Thursday, September 28, 2023

mimpi

Aneh juga mimpi aku malam tadi, aku disebuah kawasan apartment ketika itu aku berbasikal mengelilingi kawasan kejiranan tersebut. Yg aku ingat basikal yg aku kayuh tu adalah basikal aku ketika sekolah rendah dahulu. Basikal bmx biru. 

Dalam kejiranan itu dihuni oleh mereka yg pernah aku bertemu semasa bekerja dan kebanyakannya adalah drpd staff pkb dahulu. Sebenanrnya dlm perjalanan mimpi itu disebelah kawasan apartment tersebut adalah sebuah kawasan pembinaan projek mega utk perumahan. 

Tapi mereka semua tidak mengenali aku sedikit pun. Aku berlegar2 dikawasan tersebut dan ada satu ketika aku berjalan kaki dan meninggalkan basikal. Bila aku berpatah balik mencari basikal aku puas mencari namun tidak menjumpai basikal.

Tiba2 ada jamuan sate, jd ramai kejiranan yg turun utk mjamu selera. Dan anehnya aku kenal kesemua mereka tetapi sebaliknya mereka langsung tidak menegur dan kenali aku.

"Sy kenal en.hamdan, dulu sy pernah naik land rover sama2 dgn dia"  

Aku terus berlegar dan akhirnya aku menjumpai semula basikal dan disbbkan terlalu sibuk mencari basikal dan melihat org ramai aku tidak sempat makan juadah , semuanya telah berkemas dan disimpan.


No comments:

Search This Blog