Ketenangan aku dan kesabaran aku juga tidak sesekali pernah diberikan pujian. Aku korbankan seluruh jiwa raga termasuk kehidupan aku sendiri. Betapa pahitnya sebuah kebenaran apabila dibukakan segala rahsia dan aib seorang manusia. Ada episod yg benar2 mematahkan hati dan kepercayaan aku.
Aku diam, menepuk dan mengurut perlahan2 dada yg berombak. Ini memang sebuah kisah setia yg dibayar dengan penipuan yg nyata. Aku naif kerana percaya atas kebaikan dan kata2 baik yg aku sampaikan dapat membina sebuah hubungan yang tanpa kecurigaan.
Rupanya seantero sudah mengetahui apa yg berlaku setiap hari dimeja kopi. Mereka berjanji utk tidak meninggalkan satu sama lain.
" Dia ada jasa, tp hati ku sudah tawar"
Aku masih tidak percaya. Pahit dan sgt pahit utk aku percaya. Kesannya sgt dalam dan pahit. Mana mungkin aku boleh ditenangkan sebegitu. Melupakan sebuah kisah gelap. Aku rasa aku x mampu. Seumur hidup tidak pernah aku dilayan begini. Maruah harga diri, kasih syg aku direntap dan menjadi gurauan.
Kemaafan dan berdamai dengan takdir. Aku serahkan dan aku berdoa jika itulah jalannya dan satu2nya jalan utk aku akhiri dan membawa perjalanan aku ke hujung nyawa.
Aku sedar juga mudahnya kesetiaan itu boleh digunakan hanya dengan kata2 indah dan sogokan kebendaan. Sedangkan kata dorongan dan "4 roda" yg aku usahakan utk berdikari itu disalah gunakan. Bagi itu lebih bernilai sgt drpd semua. Aku hanya seorg penulis sebuah kisah sedih yg tidak didendang itupun jika ada jasa yg tersisa
No comments:
Post a Comment