Aku tersedar apabila cahaya matahari mulai masuk ke dalam bilik. Memang memenatkan perjalanan semalam, dari cyberjaya ke nusajaya. Berkenalan pula dengan seorang arkitek yang ada pelbagai cerita dikongsikan. Kami berborak sepanjang jalan. Cuaca juga sangat baik tidak panas, redup sepanjang jalan.
Rupanya nusajaya masih dalam Fasa 1. Kami hanya membungkus makanan dari cafe staff dan makan di dalam kereta. Ayam masak merahnya terasa lebih sos berbanding pedas cili. Tetap licin aku habiskan dan selera lapar perut walaupun sebenarnya aku on diet. Kerjanya tidaklah sesukar mana, hanya mengambil gambar tapak cadangan dan ukuran struktur sediada.
" Dah terkopak dan makan luar tayar belakang ni"
"Tayarpun dah habis bunga, elok tukarlah"
Perkara pertama yang aku tegur apabila melihat tayar belakang yang sbnrnya eloklah diganti baru memandangkan kereta pun digunakan untuk perjalanan jauh.
Bhgn 2
Minyak cukup-cukup untuk perjalanan balik dan aku merancang untuk mengisi di shell cyberjaya berhampiran andorra. Malang juga aku hari ini kerana lampu motorsikal tidak berfungsi, aku nyalakan lampu signal berkelip agar dapat memberi alert pada pemandu lain. Perut berkeroncong dan lapar juga, aku fikir eloklah aku singgah direstoran untuk mengisi perut sebelum balik ke rumah.
Selepas mengisi minyak yang sebenarnya aku dah tersesat berpusing di putrajaya, memang jalan pun gelap, lampu tidak berfungsi, jadi tidak berapa jelas papan tanda jalan. Namun ada juga hikmahnya aku dapat mengisi minyak di petronas putrajaya. Jalan keluar sekali lagi aku tersesat, silap masuk susur dan akhirnya aku masuk semula ke jalan cyberjaya tadi, jalan yang sepatutnya aku nak lalu semasa perancangan awal tadi.
"Sup daging, kailan ikan masin dan teh o halia kosong"
Pelanggan tidak terlalu ramai, masih banyak meja yang kosong dan susunan pun ada penjarakkan yang baik mematuhi SOP. Beberapa hari lepas aku lalu di depan kedai mamak, pelanggan penuh sesak dan langsung tiada penjarakkan yang jelas antara pelanggan.
Selesai makan, aku terus pulang dengan kepenatan dan kepala yang pening.
Aku terus membuka tudung saji apabila sampai dirumah. 5 ekor ikan cencaru DEWASA hanya sedikit yang terusik. Selalu aku bertanya pada diri; "hmm untuk siapa sebanyak itu?"
Bhgn 3
'Langsir ini I beli kat nilai 3"
Pantas sahaja reaksinya mencabut langsir kerana sengaja untuk menyakitkan hati.