Tuesday, December 7, 2021

tawaran disebaliknya penuh tersirat

 "saya sampai dalam jam 430-445pm insyaallah"

Aku balas pesanan ws SS, sedangkan smlm aku dah maklumkan yg aku paling terawal pun sekitar jam 330pm. Penat sbnrnya menguruskan waktu tghari utk sediakan menu makan dan persediaan pula ke sekolah petangnya. Aku singgah tadi ke restoran mamak TTDI, aku memilih menu kesukaan muhd ayam madu manakala utk aisy aku bungkuskan nasi beriani ayam kicap.

SS sudahpun tidak sabar utk berbicara dgn ku, aku ketuk perlahan2 pintu kayu kerana aku rasakan loceng yg aku tekan itu tiada respon dan senyap sahaja. 

"Saya dah nak balik dah.." seloroh SS, aku hanya tersenyum dan jangkakan dia cuba bergurau. Khhn sudah tiada, mungkin dia ada urusan lain.

Aku terus mencari lukisan RSKU dan menyusunnya di atas meja termasuk dgn dokumen yg perlu aku serahkan ke arkitek.

SS bangkit dan menconteng ke papan putih. Halus tulisannya dan senget dan aku sukar utk membaca. 

"Ini sy senaraikan projek2 di bawah skaz"

"Apa pendapat u, samada nak kekal opis di sini o u nak cari opis lain yg dekat dgn umah?"

Aku terkejut juga soalan yg dilontarkan, "Bagi sy apa yg ada skrg cukup sempurna cuma saiz opis tu sy tidaklah memerlukan ruang yang seluas yg ada skrg, maybe boleh bhgkan separuh shj utk operasi manakala separuh lg utk muhd'

Aku juga nytakan eloklah muhd dan skaz tidak berkongsi ruang pejabat yg sama sbb aku rasa tidak selesa apabila berkongsi ruang dgn anaknya.

"Selain tu, bila u boleh full time dgn skaz?"

Kami terus berbual dan sebenarnya SS byk bersembang dan meluahkan. Pokoknya dia sndiri yg mencari masalah dan beban. Aku baru sedar tujuan full time itu bukannlah utk aku kembali semula dan membuat penjenamaan semula skaz baru, rupanya SS nak melepaskan semua termasuk urusan admin. Dan beliau meletakkan syarat yg anaknya perlu ada sbg proxy.

Aku memutuskan lebih baik dibuat satu pembentangan cadangan drpd beliau dan aku juga perlu berbincang dgn Khhn kemana sbnrnya hala tuju dan masa dpn. Aku lebih risaukan nhj.

Rupanya aku sesuatu disebaliknya. Begitulah SS. Aku juga tawar hati utk meneruskan hasrat.



No comments:

Search This Blog