Sunday, October 23, 2022

berkunci setiap kali aku keluar

Menahan kesabaran kerana tekanan dan sikap org lain yg sengaja mencari masalah adalah sesuatu yg sgt susah. Darah itu bgkan mndidih tp kita selimutkan dengan ais yg lelama mencair. Sikap kebudakan dan sebenarnya itulah warisan yg dikekalkan drpd remaja dan kanak2.
Aku rasa hidup aku bagaikan drama swasta petang yg diolah dan berhadapan dgn manusia yg ego dan sgt mementingkan diri. Dan tiada langsung perasaan hormat, aku sbg suami ini tiada ruang dan peluang utk membuat dan berkongsi perkara dan idea. Apa yg aku beli jika tidak diminati akan hilang entah kemana. Apa yg aku masak juga manakan langsung utk dirasa apatah lagi bersyukur dgn kurniaan rezeki. 
Sekarang kenapa aku faham rumahtangga yg bermasalah yg dilaporkan diakhbar itu pelbagai kisah lucu seram dan luar jangkaan. Sbb itulah puncanya kita selimutkan api itu dgn ais yg pasti akan mencair. 
Aku simpati pd diri dan anak2. Aku juga tidak tahu berapa lama aku berlu bertajan dan bersabar. Lelaki itu ujiannya sabar tetapi wanita itu sebaliknya mereka akan mengusir kamu apabila mereka katakan tidak. 
Aku benci dengan perasaan dan kehidupan yg aku lalui sekarang. Ujian terberat tentulah kasih syg anak2. 
Kasihan itu melebihi kasih syg yg tawar kerana sikap dan ego. Kemaafan mungkin ada tetapi utk meneruskan sebuah kasih syg aku tiada apa perasaan utk diluahkan. Kosong dan kasihan. Wallahualam

bila bagus kita akan rekemen

Dalam aku menghadapi tekanan demi tekanan projek tg pauh kerana claim yg tidak seberapa, aku juga hampir terlupa roadtax motor hampir tamat tempoh. Awal bulan aku dah pun minta SY bg quotation. Aku ingatkan 27hb rupanya 24hb. Minggu ni cuti peristiwa deepavali. Tanpa berlengah aku pun transferkan jumlah yg perlu  utk urusan roadtax insurans.

Tghari tadi aku tgk dipeti surat ada bungkusan hijau ctlink. Alhamdulillah mmg pantas dan terbaik khidmat selia SY resources. 

Monday, October 10, 2022

menunggu

Tular parlimen telah dibubarkan, hari ini cuti sempena ganti hari maulidr rasul semalam. 3hari cuti aku hanya berdiam dirumah. Hari pertama selera makan pun aku tidak tahu apa yg benar2 dpt membuka selera. Bahan utk masak ada kbykannya cuma aku tiada semangat untuk memasak. 

Hari ini aku keluar ke giant, bila dikaunter q panjang. Aku rasa seolah menyesal pula keluar diwaktu tghari, aku agak tentu tidak ramai. Mujurlah ada kaunter tambahan yg dibuka dan dgn pantas aku kehadapan.

Fikiranku tidak fokus, sbnrnya aku pun tidak tahu apa yg mbuka selera aku utk makan. Pg td aku masak sardin campur telur pecah. Aku makan dgn roti dan nasi.

Sesekali aku vid call anak2, rupanya ada dinilai. Sekurangnya aku rasa sempatla nak keluar bersama mrk ptg nanti.

aku karikan ayam ala mamak, xperlu santan. Tiba2 berselera aku makan. Aku simpankan sikit utk anak2 jika mrk pulang lapar ataupun sekurangnya utk mrk rasa. 

Lewat maghrib mereka masih belum pulang, aku rasa mcm2 difikiran. Aku kemaskan lauk kari dan bungkus dlm plastik. 

Aku terus menunggu tp dgn rajuk marah kesal.

Friday, October 7, 2022

baju sejuk


duduk

Aku duduk di hadapan rumah, merenung setiap inchi. Aku tahu satu hari pasti tiba dimana apa yg ada didepan mata akan berubah menjadi hak orang lain. Aku melangkah masuk dengan perasaan kosong.

Aku ingat ketika mula mencari rumah utk dibeli. Kami akan meronda ke kawasan yg ada pembangunan baru. Ketika sampai disini dulu, kawasan hadapan rumah ku merupakan kebun getah. Setiap pg sebelum subuh ada apek tua yg akan bermotosikal naik ke atas bukit. Abg azam jiran yg duduk diunit tepi sekali ketika itu mengusahakan taman mininya. Elok disusun kerusi batu di alur takungan air semulajadi. Mmg tenang apabila mendengar deruan air, jam delapan malam embun akan mula kelihatan menandakan kawasan atas bukit ini mmg damai sejuk utk didiami.

Namun begitu ketika awal siap, masih belum ramai yg masuk utk mendiami, aku jg sbnrnya apabila malam ada perasaan risau dan berhati2 dgn kes pecah rumah. Jiran sebelah ku prnah dimasuki dan diikat, aku juga mengalaminya namun ketika itu aku tiada dirumah. 
Apa yg ada skrg semuanya sudah berubah, tiada lg kebun getah yg menjadi pembangunan perumahan, kasihan pd abg azam kebun dan taman mininya menjadi mangsa pembangunan bersebelahan yg kini dipagar.

Itulah manusia yg akan senantiasa mewujudkan sempadan apabila mereka menandakan sesuatu itu milik mereka. 
Kehilangan akan memberikan laluan pada sebuah perjalanan kisah yg baru, akan mewujudkan perasaan dan suasana yg baru. 

Aku sygkan kedua anak2 aku. Semoga mereka berjaya menjadi manusia yg tidak sombong dan senantiasa menjaga adab dan akhlak walaupun ketika marah. Aku sbg bapa mereka mengharapkan agar mereka tidak melupakan aku. 
#selamattinggaldunia

Thursday, October 6, 2022

gunting yg hilang

I never respect u.
When u married a doctor, ur salary never more than me.
selamat tinggal dunia. 
I left pmu group. 

Sunday, October 2, 2022

september berakhir

Semakin terasa badan ini bukan lagi sekuat yang dahulu mampu bertahan mata sehingga pagi menyiapkan tugasan. Sehinggakan berakhirnya september tanpa nukilan dan coretan.

Akhirnya dpt juga aku jejakkan kaki semula di depan uitm arau. Walaupun sekadar diluar tp cukuplah utk memberikan sedikit rasa kembali ke memori lalu yg pernah aku bermukim disini.

Search This Blog