Wednesday, March 20, 2024

be ur self

Benar lebih baik sayangi diri
Drpd korbankan utk org lain
Manusia ada hati dan jiwa yg pelik
Mereka akan menyakiti sesama mereka
Sebanyak mana pun sehingga 
Kedana kau korbankan utk org lain
Sampai masa mereka mudah melupakan
Belajar dan belajar menjadi org sabar
Belajar dan belajar menjadi org yg tenang
Melupakan bukan mudah utk yg pahit
Tp melupakan kebaikan itulah 
Perkara paling mudah kita lupakan


Tuesday, March 12, 2024

sahur n pertama puasa

Alhamdulillah syukur. 
Walau ada rintangan
Itu juga ujian
Mungkin belum rezeki aku
Walau aku sedih
Tetap aku sabar dan percaya
Rezeki ada cuma kita usaha
Kita jatuh kita usaha lagi
Esok lusa kita selalu harapkan
Sesuatu yg baik2 utk kita tempuhi
Aku mmg emosi bahkan aku tetap
Ada emosi utk sbb aku 
Luahkan 
Isi hati ini
Hasrat dan maruah
Cahaya yg aku nantikan


Tuesday, March 5, 2024

celaka

Tiada kata dan perkataan dpt gambarkan betapa marahnya aku. Sedikit pun tidak dia tinggalkan utk aku merasanya. 

Monday, March 4, 2024

pahit

Berombak2 dadaku merenung skrin laptop. Satu persatu skrip dilayar aku amati. Indah sgt dunia mereka sehinggakan nama aku disebut menjadi bahan gurauan dan tidak memberi apapun makna dan tanpa ada rasa bersalah. Bahkan kewujudan aku terus dinafikan secara terangan dengan mengatakan tiada perlu kegusaran bahawa aku ini hanya manusia asing dalam hatinya. Aku boleh digantikan dan tidak layak utk dijadikan sbg seorg lelaki yg dimimpikan kewujudannya diatas muka bumi. Raut wajah ku tidak setenang dan semanis apabila dipandang. 


Ketenangan aku dan kesabaran aku juga tidak sesekali pernah diberikan pujian. Aku korbankan seluruh jiwa raga termasuk kehidupan aku sendiri. Betapa pahitnya sebuah kebenaran apabila dibukakan segala rahsia dan aib seorang manusia. Ada episod yg benar2 mematahkan hati dan kepercayaan aku. 

Aku diam, menepuk dan mengurut perlahan2 dada yg berombak. Ini memang sebuah kisah setia yg dibayar dengan penipuan yg nyata. Aku naif kerana percaya atas kebaikan dan kata2 baik yg aku sampaikan dapat membina sebuah hubungan yang tanpa kecurigaan. 

Rupanya seantero sudah mengetahui apa yg berlaku setiap hari dimeja kopi. Mereka berjanji utk tidak meninggalkan satu sama lain. 
" Dia ada jasa, tp hati ku sudah tawar"

Aku masih tidak percaya. Pahit dan sgt pahit utk aku percaya. Kesannya sgt dalam dan pahit. Mana mungkin aku boleh ditenangkan sebegitu. Melupakan sebuah kisah gelap. Aku rasa aku x mampu. Seumur hidup tidak pernah aku dilayan begini. Maruah harga diri, kasih syg aku direntap dan menjadi gurauan.

Kemaafan dan berdamai dengan takdir.  Aku serahkan dan aku berdoa jika itulah jalannya dan satu2nya jalan utk aku akhiri dan membawa perjalanan aku ke hujung nyawa. 

Aku sedar juga mudahnya kesetiaan itu boleh digunakan hanya dengan kata2 indah dan sogokan kebendaan. Sedangkan kata dorongan dan "4 roda" yg aku usahakan utk berdikari itu disalah gunakan. Bagi itu lebih bernilai sgt drpd semua.  Aku hanya seorg penulis sebuah kisah sedih yg tidak didendang itupun jika ada jasa yg tersisa 

Sunday, March 3, 2024

Search This Blog