Monday, May 22, 2023

titian perjalanan

 







Sunday, May 14, 2023

kasihan

Jika seseorg gelarkan kamu sbg parasit bermakna jgnnlah kamu toleh lg dan memberikan ihsan pdnya. Kamu selayaknya ditempat lain utk org yg memerlukan kamu. Jgn ragu2 tetapkan hati dan iltizam kamu juga perlukan hidup bukannya lg utk menceritakan pengorbanan dan kebaikan kamu. Itu tiada gunanya. Dan jangan lagi kamu berikan kebaikan kamu lg padanya. Cukuplah atas layanan buruk yg kamu terima bukanlah baru semalam bahkan sudah bertahun lamanya, dia hanya menggunakan kamu utk kepentingan hidupnya. 

Saturday, May 13, 2023

mententeramkan

"mak mana pisau kecik"
" Sibuk nak tanya mak tgh makan" ehh ada pula yg menyampuk bersuara. 
"Td pdr pinjam"
Pelik pisau pun nak pinjam. Dahla bukan beritahu dgn aku. Apatah lagi keluar masuk rumah sesuka hati mcm aku ni x wujud dlm rumah, dan spt aku pula yg menumpang.

#2
"Beli baju lain, baju ni dah rosak."
Dicampaknya begitu shj langsung tiada rasa takut apatah lg hormat. 
Aku diam menahan marah. Td tiba2 masuk bilik ditutupnya laptop dan membebal alasannya muhd xde keje lain mengadap laptop. Padahal muhd tgh xcited buat design baju utk jersey. Manusia xde otak dan ihsan.
Masa aku menulis ni dada aku mmg tgh panas. Aku cuba kawal sebaiknya. 

#3
RM 19 cik.
Aku buka wallet alangkah terkejut cuma ada rm20 sahaja. Aku yakin ada rm30 dlm wallet ,kali akhir aku bayar di kedai mamak tadi rm21.30 dan ada baki rm30.


Thursday, May 11, 2023

hargai

Apabila dia sudah tiada samada kau akan merindui keberadaannya ataupun sebaliknya. Bila diri kita tidak dihargai kenapa perlu utk susahkan menahan diri untuk pergi.

kekayaan yg merencatkan

Sbg ibu bapa adakah segala yg anak itu mahukan perlu dituruti?sehinggakan tiada lagi impian dan anganan yg menjadi pendorong utk anak2 berusaha. Sbbnya apa shj yg terlintas dlm fikiran mrk pasti ibu bapa akan tunaikan. Generasi yg dimanjakan.

Sunday, May 7, 2023

luka dijari

Anakanda 
Sungguh telah abah katakan hati2 
Pisau itu tajam
Jgn dipaksa 

Anakanda
Abah bukan marah 
Tidak juga salahkan 
Tp abah juga kesal
Kerana anakanda tidak mahir 

Anakanda lelaki
Kena mahir utk diri 
Kena sentiasa bersedia

Lambat laun anakanda akan faham
Mmg luka itu sakit anakanda

Jgn putus dan serik
Terima kasih atas hadiah dan ingatan anakanda
Abah sygkan anakanda

titian perjalanan

Kita akan senantiasa diuji samada baik dan buruk. Yg buruk akan jadi pahit dan susah utk dilupakan. Aku sering bertanyakan pada diri sendiri merenung dan menahan dada berombak kesakitan. Sakit apabila ingatan diterjah dgn kisah pahit yg sepatutnya ditanam jauh utk hilang dr ingatan.

Kita akan merasakan aku lah yg terbaik dlm berusaha untuk menjaga hati, serba serbi yang aku juga sedar mungkin dipandangan hati org lain hanya biasa2. Sakitnya apabila ada yg bermain2 dan kebiasaannya mmg aku akan berputih mata dan kecewa. Jujur aku juga sgt kecewa dan tawar hati. 

Tawar hati dgn ihsan dan kasih syg yg perlu ada pembuktian kesungguhan dan persaingan dan akhirnya uang juga menjadi aras sesuatu utk menunjukkan kemenangan, walaupun semua org tahu kepalsuan uang itu boleh dicipta kerana uang itu akan habis juga. 

