejabat jkr. Alhamdulillah urusan berjalan dgn baik dan lancar. Sebelum ini plumber yg dicdgkan oleh kenalan aku rasa sengaja utk mengenakan, kerja belum selesai namun sudah meminta bayaran. Bayaran yg dikenakan pula mmg bg aku harga yg tidak munasabah berdasarkan krja yg telah disiapkan. Mujurlah tuan punya banglo mmg seorg yg baik.

Aku kagun dgn kisah en.selamat, gagah dan cekal berulang alik bermotosikal lagenda 110. Aku pun kadang2 rasa lemah semangat sbgmana lagu xpdc semangat yg hilang kerana tekanan dan desakan hidup. Aku rasa seolah tidak bernasib baik, aku gagal dlm membina sebuah keluarga, aku jg gagal dalam sebuah kerjaya. Aku masih bersusah dan memaksa diri dengan pelbagai peluang utk dikejar.

Tidak lama lagi aku perlu cari tempat berteduh yang baru dan memulakan semula kitaran hidup yg lain.

"Itu bukan masalah i"
Kisah hajjah yg baru pulang namun auranya sgt negatif sehinggakan suasana yg ceria berubah menjadi menyendiri itu lebih baik. 

Aku fikir itulah aturan allah utk hidup aku. Baik perlu berpada2. 

Search This Blog