Sekadar mencoretkan sebuah memori, utk diabadikan suatu masa akan datang dr persepsi aku yang datang melihat kesan banjir yg membuatkan kita panik dan tertanya2 apakah sbnrnya yang bakal berlaku dan dimana kita akan bergerak.
18 dec 2021
Jumaat itu hujan mmg turun tanpa henti, aku sbnrnya dah membuat temujanji dgn hafiz swift, namun di saat akhir hafiz maklumkan kolej tutup ada kes positif covid 19. Sebelum aku bergerak mmg aku lihat pg itu langit mendung, sehinggalah menjelang jam 10 hujan mula turun perlahan2.
"acad kena covid, ada budak yg tumpang rumahnya tu positif"
"ko ada jumpa acad x?"
Aku pun risau juga jika hafiz positif sama. Selepas selesai tukar fius yg terbakar aku pun bergerak pulang dan hujan semakin lebat.
hujan berterusan hingga ke malam. Lebih kurang jam 10mlm abah telefon.
"Esok boleh x bw abah g kenduri?'
"Ehh, esok ye. Ingatkan minggu satu lagi", aku mati2an ingatkan majlis itu minggu hadapan. Tidak sangka pula abah ada sedara menetap di daerah kajang ini.
"Insyaallah, esok abah dtg jam brp?, ke nak datang klang ambik?"
"X payah ambik, abah kesana."
Aku sebenanrnya dah terlelap tadi, tiba2 muhd memanggil2 nama beritahu atuk telefon.
No comments:
Post a Comment