aku pernah bersumpah
inilah kali akhirnya
tapi aku juga pernah bertekad
mungkin ini yang terakhir
aku pernah berkata pada diri
aku menyesal kerana
apa yang aku korbankan
sia sia belaka
aku pernah menyumpah
memang sampai bila-bila
aku takkan hulurkan simpati
walau apapun yang berlaku
itu hanya menyiram air kedalam longkang
langsung mengalir terus
tanpa apa-apa faedah
memang benar aku bersumpah
tapi senantiasa sumpahku palsu
sekadar menanam tebu dibibir
tiada kesinambungan
apa yang aku dapat?
apa yang aku korbankan?
semuanya sia-sia belaka
kalau sekadar ingatkan
tanah sekangkang monyet
yang nak dijaga
sampai bila-bila aku akan terus menyumpah
menyampah!!!!
No comments:
Post a Comment