Friday, January 29, 2010

TEKUN

http://www.malaysiawaves.com/2010/01/pengalaman-saya-meminta-pinjaman-tekun.html

Saya didedahkan dengan skim TEKUN NASIONAL apabila saya menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Muslim Malaysia. Dalam program tersebut, ada satu sessi dimana para peserta dapat menemui wakil-wakil dari beberapa badan Kerajaan yang dikatakan mampu memberi bantuan kewangan kepada usahawan-usahawan Bumiputra untuk memulakan perniagaan.

Salah satu dari wakil yang datang adalah wakil dari TEKUN NASIONAL. Setelah berjumpa maka boring TEKUN diberikan kepada saya. Wakil TEKUN memberitahu bahawa borang tersebut mesti disahkan oleh Wakil Rakyat kawasan yang kita tinggal.
Kemudian saya beritahu, wakil rakyat saya adalah Sivarasa Rasiah dan Dr Nasir. Wakil TEKUN lantas menjawab, saya mesti cari wakil rakyat dari BN bukan pembangkang. Saya balas, di Selangor, pembangkang adalah UMNO dan BN. Kerajaan adalah PAS, PKR dan DAP. Wakil TEKUN tu berubah muka sebab tersilap cakap. Beliau lantas berkata, kena juga cari pengesahan dari wakil-wakil rakyat UMNO atau BN.

Seminggu selepas itu, saya bercadang untuk menghantar borang permohonan saya ke TEKUN. Saya lantas menalipon nombor TEKUN. Saya kata saya sekarang berada dalam kawasan Subang. Di mana saya boleh hantar Borang TEKUN saya. Telefonis TEKUN itu berkata pejabat terdekat TEKUN di Kawasan Subang adalah beralamat di :


No 10, Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara, 47000, Petaling Jaya Selangor.

Saya pun pergi mencari alamat tersebut, dan saya pun jumpalah pejabat TEKUN NASIONAL SUBANG. Pejabatnya seperti di bawah:

Saya terus koyak borang TEKUN yang saya dapatkan Wakil Rakyat Pembangkang untuk tandatangan tu. Saya kata sampai kiamat pun permohonan saya takkan diluluskan.

DUIT TEKUN DAH JADI DUIT UMNO

Oleh kerana TEKUN NASIONAL menyediakan sebuah program yang dijalankan oleh UMNO, maka sudah tentulah hanya orang UMNO sahaja yang diluluskan permohonannya.

Maklumat yang saya dapat, peruntukan TEKUN ni rata2 pergi pada ahli2 dan aktivis2 UMNO terutamanya pemimpin mereka di peringkat Cawangan dan Bahagian. Ini berlaku dengan begitu meluas terutama di negeri2 yang mereka kalah. Inilah sumber kewangan kepada “grass-root” UMNO untuk menaja serta menjalankan aktiviti mereka. Juga, untuk mereka mengkayakan diri mereka dengan duit rakyat

WOII UMNO, DUIT TEKUN TU DUIT RAKYAT BUKAN DUIT UMNO

Sekali lagi terdedah TEKUN ni contoh bagaimana UMNO memfaraid duit rakyat kepada geng2 UMNO sahaja. Tak heranlah DAP pun komplen pasal TEKUN. (Klik di sini)

Dan “Otai” untuk TEKUN ni adalah Noh Omar. Dia ni Timbalan kepada Khir Toyo al Disneyland. Kalau ketua dah hancur, Timbalan dia lagi teruk.

Ini jugalah salah satu sebab utama ekuiti Melayu tidak dapat mencapai 33.33% walaupun setelah 40 tahun DEB berjalan. Segala kekayaan negara masuk dalam poket UMNOPUTRA dan Kroni2 mereka.

Patutlah orang Melayu pun nak tinggalkan Malaysia untuk cari penghidupan yang lebih bermakna.

