Pengalaman menggunakan smart tag memang memberi kesan trauma. Pertamanya sesekali apabila smart tag gagal dibaca oleh pengimbas. Akibatnya terpaksa keluar daripada barisan dimana kereta belakang terpaksa memberi laluan. Dan kekerapan melalui pengalaman sebegini membuatkan kita merasa was-was apabila menggunakan smart tag.
Lanjutan daripada peritiwa tersebut, saya membuat aduan kepada touch n go. Dan mereka bersetuju untuk membaiki smart tag tersebut berdasarkan tempoh warranti masih belum tamat. Saya mengemukakan smart tag tersebut pada bulan Oktober 2009. Mengikut kata pegawai bertugas paling awal ialah selepas 3 minggu daripada tarikh baikpulih. Namun selepas 3 minggu tiada jawapan daripada pihak touch n go. Sehinggalah pada bulan Disember selepas 2 bulan, saya membuat susulan dan jawapan pegawai yang bertugas memberitahu smart tag masih belum diterima drpd vendor yg bertanggungjawab membaikinya.
Pengalaman menghubungi pegawai/hotline touch n go juga memberikan kesan negatif kerana kerapkali gagal dihubungi ataupun talian sibuk. Biasanya selapas mencuba 5-10 minit barulah ada pegawai yang akan menjawab. Ternyata perkhidmatan dan layanan yg diberikan terlalu buruk dan tidak melambangkan sebuah syarikat yang berdaya saing. Pelanggan pastinya akan bosan dan kecewa dengan servis hotline yang disediakan.
Berbalik kepada smart tag tadi, saya menghubungi kali kedua selapas seminggu mendapatkan jawapan, dan pegawai yang terbabit memberitahu jawapan yang sama namun dia menyatakan bahawa memandangkan saya telah menunggu lama, dia berjanji akan menggantikan dengan smart tag yang baru. Dan saya hanya boleh mengambilnya selepas 48 jam.
Pada 29 Januari 2010, saya menghubungi sekali lagi dan seperti biasa saya hanya mendengar suara mesin berulang2kali menyatakan operator yang bertugas sedang sibuk ditalian selama 10 minit barulah saya berjaya bercakap namun panggilan tersebut terputus tiba-tiba dan saya terpaksa menunggu lagi selama 10 minit.
Akhir selepas puas menunggu dengan sabar bercampur marah, saya bercakap dengan operator dan jawapan yang diberikan teramatlah mengecewakan. Operator tersebut memberitahu yang smart tag saya masih belum sedia untuk diambil dan saya hanya boleh mengambilnya pada hari Selasa 2 Februari 2010 kerana isnin cuti hari wilayah persekutuan.
Selepas 4 bulan saya datang semula ke syarikat/pejabat urusan touch n go di Taman Desa untuk mengambil smart tag seperti yang dijanjikan. Selepas menunggu 5 minit saya berjaya mendapatkan kembali smart tag tersebut. Dan saya terus keluar kerana trauma dengan sistem dan perkhidmatan smart tag. Tapi selepas saya pulang ke rumah baru saya menyedari yang smart tag yg diberikan tidak sama nombor siri dengan smart tag yang saya serahkan terdahulu. Dan smart tag tersebut lebih buruk fizikalnya berbanding dengan apa yg saya serahkan terdahulu. Semasa mengambil smart tag tersebut pegawai berkenaan memberitahu yang bateri terdahulu sudah lemah dan perlu diganti dengan yang baru. Namun selepas saya menggantikan dengan yang baru ternyata smart tag tersebut masih memberitahu bahawa bateri lemah/low.
Cukuplah pengalaman 4 bulan dan saya rasa trauma tersebut masih berlanjutan. Saya hairan kenapa smart tag yang diberikan tiada tanda2 smart tag tersebut telah pun diperiksa. Dan selepas menunggu 4 bulan masih terdapat masalah yang lain pula.
Sudahlah kita membayar dengan harga yang mahal untuk mendapatkan smart tag, kita juga membayar touch n go tapi seolah2 tiada apa keistimewaan padahal kita telah mendahulukan duit kita untuk suatu servis yang masih belum digunakan. Apa bezanya antara pengguna touch n go dan mereka yang mebayar cash? Sama kita juga membayar tol dengan harga yang SAMA cuma kita tidak perlu beratur tetapi (ditekankan sekali lagi)kita telah membayar terlebih dahulu semua perkhidmatan tersebut.
Agaknya inilah nasib kita sebagai pengguna biasa yang tiada apa2 kepentingan kepada syarikat mereka yang hanya mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Tetapi servis yang diberikan masih belum mencapai standard dan tahap yang biasa. (Apatah lagi tahap memuaskan).
Agaknya juga entah berapa orang yang mengalami nasib yang serupa seperti saya?
No comments:
Post a Comment