Monday, November 25, 2019

rokok berjemaah

penjara

Dia suka berjanji dan berjanji, merayu dan merayu untuk kepentingan diri, entah berapa kali aku diperdaya dengan janji dan harapan palsunya. Pandai dia berlakon

Thursday, November 21, 2019

iri hati jd dendam

Iri hati merupakan sesuatu yg sgt memberikan kesan yg sgt panjang. Lukanya akan jd dalam dan kerana itu juga sebuah kesabaran boleh hilang dan bertukar dendam. Aku fikir itulah yg aku lalui pada saat dan ketika ini. Ya, hari ini ada yg persoalkan kebaikan2 yg pernah aku hulurkan kerana aib dan sebuah dosa yg aku cetuskan.

Bgmna mungkin sebuah hubungan dpt bertahan jika semua perkara diambil serius dan dijadikan dlm kira2 dr sekecil perkara hingga sebesarnya. Sedangkan kebaikan2 dan perubahan yg aku bw hanya dipandang sepi. 

Aku berfikir hari ini, utk apa aku pertahankan tuduhan2 yg baru aku sedar tiada gunanya utk aku buktikan apa2. Mereka tidak pernah peduli pun. Sebesae zarah buruk aku juga yg dibesarkan dan disampaikan kpd semua.

Biarlah dendam itu aku simpan kerana mbuang masa utk aku melayan emosi dan hidup dibawah pengaruh emosi mereka. 

Aku terasa ?mungkin dulu tp hari ini tidak lagi. Wallahualam

Tuesday, November 19, 2019

nilai diri untuk sebuah harga

Samada teruskan berubah ke satu fasa yg baharu ataupun kekal sama dan cuba mengubah persepsi orang. Aku dalam fasa keliru antara ihsan dan kasih sayang. Pasti dalam keputusan ini ada jiwa yg bakal beremosi.

Disuatu nilai, aku mmg telah ditetapkan sbg insan yg bukan sempurna sepenuhnya. Cuma aku berusaha mengisi kekosongan ketidaksempurnaan itu namun tetap lompong. Yg lompong itu masih kekal menjadi ukuran mengatakn aku tidak bertanggungjawab dan berusaha sepenuhnya 

Tetapkan nilai kita dengan meninggalkan pada mereka yg tidak menghargai usaha dan kudrat lelah. Aku katakan mmg aku bukan sempurna. Aku juga tidak salahkan kelopongan org lain utk aku jadikan sebab dan menuding jari. Walaupun aku bertahan lama kelmaaan kadar ikhlasku berkurangan. Akhirnya membuak pula menjadi trauma emosi menjadi mudah sentap dan terasa hati. Mereka memang tidak akan faham mengatakan aku terpedaya dengan rayuan dan berubah hati.

Kekuatan itulah yg aku cari yg aku fikir pada satu ketika aku membuat keputusan yg betul. Rupanya kaedah aku salah dan keadaan menjadi semakin teruk dan celaru. Sungguh aku serabut dgn perasaan dan emosi.

Aku sudah cukup dewasa kah untuk mengubah tradisi ini, bahkan akan mengundang sebuah palitan hitam dlm hidupku ini. Tidak pernah dibuat keturunanku begitu. Benarkah aku gila pada itu? Hakikat sebuah hubungan.

Aku benar2 bukan dan masih keliru.

Thursday, November 14, 2019

bila sabar dihujung usia

Aku hanya tunduk diam dan masih lagi termangu dengan peristiwa tadi.
"Babi..."tanpa diduga mak tiba2 menjadi hilang sabar mungkin kesan dgn kata2 aku yg mengatakan mak tamak dengan harta.
Tudung saji itu meluru ke arah aku langsung menghentam cawan lalu jatuh berkecai di atas lantai. 
"Babi.." aku hanya diam. Reaksinya benar2 diluar jangkaan aku. 
Kepala aku juga menjadi serabut. Dalam masa yg sama ada juga kerja yg perlu aku teruskan. Semoga kekuatan itu terus mekar dan tidak mengalah dipertengahan jalan.


Wednesday, November 13, 2019

Bila kita berfikir

Hmm, kunci pula dr dalam. Sudah 3x aku mengetuk pintu dan memberi salam.
Aku langsung ke motorsikal dan meninggalkan rumah dengan sedikit sedih kerana tidak dpt berjumpa dgn anakanda.

"dia bg ko makan"
Aku cuba memekakkan telinga dengan menguatkan volume handphone. Pedih terasa dengan tuduhan kata2 tersebut. Aku cuba bertenang dengan memandang shj ke hadapan memandu dengan kadar kelajuan yg masih lojik dan waras.

Maafkan abah anakanda.


Search This Blog