Patutla
gelangnya emas besar
sengaja ditunjukkan
dikat rapi di atas lengan
manakala lengan bajunya pula
terikat kemas dibawah kilauan kuning
ku kira2...
entah berapa orang lagi
yg terasa seperti ku
ataupun aku hanya yg terlebih perasan
dan sensitif
didepan ku seorang pekerja buruh
mengira-mengira bungkusannya
dengan pantas wanita bergelang emas itu menyatakan
rm9 utk 2 bungkus nasi lemak dan
rm2 utk kuih muih
wahwahwah meniaga nasi lemak
lebih untung daripada meniaga restoran
tiada pekerja tiada sewa bulanan
tiada bil api tiada bil air
tiada permit
bungkusannya???
cukuplah sekadar dengan daun pisang
bersama-sama surat khabar lama
memang cukup jimat
cukuplah sekali...
nasi lemak ku berlauk kerang sahaja
hanya rm4
apa nak kisah!!
esok lusa ada lagi pembeli
mereka tak kisah pun (cukup......cukup)
No comments:
Post a Comment