Friday, September 29, 2023

redha

Aku terbaca posting apek, redha apabila allah jatuhkan kita. Aku termenung dan bersetuju dgn apa yg postkan. 

Bukan mudah utk kita bina sebuah keluarga dan kekal dalam kebahgiaan. Sampai masa apabila kita tidak diperlukan langkahla dgn redha sbg tanda utk allah berikan kita peluang dan kehidupan fasa baru. Perspektif itu dari kaca manusia berbeza semua ada sudut pendangan berbeza atas apa yg nak ditunjukkan. 

Thursday, September 28, 2023

mimpi

Aneh juga mimpi aku malam tadi, aku disebuah kawasan apartment ketika itu aku berbasikal mengelilingi kawasan kejiranan tersebut. Yg aku ingat basikal yg aku kayuh tu adalah basikal aku ketika sekolah rendah dahulu. Basikal bmx biru. 

Dalam kejiranan itu dihuni oleh mereka yg pernah aku bertemu semasa bekerja dan kebanyakannya adalah drpd staff pkb dahulu. Sebenanrnya dlm perjalanan mimpi itu disebelah kawasan apartment tersebut adalah sebuah kawasan pembinaan projek mega utk perumahan. 

Tapi mereka semua tidak mengenali aku sedikit pun. Aku berlegar2 dikawasan tersebut dan ada satu ketika aku berjalan kaki dan meninggalkan basikal. Bila aku berpatah balik mencari basikal aku puas mencari namun tidak menjumpai basikal.

Tiba2 ada jamuan sate, jd ramai kejiranan yg turun utk mjamu selera. Dan anehnya aku kenal kesemua mereka tetapi sebaliknya mereka langsung tidak menegur dan kenali aku.

"Sy kenal en.hamdan, dulu sy pernah naik land rover sama2 dgn dia"  

Aku terus berlegar dan akhirnya aku menjumpai semula basikal dan disbbkan terlalu sibuk mencari basikal dan melihat org ramai aku tidak sempat makan juadah , semuanya telah berkemas dan disimpan.


Sunday, September 17, 2023

bilik kecil syurgaku

Sempat juga aku menyiapkan nasi ayam, sambal tempe. Bila aku renung aku sedih, indah berwarna warni dihidangkan utk anak2. Aku harap mereka sempat menjamahnya. Mungkin tidak sesedap mana cuma aku masak penuh kasih syg mengejar masa sebelum anak pulang. Sebelum aku dihalau dr dapur. 

Sbnrnya aku ingin makan bersama anak2 tp dia spt biasa senantiasa mencari sebab utk aku dan muhd duduk bersama. Ada sahaja perkara yg disuruh. Aku menahan sabar terus naik n masuk ke bilik. Sedih kesal marah. Bila aku turun semula sudah dikemasnya nasi aku dlm periuk dikeluarkan masuk dlm tupperware plastik. Sambal tempe dicampur dgn ayam dan sambal nasi ayam dicampur dgn kuah kicap. Aku letih geram marah dan betapa hitamnya hati manusia yg pernah ke tanah haram. 

Aku nak cari bilik utk disewa ataupun rumah yg mampu aku bayar bulanan. Aku tidak sanggup lagi hidup dlm keadaan tekanan begini. Dengan pendapatan yg masih tidak stabil. Yuran universiti kena jelaskan sebelum tamat pengajian. Ditambah dgn yuran hostel. 

Sedangkan dia kerap mengecam dan memaki aku meminta2 duit pelbagai yg senantiasa tidak cukup apabila aku sediakan. Serba serba dia minta. Anehnya itupun sedikit tidak nampka yg aku masih manusia yg ada ihsan dan bertanggungjawab. Insan kononnya sudah bertawaf berkali2 ditanah haram tp penuh benci dan dendam. 

Aku baru dpt tahu burger yg aku belikan tempohari rupanya dibuang dan dijadikan makanan burung. Apalagi agaknya yg dpt aku huraikan. Aku yg sbnrnya tidak pernah serik dan selalu simpati. 

Cuma langkah aku utk pergi terbatas kerana aku benar2 kesempitan. Pernah jg terfikir utk aku pergi sejauhnya dan biarkan mereka dan aku tidak mahu lagi mempedulikan. 

Friday, September 8, 2023

ke kg baloi




titik

Apabila kita merasakan di satu titik terendah dalam kehidupan. Ketika rakan seperjuangan lain meniti usia untuk menuai hasil pencen, aku masih berkelana berhujan panas mengikat perut menahan lapar dahaga mengejar urusan kerja. Ye ada jg diuji dgn sakit tapi apa yg aku dilihatkan mereka selesa berehat mendapatkan rawatan dihospital berbayar tentulah selesa dan tiada tekanan. 

Diketika anak2 meningkat dewasa meniti usia remaja, aku lihat kebahgian keutuhan sebuah keluarga. Aku hanya sepi duduk melepaskan lelah sendirian di atas kerusi. Baru sebentar berbicara sudah terdengar suara mengarah utk menjauhkan drpd aku.

"Jam ni muhd beli dr kawan"
"Kalau betul beli buat resit xmau nanti abah dia tanya"

Aku yg merasakan sepi....merenung ke titik terendah. 

Search This Blog