Tulang Besi

Monday, January 25, 2010

Selamat Bertunang

Tanggal 23 Januari 2010 bersamaan 7 Safar 1431H adinda Helmi selamat bertunang bersama puteri pilihan hatinya. Semoga Allah memelihara perhubungan kalian berdua sampai selamat diijabkabulkan. Insya Allah

Thursday, January 21, 2010

Menggila

Orang gila kerana harta
ada yang menggila kerana kuasa
Pabila syaitan merasuk
memenuhi darah-darah diri
itu rasukan syaitan
Manusia menjadi menggila
Lupa diri akal entah kemana
Iman luntur tercampak
Hilang timbangrasa hormat

Maruah bagaikan digilai
tiada harga hilang hormat diri

Manusia menggila kerana apa?
Harta dicari pasti tergadai
ditelan masa
Kuasa dicari akhirnya tenggelam
dimakan lautan mati bagaikan firaun


sabar, sabar , sabar
kerana sabar separuh iman

Saturday, January 16, 2010

My fish

Memang aku menjangkakan sesuatu yang pelik terjadi pada ikan merah peliharaanku. Mlm semlm aku lihat dia agak lemah dan hanya duduk menyendiri dibwh lindungan pokok plastik. Pabila ku berikan makananan dia melonjak naik ke atas namun tidak stabil seperti selalu, badannya agak mengiring ketepi. Malam ini, pulangnya dari Jeram ku lihat ikan merah ku sudah terkapar kaku di dasar akuarium. Sad but true..

Saturday, January 9, 2010

Piala Sumbangsih

Liga Super memulakan tirai 2010 dengan pertemuan tumpuan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan selaku juara Piala Malaysia dengan Selangor selaku juara liga tahun 2009.

Pada separuh masa Negeri Sembilan mendahului melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti dan ditanduk masuk oleh Idris Karim menewaskan pemain pertahanan dan penjaga gol Selangor. Selangor yang menurunkan pemain-pemain baru antaranya Faderin Kadir, Liew Kit Kong, Safiq Rahim dan Assaruddin Putra. Namun gerakan-gerakan kurang bertenaga dan dua percubaan dari luar kotak penalti melalui Faderin berjaya digagalkan oleh penjaga gol lawan.

Lewat separuh masa kedua, Selangor membawa masuk R.Surendran dan Amirul Hadi. Ternyata membawa kesan terutama kepada bahagian midfield dimana Amri bertindak selaku midfield dan Safee berganding bersama-sama R.Surendran.

Selangor berjaya menyamakan kedudukan melalui gerakan menarik R.Surendran menewaskan 2 pemain pertahanan sebelum melorongkan bola kepada Safee dan menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan. Selepas itu, hasil gerakan menarik R.Surendran mengarahkan bola kpd Safee dan membuat hantaran silang dan disempurnakan dengan cantik oleh R.Surendran untuk gol kemenangan Selangor.

Wednesday, January 6, 2010

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama

Nur Aisyah memulakan persekolahannya hari ini.

Sunday, January 3, 2010

Tahun Baru

Secara sedar ataupun tidak blog ini telah melalui beberapa peristiwa dan sejarahnya yang telah tercatit. Begitu mudah menoleh semula meninjau ke masa silam hanya sekadar klik pada arkib blog untuk mengetahui dan mengingatkan kembali kenangan dan peristiwa yang pernah dilalui tetapi telah ditinggalkan menjadi kenangan.

Harapan begitu banyak menggunung dan tersimpan dalam angan-angan yang senantiasa menghantui perjalanan hidup. Semuanya tertumpu bagaimana untuk meningkatkan ekonomi, akal senantiasa berpusing-pusing memerah otak yang kadangkala menjadi lembab dan lemah kerana masih buntu mencari jawapan. Sedangkan masa senantiasa berdetik kehadapan bersama-sama dengan angan-angan yang masih terawang-awang.

Arah tujuan kadangkala berubah tidak konsisten terbawa-bawa senario semasa dan keadaan ekonomi yang semakin memberi tekanan jiwa dan perasaan. Satu ketika kononnya mencari ilmu untuk menjadi yang terbaik dan belajar tetapi sampai bila, sedangkan ilmu kekayaan dunia masih tersimpan jauh didalam angan-angan.

Hijrah datang disusuli tahun masihi, bagaikan begitu mudah masa yang berlalu tanpa sebarang pergerakan didunia yang nyata. Masih seperti arkib dahulu tidak berubah, sedangkan yang dikejar semakin jauh tetapi bebanan dan tekanan lain pula semakin menghimpit. Dunia dikejar, dibelakang pula dunia lain seiring bahkan tanda-tanda putih mulai melata memadami kehitaman perhiasan dikepala.

Friday, January 1, 2010

2010

WELCOME 2010....

Search This Blog