Aku hanya ada kenangan manis tp syg beransur dipadam diantaranya dgn kenangan pahit yg menghitamkan keseluruhannya. 

Lesu walaupun aku tahu ada tugasan yg belum selesai, ada beban dibahu yg tidak boleh aku tinggalkan. Ada janji juga yg belum dipatuhi. 

Esok, sungguh aku tidak tahu, ragu2...aku tidak mampu dan mampu aku juga yg tentukan, yg pasti semangat aku lelah serba serbi. 

Offdata seketika. Dari semua.(itu hanya kepalsuan)

#jarilukakeranapisaulipat
#kisahklassikutkmasadepan
#anakanda




apabila kuda merajuk

Puncanya temp dimeter menyala dan beri amaran. 

raya ke3 ke pahang

Malam itu aku hantar dulu anak2 memandangkan mereka tidak dapat ikut bersama kerana ada perancangan lain bersama dgn ibu mereka. Slps itu singgah ke tesco setia alam untuk mengambil kereta sewa, yaris standard. Aku sempatla merehatkan mata 3jam sedikit lebih kerana nak bertolk awal sebelum subuh.

Kami bersolat subuh di petronas nkve, 3 kereta yg bakal berkonvoi kesana nanti. Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami pun berehat utk bersarapan di rnr temerloh sememtara menunggu radhi td terpaksa berpatah balik kerana tertinggal wallet. Dlm 40min mereka pun tiba, alhamdulillah makan nasi goreng dan ikan masin mmg selera dihari raya ke 3. 
Ini kali ke 2 dlm tempoh 6 bulan aku ke cini, sebelum ini menemani abah. 

Walau hari ke3, namun suasana di sini tidaklah begitu meriah, tidak lama kami sampai ada tetamu dr penduduk setempat dtg menziarah. Mungkin hari raya bukanlah sesuatu yg aku sgt tunggukan bahkan aku tidak suka mengenangnya kerana byk perkara pahit dan serik utk aku fikirkan.



Kami bergerak slps zuhur lebih kurang jam 2pm. A.andu cadangkan balik ikut jalan dlm dan keluar ditemerloh. Perjalanan balik aku ambil alih sbg pemandu utama. Jalan yg aku ambil ni agak sunyi dan hanya dikelilingi pokok2 dan kami menyusuri sepanjang tepi sungai. Cuaca redup dan hujan skjp2. 

Kami berehat skjp ditemerloh utk meregangkan kaki dan badan. Aku singgah jg utk lihat jika ada kudapan namun harganya agak mahal. Ketika ini hujan agak lebat. 

Radhi katanya gerak lambat sbb nak menghilangkan mengantuk jd kami bergerak terus menuju ke kuala lumpur. Tidak smpai 15min kereta mulai perlahan dan sgt perlahan. Mata aku ni pun mulai berat dan mengantuk, aku minta afif gantikan sementara. Mmg jem teruk kami sampai di genting sempah dah lewat dan gelap. Ikutkan sepatutnya jam 7 kami dah sampai diklang. Kami bersihkan diri dan aku pandu semula kereta dan selepas berfikir dan berbincang kami ambil keputusan ikut jlan gombak lama utk pintas kesesakan trafik.

Mmg lancar pemanduan cuma suasana sgt gelap dan jalan juga kecil dan byk selekoh. Kami melalui kg org asli. Ada ketika ada lori simen dan merencatkan perjalanan namun dia mengalah dan memberi laluan utk kami.

Syukur kami buat keputusan yg betul. Kami singgah solat di shell bukit raja dan meregngkan semula bdn yg lama duduk dan stress kerana trafik jem. Kami sampai jam 930mlm dibukit raja. 

Malam tu abah belanja makan direstoran hakim. Alhamdulillah perjalanan yg pelbagai ranjau namun selamat dan selesai segala urusan. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Shrmzb

nanti singgah mrdiy abah

Tq anakanda.

Search This Blog