Monday, September 23, 2024

bila harap pd org

Kita rasa kebaikan kita pd org akan dibalas dgn baik , kita harap pengorbanan pd org juga kita akan diingati dan diberikan kebaikan atas pengorbanan yg sama.

Keduanya aku dah rasai dan hasilnya?
Jawapannya tidak, org ialah sejenis makhluk yg ada akal tp selalu gagal dpt menggunakan sebaiknya. Bahkan aku dikhianati bulat2. Silapnya aku plak yg merayu simpati. Kalaulah bisa aku undurkan masa.

Seperkara bukan semua masalah kita org suka mendengar. Sebaliknya akan dibalas dgn typical word " penat dgn manusia sekeliling".
" Sy tawar hati"
Gelakkan diri kerana percaya membabi buta.
"Hahahahahaha"

Friday, September 20, 2024

bukan suka dan duka

Rutin harian setiap awal pg subuh aku dah bergerak, lengang kenderaan agaknya ramai bercuti dlm musim cuti penggal persekolahan. Dan walaupun 3_4min tp kesannya jelas dipenghujung dimana 25min sampai didestinasi. Subuh pun lebih awal 5min dr jam 6pagi. Suasana subuh hening sedikit panas cuaca terganggu dgn kegilaan manusia yg dibawah emosi mental tiba2 mengetuk tong sampah dihadapanku. Bertopi dan rambut panjang mengomel bahasa yg tidak difahami.

Kegusaran aku melihat angka baki duit yg ada dalam simpanan. 

Pg ni jg aku ada janji dgn brahim utk uruskan dokumen iwk. Perut aku pula memulas2 walaupun sudahpun aku lepaskan diawal subuh td. Akhirnya aku fikir lebih baik singgah sebentar kerumah lebih selesa utk tunaikan hajat.

Dokumen2 utk permohonan ke iwk aky telah kemas dan susun2 utk brahim bw ke senawang nanti.

"Gi, ni ada utk ko"
Dia mengambil bungkusan plastik diblkgnya.
Aku sgt gembira dan berbesar hati dia belikan aku sejadah yg cntik dr sana. Mmg sedikit pun aku tidak menyangka. 
Ada insan yg menghargai kita. 

#bhgn bukan suka

hidup ini ujian dan ujian dan ujian selagi kita diberikan nyawa. Bila ada manusia yg tidak bersyukur dgn nikmat yg ada dimukabumi. 

"Abah kena lawan jgn berdiam"


Sunday, September 15, 2024

mimpi exam

Aku terjaga 445am, lampu bilik masih terang, ayat quran yg aku pasang dilaptop telah sepi. Anehnya mimpi aku. Aku brahim, fendi dlm bilik kuliah. Sedang mengambil exam utk kertas pendidikan jasmani. Semalamnya aku langsung tidak sentuh dan baca utk persediaan peperiksaan. 

Terkebil2 aku melihat soalan, aku selak dan baca, langsung aku tiada ilham utk menjawab. Aku pandang brahim dgn harapan dia bg aku melihat jawapan. Pengawas hanya duduk dihadapan. Walaupun aku cuba dan brahim seolah merestui perbuatan aku tp aku x nmpak apa yg brahim tulis. 

Masa semakin suntuk, pengawas mulai bangun dan mmberi isyarat masa sudahpun tamat. Hanya 2 org yg masih belum kemukakan kertas jawapan termasuk aku. Aku memanggil fendi tp dia hanya berikan reaksi lemah dan acuh shj 

Aku kehadapan dan terus menghantar kertas jawapan yg kosong.  Dan aku pun terjaga.


Saturday, September 14, 2024

basuh juga

Sekian lama tertangguh akhirnya td aku singgah eco beli baldi kecil dan sponge. Kononnya berhajat basuh dikedai tp keadaan yg agak kurang ada ni elokla gunakan kudrat yg ada. Cuaca pun baik cerah sepanjang hari.

bundle kasut

Monday, September 9, 2024

Monday, September 2, 2024

semalam dan esok

Susahnya nak melupakan...mata pula xmau lelap

Sunday, September 1, 2024

pasar malam

Aku bw muhd ke pasar malam, tanyakan dia apa yg ingin dibeli. Sampai ke hujung masih belum ada. Hari ini jg seolah ramai yg masih bercuti hari kemerdekaan. Kata seorg ustaz pemegang kunci ke soorga majoritinya tidak bersolat subuh. Bila tidak bergaul dgn org awam mudahla kita buat telaan dan menulis pula didepan pc. 

Aku tertarik dgn pecal yg kebetulan ada dijual, muka penjual nmpk bukan org tempatan tp kerana teringin aku pun order 1 bungkus.

" Berapa ye" sambil aku menghalakan hp ke qr barcode.
"7 ringgit"
Terkejut aku dan secara spontan aku memegang dan menimbang2 berat pecal td dgn tapak tangan. 
Melampau mahal dan itu mungkin pertama dan kali terakhir utk aku membeli.


Search This Blog