Thursday, August 26, 2010

parah

kereta overheat...n yang menyakitkan hati dan memburukkan keadaan baru jer hari tu turun engine n tukar engine...memang sakit hati..agaknya apa cubaan dan dugaan

Wednesday, August 11, 2010

ramadhan

bagaikan baru berlalu
kini bermula semula
semoga keberkatan
menerangi kegelapan
menyuluh cahaya ke jalan yang benar
mengukuh ketakwaan
menilai dan muhasabah diri
agar lebih berdisiplin
tidak lagi hanyut dibuai
mimpi mimpi dunia yg lalai
bersama-sama menuju kejayaan
ramadhan sesungguhnya
ada aura dan kekuatan

Monday, August 9, 2010

Saturday, August 7, 2010

Pokok Beracun


Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian
sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh
membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa
pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya
racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke
dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah teru tam a yang berumur 1 tahun ke 3 tahun
yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda
letak diruang tam u atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan
serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian
kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara
mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai
pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan
Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau
selalu diletak di kawasan taman awam.

bukan sumpah keramat

aku pernah bersumpah
inilah kali akhirnya
tapi aku juga pernah bertekad
mungkin ini yang terakhir

aku pernah berkata pada diri
aku menyesal kerana
apa yang aku korbankan
sia sia belaka

aku pernah menyumpah
memang sampai bila-bila
aku takkan hulurkan simpati
walau apapun yang berlaku
itu hanya menyiram air kedalam longkang
langsung mengalir terus
tanpa apa-apa faedah

memang benar aku bersumpah
tapi senantiasa sumpahku palsu
sekadar menanam tebu dibibir
tiada kesinambungan

apa yang aku dapat?
apa yang aku korbankan?
semuanya sia-sia belaka

kalau sekadar ingatkan
tanah sekangkang monyet
yang nak dijaga

sampai bila-bila aku akan terus menyumpah
menyampah!!!!

Friday, August 6, 2010

nasi lemak rm4.00

Patutla
gelangnya emas besar
sengaja ditunjukkan
dikat rapi di atas lengan
manakala lengan bajunya pula
terikat kemas dibawah kilauan kuning

ku kira2...
entah berapa orang lagi
yg terasa seperti ku
ataupun aku hanya yg terlebih perasan
dan sensitif

didepan ku seorang pekerja buruh
mengira-mengira bungkusannya
dengan pantas wanita bergelang emas itu menyatakan
rm9 utk 2 bungkus nasi lemak dan
rm2 utk kuih muih
wahwahwah meniaga nasi lemak
lebih untung daripada meniaga restoran
tiada pekerja tiada sewa bulanan
tiada bil api tiada bil air
tiada permit

bungkusannya???
cukuplah sekadar dengan daun pisang
bersama-sama surat khabar lama
memang cukup jimat

cukuplah sekali...
nasi lemak ku berlauk kerang sahaja
hanya rm4

apa nak kisah!!
esok lusa ada lagi pembeli

mereka tak kisah pun (cukup......cukup)

Sunday, August 1, 2010

pening

Tiba-tiba kepala terasa berat menekan
memual rasa bagaikan sesuatu
nak muntah

berhenti seketika di tol duta shell
menyegarkan badan dan membasuh muka
namun semakin kuat perasan loya

akhirnya bagaikan ditarik-tarik dada ini
meluahkan isi perut kuning
air jus oren yang ku minum pagi

badan berpelub dan jantung berdegup kencang
panas mula menyelubungi diri
ku pandang sekeliling

aku di tepi guard rail sambil memangku diri
memandang jauh ke gaung ditepi jalan
sambil kereta bergerak pantas

berkelip-kelip mata cuba mencari kekuatan diri
aku hidupkan engine motor
bergerak perlahan-lahan menyusuri jalan dengan perlahan

perasan tadi menjelma semula
dengan pantas aku merapati laluan kecemasan
segelumpangan air terkeluar laju dari mulutku

lemah tidak berdaya
apa yg aku ingatkan ketika ini
ialah mahu segera pulang
dan baring di atas tilam

dada berombak-ombak.......

Search This Blog